Thursday, January 15, 2009

Kisah Haji 10

Kini kami berdua di Kelana Jaya. Di sekeliling kami penuh dengan jemaah haji dan saudara mara masing-masing. Tapi kami hanya berdua sahaja ditemani beg2 kami....2 beg Anwar dan 2 beg aku. Pemergian kami ini bermakna kami harus meninggalkan segala-galanya...anak, family. Kami mahu menghayati sepenuhnya konsep ini.

Lebih kurang jam 2 pagi pendaftaran bermula. Semua jemaah diminta untuk mendaftarkan diri. Waktu ini sudah terasa suasana kelam kabut. Kami beratur bersama jemaah lain menunggu giliran. Ketika ini kesabaran semua jemaah telah diuji. Akan ada yang memotong barisan dan sebagainya. Ada suara-suara yang tidak sabar. Kami hanya memilih untuk berdiam diri.
Sampai di ruang yang sepatutnya kami diserahkan passport dan boarding pass. Seterusnya beratur lagi untuk checking. Alhamdulillah hand luggage kami tiada masalah semua lepas pemeriksaan. Kami dibawa ke ruang menunggu untuk diberi taklimat sebelum menaiki bas.
Selepas taklimat kami menunggu giliran untuk menaiki bas untuk ke KLIA. Memandangkan sudah lebih kurang jam 5 pagi kami yang sudah lebih semalaman tak tidur mengambil peluang untuk tidur dalam bas.

Tiba di KLIA sudah masuk waktu Subuh. Kumpulan kami solat Subuh berjemaah. Di sini cabaran seterusnya ialah menunggu giliran di bilik air. Aku sendiri mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum dapat masuk.
Lebih kurang jam 7.30 pagi kami masuk ke dalam pesawat. Alhamdulillah setakat ini perjalanan kami berjalan lancar dan mengikut masa yang di jadualkan. Moga semuanya selamat sehingga kami tiba di Madinah.
Boleh dikatakan ketika awal penerbangan kami semua jemaah tidur memandangkan kami sudah berjaga semalaman. Bangun untuk makan dan seterusnya tidur lagi.
Antara waktu tidur - sedar - makan, aku mengambil peluang berbual dengan jemaah di sebelah....rupa-rupanya kami bakal sebilik di Madinah nanti!

Sunday, January 4, 2009

Kisah Haji 9

Hari keberangkatan....

Tarikh kami perlu mendaftar di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada 31 Oktober 2008, Jumaat jam 2.00 pagi.
Siang 30 Oktober 2008 kami menghabiskan tengok cd haji, dan siap2 barang dalam beg dan kemas rumah. Badan dah seram sejuk dah masa tu.
Lebih kurang pukul 4.00 petang bersama semua beg2, kami keluar dari rumah. First destination rumah baby sitter Fahim & Ziyad. Ambil mereka dan terus bertolak ke rumah adik aku di Bandar Tun Hussein Onn. Sebenarnya kami ke sana dahulu untuk menghantar parents aku. Selepas solat asar di sana kami bertolak untuk ke Serdang (rumah parents Anwar). Parents aku dan adik aku akan berjumpa kami di Serdang sebelum kami bertolak ke Kelana Jaya.

Sebelum berangkat Anwar teringat jam tangan tak ada. Rupa-rupanya tertinggal di rumah kami. Since Anwar perlukan jam tangan itu, kami pun berpatah balik ke Kajang Perdana. ..(cabaran dah bermula) Selepas ambil jam barulah bertolak ke Serdang. On the way ke Serdang berborak2 dengan Fahim & Ziyad. Basically apa yang mereka tahu kami nak ke Mekah nak buat Haji. Bolehlah macam itu. Fahim dah faham kami akan pergi lama. Ziyad? rasanya tak. Sempat juga kami berpesan pada Fahim agar jaga adik Ziyad baik2. Kalau Ziyad cari ummi tolong pujukkan. Last-last both of them tidur sampaila kat Serdang baru bangun...itupun mamai lagi

