Showing posts with label SHAMS. Show all posts
Showing posts with label SHAMS. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

Kisah SHAMS 4

Ada sahabat memasukkan gambar-gambar zaman sekolah di facebook dan saya baru terbuka gambar-gambar itu semalam. Lantas tiba-tiba teringat kembali nostalgia zaman sekolah.
Seingat saya sepanjang 5 tahun di SHAMS ada beberapa perkara yang saya boleh maintain.
1) dari F1 hingga ke F5 saya duduk di kedudukan yang sama. Tentulah kelas berubah, tapi tempat saya masih sama. Jalur ke tiga dan di tengah-tengah kelas.
2) saya belajar sejarah apabila hendak tidur, menjadi bedtime story saya. Selalunya menjadi ubat tidur yang sangat mujarab

Dua benda ini saja yang ingat. Sebab 2 perkara ini tidak berubah sepanjang saya 5 tahun di SHAMS.

Dan kala peperiksaan SPM, saya demam panas pada 2 hari awal SPM bermula. Waktu itu seingat saya ada paper sejarah, BM, math dan kimia. Pada hari pertama SPM, lantaran badan dah tak larat sangat saya tertidur ketika paper sejarah dan BM berjalan. Dapat saja soalan, saya menjawab secepat mungkin, then tanpa semak jawapan, saya terus tidur sehingga habis waktu. Tak pernah terjadi sepanjang persekolahan, tapi berlaku ketika SPM. Haru betul.

Pengalaman di SHAMS banyak mengajar dan mendidik saya. Even kenangan pahit tetap menjadi guru paling berharga dalam hidup saya. Dan saya bersyukur atas segala kisah di SHAMS yang saya alami.

Friday, January 8, 2010

Kisah SHAMS 3

Masih lagi dalam nostalgia zaman sekolah. Ini kisah pencetus kesedaran ketika Tingkatan 2 di SHAMS.

Di SHAMS, Bahasa Arab merupakan subjek tambahan yang perlu diambil. Oleh itu sekiranya di sekolah lain PMR hanya ada 8 subjek, kami pula ada 9 subjek. Dari mula belajar sehinggalah saya masuk ke form 2, saya sangat tidak meminati subjek ini. Tak minat satu hal, setiap kali exam atau test, result C & D adalah perkara biasa. Malas!! Hingga ada ketikanya saya minta tolong ayah untuk siapkan homework bahasa Arab.

Di tingkatan 2 saya di kelas 2 Ummu Salamah, masih all girls. Perasaan tidak minat dan malas belajar Bahasa Arab masih berterusan hinggalah satu kejadian yang saya tak akan lupa sampai ke hari ini. Agaknya ustazah dah fed up dengan result kebanyakan kami yang tak pernah mendapat even B akhirnya selepas satu ujian bahasa Arab, ustazah mula bertegas. Sesiapa yang dapat result D dan ke bawah kena denda bawa kerusi keliling bangunan sekolah. Dan nasib tidak menyebelahi saya, ketika itu result saya D. Maka saya terpilih di kalangan mereka yang bertuah itu untuk membawa kerusi keliling bangunan sekolah ketika sesi pembelajaran masih berjalan. Malunya tak terkata apabila student kelas2 lain melihat kami membawa kerusi. Kena gelak lagi. Mujurla ramai juga yang kena denda oleh itu malu kami dikongsi bersama.

Selepas kejadian itulah saya mula sedar. Saya tidak boleh berterusan seperti itu. Takkanlah saya nak melihat result PMR saya 8A 1C atau 8A 1D atau lagi teruk 8A 1E. Akhirnya saya bersama beberapa rakan memilih untuk mengambil tuisyen bahasa Arab. Dan saya sendiri tidak berhenti setakat itu. Setiap hari minggu selepas Subuh saya akan peruntukkan masa mengulangkaji subjek bahasa Arab. Saya menghafal, membuat latihan dan usaha ini berkekalan sehinggalah saya form 5.

Kejadian itu menyedarkan saya sedar usaha perlu digabungkan dengan tawakal. Akhirnya saya dapat memperbaiki result bahasa Arab saya sedikit demi sedikit dan alhamdulillah result PMR dan SPM saya tidak nampak 'cacat'.

Sebenarnya dari form 1 lagi apabila melihat result bahasa Arab saya yang sentiasa teruk, saya telah bertekad untuk keluar dari SHAMS selepas form 1. Saya ingin ke MRSM atau sekolah lain yang tidak ada bahasa Arab.
Tapi saya kekal di SHAMS dan bahasa Arab sehingga form 5 kerana saya tersedar dan disedarkan ketika di tingkatan 2.

Wednesday, January 6, 2010

Kisah SHAMS 2

Ini kisah dulu-dulu, kisah di awal remaja - Tingkatan 1 di SHAMS

Semasa di form 1, saya di kelas 1 Aisyah. Kelas ini semua student perempuan. Ada 6 kelas semuanya. Kecuali 1 Aisyah dan 1 Khadijah kelas yang lain semua mix - boys & girls.

Ini ialah kisah yang paling diingati sepanjang form 1. Sekolah saya ada buat pertandingan kelas tercantik dan terkotor. Setiap minggu pemenang kedua2 bahagian akan diumumkan setelah pemeriksaan dibuat oleh cikgu2 yang mengadili.

Kami masih di form 1...masih budak-budak lagi. Kelas pula semuanya perempuan. Tapi kami mencipta sejarah. 2 kali kami menjadi juara kelas terkotor. Malu yang teramat. Juara kelas tercantik boleh la terima. Tapi juara kelas terkotor...isk..malu betul. Satu sekolah tahu.
Dan kelas sebelah kami, 1 Ammar sibuk jadi tukang sorak apabila pengumuman dibuat.
Guru kelas kami, teacher Norma pun malu.
Oleh itu selepas 2 kali kami diumumkan juara, kami mula serius mencantikkan dan membersihkan kelas. Hasilnya kami tidak lagi menjadi juara.

Dan kami cukup berpuas hati apabila kelas jiran kami 1 Ammar juga akhirnya turut dinobatkan sebagai juara kelas terkotor. Kami tidak bersorak (kerana kami kelas perempuan so kena control sikit...hehe) tapi kami tetap gelakkan mereka.

Tersenyum sendiri apabila teringat kisah ini.

Tuesday, December 29, 2009

Kisah SHAMS 1

Hari ini teringat kisah zaman persekolahan di SHAMS. Teringat dan rindu..sebabnya baru sahaja selesai membaca novel Tunas karya Hlovate. Kisah berkenaan zaman persekolahan. Walaupun kisah dalam novel tu tak sama dengan kisah saya...tapi since latar ceritanya ada kisah zaman sekolah menengah sedikit sebanyak (banyak sebenarnya) mengingatkan saya kisah di SHAMS.

Apa khabar kawan2 belakang meja....lia, farehan, zuraini, tg suzi
apa khabar sahabat tersayang...syikin
rakan2 sekelas 4 Abu Darda' dan 5 An Nasa'i
dan tak lupa juga rakan2 1 Aisyah, 2 Ummu Salamah dan 3 Ibnu Abbas
juga rakan2 BP SHAMS

Banyak kisah suka duka di SHAMS..betullah 5 tahun di sana banyak mengajar diri saya.
Yang ingin diubah...dan yang ingin dialami lagi sekali. Tapi yang pasti semua itu hanya boleh menjadi satu kenangan dan memori sahaja.

Dah lama betul tak berjumpa dengan rakan2 SHAMS.
Apa cerita masing2...pasti keluarga masing2 dah berkembang...atau ada yang masih solo?