Kami sampai Serdang lebih kurang pukul 6 petang. Sampai sana...borak2 sikit...makan sehingga masuk Maghrib. Kami berkumpul satu family dan buat solat Maghrib berjemaah. Selepas solat baca doa/baca yasin etc sementara menunggu Isyak....Ketika ini kami menerima nasihat dan pesanan dari mak dan abah Anwar. Mereka juga inform supaya kami jangan risaukan sangat Fahim dan Ziyad, InsyAllah semua selamat. Ketika itu Fahim dah tidur balik. Ziyad pula main2 (rasa-rasanya dia tak tahu lagi kena tinggal). After Isyak aku dah rasa sakit kepala. Jadi makan panadol dan masuk bilik tidur.
Lebih kurang pukul 9.30 mlm parents dan adik aku datang bersama seorang sepupu aku.

Jam 10.30 malam azan dilaungkan oleh Anas (adik Anwar yang ketiga). Dan selepas itu terus bergerak. Fahim & Ziyad masa ini dah tidur dan diangkat terus masuk kereta. Aku berpisah dengan parents aku dan adik aku di Serdang sahaja since mereka tak akan ikut ke Kelana Jaya. Parents dan nenek Anwar serta adik2 ipar aku menghantar kami ke Kelana Jaya.
Sampai di Kelana Jaya, Fahim tak bangun2 tidur lagi diangakat dari kereta dan tidur atas Pak Ngah dia. Ziyad dah bangun.
Sewaktu menunggu Ziyad beberapa kali datang kat aku dan cakap "Ummi, nak susu ummi". Tapi Alhamdulillah dia tak banyak kerenah. Bawak jalan-jalan sekejap dia dah lupa pasal susu. Tapi kalau dia nampak aku jer mesti dia peluk. Agaknya masa tuh dia dah rasa akan ditinggalkan.

Mereka semua menunggu kami sehingga lebih kurang pukul 12.30 tengah malam...dan hari telah masuk ke hari Jumaat....2 jam setengah sebelum waktu mendaftar... kami tiada masalah ditinggalkan awal...dan niat kami sendiri memang inginkan begitu. Fahim masih tak bangun tidur dan kami tak kejutkan dia. Ziyad juga tiada masalah tinggalkan kami. Didukung neneknya dia hanya lambaikan tangan dan cakap bye bye.

Selepas itu tinggallah kami berdua di Kelana Jaya menghitung masa untuk pendaftaran dan seterusnya memulakan perjalanan haji kami....

Kisah Haji 8

Persediaan untuk Fahim & Ziyad.
Seminggu selepas kami kembali ke Kajang Perdana parents aku datang ke rumah. Kedatangan mereka di samping kerana pemergian kami mengerjakan haji juga untuk attend wedding adik Anwar. Alhamdulillah mereka bersama kami sehinggalah kami berangkat.
Kedatangan mereka telah meringankan satu beban berkenaan Fahim. Somehow sepanjang my parents di rumah Fahim tak pernah tidur dengan kami. Setiap malam mesti tidur dengan Tok (my mom). At least kami tahu Fahim tak ada masalah tidur malam nanti...insyaAllah.

Untuk Ziyad agak bermasalah sedikit. Sebabnya rancangan asal kami nak ajar Ziyad berpisah dengan aku dan belajar tidur dengan atuk dan nenek dia di Serdang selepas Aidilfitri. To be exact selepas habis kenduri kahwin. Tapi rancangan asal kami ini tak dapat dibuat since kami dapat penerbangan awal dan sememangnya masa sangat suntuk untuk mengikut plan asal ini. Tapi untuk ajar sebelum kenduri tak boleh sebabnya semua sibuk dengan preparation kenduri. Tak sampai hati nak peningkan mereka dengan hal lain pula.
Untuk hal ini kami terpaksa bertawakal sahaja....Even kalau orang tanyapun berkenaan Ziyad aku akan cakap 'kami tawakal jer". Untuk Ziyad kami teruskan juga macam biasa cuma kadang-kadang Anwar yang akan bawa dia tidur instead of aku tapi dengan syarat mesti menyusu dengan aku dulu sebelum itu. Kalau tak memang tak akan berjaya.
Cuma satu malam saja Ziyad dapat tidur dengan atuk dan nenek di Serdang. Yang selebihnya masih seperti biasa.

Risau memang ada tapi kami mengharapkan yang terbaik dan dipermudahkan untuk kami sekeluarga.
Alhamdulillah 3 minggu penuh kesibukan, kekalutan dan keletihan itu dapat kami harungi.

Kisah Haji 7

1 Oktober 2008 / 1 Syawal 1429H kita semua menyambut Aidilfitri.
Kami pada masa itu balik beraya di Terengganu. Seminggu beraya di Terengganu kami kembali ke rumah kami di Kajang Perdana. Ketika itu dah dengar berita surat berkenaan kursus perdana haji dah dihantar dan surat makluman tarikh penerbangan haji juga sudah dihantar.

Kami kembali di rumah dan surat makluman kursus perdana haji yang akan dibuat pada 18 & 19 Oktober sudah menunggu.
Tapi surat itu kami kurang ambil perhatian memandangkan kami memang tidak dapat pergi kursus tersebut (seperti posting sebelum ini tarikh kursus perdana clash dengan tarikh perkahwinan adik Anwar).
Apa yang kami tunggu2 ialah surat berkenaan tarikh penerbangan kami (masa tu kurang berdebar sebab yakin dapat penerbangan lambat jadi banyak masa lagi)

Selang dua tiga hari kemudian surat yang ditunggu pun tiba.
Buka surat tengok tarikh......31 Oktober 2008 / KT 02. Beberapa kali tengok confirm kami dapat penerbangan awal malah antara yang terawal kerana KT 02 bermakna kami kumpulan kedua yang akan bertolak.
Masa itu dalam hati dah rasa macam-macam. Dah terfikir banyaknya tak prepare lagi dan singkatnya masa untuk kami buat persediaan secukupnya.
Ditambah dengan sambutan Aidilfitri (masa ini tengah banyak open house), kenduri kahwin 2 minggu berturut-turut. Mana sempat nak buat semua ini. Masa itu masa yang kami ada lebih kurang 3 minggu jer dan kesemua weekend yang ada memang dah ada jadual.

Minggu pertama - pergi beraya / jemputan open house. Since kami beraya di Terengganu dahulu jadi selepas balik kami kena beraya di rumah saudara2 Anwar di KL & Selangor dan pada masa yang sama cuba memenuhi jemputan open house pada minggu itu

Minggu kedua - kenduri kahwin di rumah parents Anwar

Minggu ketiga - kenduri kahwin di rumah pengantin lelaki

Minggu keempat - bertolak

Preparation yang kami perlu buat
1) melengkapkan ilmu seberapa yang boleh - baca buku, tgk vcd, bertanya dengan mereka yang berilmu
2) persediaan dalaman kami
3) Ziyad!
4) barang2 yang perlu dibeli
5) menguruskan pembayaran loan / hutang / bil sepanjang ketiadaan kami
6) urusan di tempat kerja
dan banyak lagi perkara2 yang perlu kami selesaikan sebelum berangkat.
Perasaan kalau ditanya pada masa itu semua ada, sedih , takut, happy, excited.
Rasanya 3 minggu sebelum berangkat kami teramat busy. Habis sahaja cuti raya masuk office kami terus buat surat untuk apply cuti haji dan inform pada boss berkenaan hal ini. Dalam masa yang sama menyelesaikan kerja-kerja office yang boleh disiapkan.
2 minggu pertama kami belum bercuti. Cuma selepas kenduri adik Anwar kami ambil cuti satu hari. Cuti satu hari inilah kami gunakan sepenuhnya untuk cari barang2 yang diperlukan untuk dibawa ke sana. Since kami hanya ada masa satu hari semua keperluan kami listkan dulu. Masa ini planning skill yang ada dan baru sedar ada dikeluarkan.
Alhamdulillah barang-barang yang kami fikir penting berjaya diselesaikan hari itu.

Minggu ketiga barulah kami mula bercuti yang sebenarnya. Tapi itupun tak lama sebelum tarikh berangkat. Weekend minggu tersebut kami ke Penang untuk kenduri rumah pengantin lelaki. Hari Isnin petang sampai KL. Kami hanya ada 3 hari sebelum berangkat dan 3 hari itulah kami cuba gunakan sebaik mungkin. Alhamdulillah walaupun agak kalut tapi semua urusan yang perlu dapat diselesaikan.

Walaupun terkejut kami tetap bersyukur dengan keadaan ini. Tentu ada hikmah di sebalik setiap sesuatu. Yang pasti ia membuatkan kami makin ada 'rasa' untuk ke sana....

Thursday, January 1, 2009

Kisah Haji 6

Semasa mengisi form untuk menyatakan persetujuan kami, kami memilih untuk ke Madinah dulu. Jadi secara automatiknya kami mungkin akan dapat penerbangan awal. Selepas itu kami ubah untuk penerbangan terakhir dan pergi ke Mekah dahulu. Kalau ikutkan staff di Tabung Haji tiada masalah dengan pertukaran tersebut. Jadi kami pun yakin akan dapat penerbangan akhir. Oleh itu semua persediaan kami ke arah penerbangan terakhir.

Contoh salah satu persediaan ialah mengurangkan attachment Ziyad dengan aku. Since Ziyad breastfeeding malam2 memang tidur dengan aku dan dari lahir tidak pernah kena tinggal dengan ummi dia (akulah tu). Serasanya Allah memang memudahkan aku menyusukan Ziyad kerana aku ada rakan sekerja yang boleh ganti jika aku outstation. Aku hanya di HQ dan kalau outstation boleh susun jadual supaya aku tak perlu pergi. Jadinya Ziyad tak pernah berenggang malam dan even siang. So kami memang dah jangka ini antara perkara yang perlu di plan awal2.
Dekat2 dengan bulan puasa aku dah start Ziyad dengan susu formula tapi itupun hanya di rumah baby sitter. Alhamdulillah Ziyad tiada masalah dengan susu formula. 3 kali kami tukar jenama susu dan tiga2 jenama dia boleh terima (kami saja2 tukar tak sangka Ziyad ni senang sungguh terima apa jenis susu).
Untuk tidur pulak plannya selepas raya baru nak start ajar Ziyad tidur berpisah dengan aku.
Untuk Fahim pula, kami tak begitu risau sebab dia dah besar dan dah faham apa yang kami beritahu. Lagipun Fahim dah biasa kena tinggal dengan atuk dan nenek dia dan sometimes memang dia sendiri yang nak tidur dengan atuk dan nenak.

Begitu juga persediaan beli barang2 untuk keperluan haji. Semuanya kami target nak buat selepas Aidilfitri. Sebelum itu Anwar ada juga tanya bila nak beli barang tapi aku macam buat tak kisah saja sebab hajatnya selepas Aidilfitir baru start.

Tapi itulah sebagus mana pun plan kita perancangan Allah mengatasi segalanya-galanya....

Kisah Haji 5

Kursus Haji

Akhirnya kami boleh tersenyum penuh kesyukuran...tetapi ada lagi cabaran yang menunggu.
Semua kursus haji kami dah terlepas. Cuma kursus bersiri yang terakhir sahaja kami sempat. Itupun hanya Anwar yang pergi dan aku duduk di rumah jaga dua anak bujang yang makin lasak.

Dalam hati memang takut sebab rasa banyak sangat tak tahu. Apa yang kami buat beli cd, beli buku, baca2 kat internet dan juga mendengar radio IKIM (personally terasa radio IKIM ini sgt berguna compare dgn saluran2 yang lain yang byk melalaikan) setiap pagi Rabu ketika dalam perjalanan ke office dan etc. Tapi semua itu atas initiative sendiri jadi banyaklah pulak godaan yang datang dalam bentuk kemalasan, kesibukan dan sebagainya
Tapi kami diberitahu akan ada pula kursus intensif haji selama 2 hari. Alhamdulillah at least dapat juga berkursus dan berguru. Terasa kursus itu amat berguna sebab semua kursus bersiri selama ini telah disummarizekan dalam masa 2 hari. Selepas kursus itu barulah clear sikit apa yang dibaca selama ini. Alhamdulillah.

Selepas kursus intensif kursus terakhir yang diadakan ialah kursus perdana haji yang diadakan selepas Aidilfitri. Kursus ini mengumpulkan semua jemaah yang terpilih dan dibuat secara besar-besaran. Untuk kami since didaftarkan di Selangor kami perlu menghadiri kursus perdana di Masjid Shah Alam.
Walau bagaimanapun kami tidak dapat join kursus ini since tarikhnya clash dengan tarikh perkahwinan adik Anwar.
Secara kesimpulan Anwar dapat menghadiri 1 kursus haji bersiri dan kursus haji intensif dan aku hanya menghadiri kursus haji intensif.
Ada satu lagi tambahan kursus yang kami terima iaitu kursus tak formal dari Tn Hj Zainal Badri dan isteri, Pn Hjh Hany Fariza ketika kami berkunjung ke rumah mereka untuk ziarah raya dan juga posting2 berkenaan haji dalam blog mereka. Syukran...:)

Itulah persediaan kami. Dalam hati takut memang ada terasa seperti tak cukup ilmu. Walau apapun kami bertawakal dan cuba mengumpulkan sebanyak ilmu yang boleh sebelum tarikh keberangkatan.

Thursday, December 25, 2008

Kisah Haji 4

Sampai di HQ Tabung Haji..

Kami pergi ke pejabat yg berkaitan dan jumpa dengan mana2 pegawai yang ada...duduk2 ada terus beritahu keadaan kami....Alhamdulillah layanan yg diterima sangat baik...kami kena tulis surat rayuan...sebenarnya dua surat rayuan satu untuk mohon dimasukkan kembali dlm list dan kedua untuk mohon agar Anwar dapat ikut serta sebagai mahram (tapi rayuan kedua tader masalah sangat sebab kalau nama aku dah ada dalam senarai InsyaAllah Anwar pun tiada masalah as mahram).
Apa yg diberitahu kepada kami sangat simple...nama aku since memang dah ada dalam list dari awal mereka akan masukkan balik dan kami berdua akan diberitahu dalam beberapa minggu. Tapi untuk aku InsyaAllah tak ada masalah

Betapa Allah Maha Besar...kami diberi 'rasa' dahulu sebelum ditenteramkan.
Agaknya inilah balasan kami ambil mudah pasal Haji ini dari awal lagi...Allah nak bagi kami menghargai peluang untuk ke Tanah Suci ini...bukan semua orang dapat peluang seperti ini dan mmg telah ditentukan oleh Allah untuk kami pergi tahun ini...tiada apa yang akan dapat menghalang perancanganNya

Kami keluar dari HQ Tabung Haji dengan perasaan yang lega...terasa beban telah diringankan...(masa tu barulah boleh senyum..).
Selang beberapa minggu aku dan Anwar dapat panggilan dari Tabung Haji...terasa perjalanan kami makin dipermudahkan...Alhamdulillah
Pakej / Muassasah?
Untuk kami tiada masalah. Tak perlu berbincang / tak perlu survey kami berdua automatik agree untuk muassasah. Kami yakin samada pakej atau muassasah yang penting adalah kami sendiri.