Wednesday, March 31, 2010

Bukan demam tapi campak jer

Kata Ziyad, Munif tak demam tapi campak jer. Kata saya, Munif kena demam campak. Hari ini hari yang ke-4. Mujurlah dia tak demam (seperti kata Ziyad). Tapi badannya penuh dengan bintik2 merah.

Mencabar betul menjaga Munif dalam masa 3 hari ini. Saya perlu sentiasa di depan matanya. Dia tolak makanan dan selama 3 hari ini, hanya menyusu sahaja. Kerap. Esok saya perlu masuk kerja kembali. Rasanya dia dah boleh ditinggalkan di rumah penjaganya esok. Lagi pun seperti kata Fahim, bintik2 merah kat Munif dah makin kurang

Penat memang penat...tapi senyuman ini menjadi penawar.
.

Tuesday, March 30, 2010

Serupa tapi tak sama



Dah confuse...mana satu gambar Fahim, Ziyad & Munif

Sunday, March 28, 2010

Siang tadi...

Tadi saya menulis mengenai usrah yang akan saya hadiri. Ok..siang tadi kami menghadiri usrah di rumah salah seorang sahabat. Tajuk berkenaan pendidikan anak-anak. Ramai sahabat2 yang lain datang dan ramai juga anak2 mereka yang hadir semasa usrah tadi.

Tapi..saya tidak dapat mengikuti dan memberi fokus pada topik yang dibicarakan. Harapnya Anwar dapat capture segala info yang dibincangkan dan berkongsi dengan saya. Kalau saya dapat cukup infonya saya akan menulis di sini untuk info sharing pada rakan2 yang lain.

Biasanya apabila anak-anak ada bersama fokus perlu diberikan pada mereka. Tambahan pula mood mereka siang tadi agak turun naik. Mungkin juga tidak cukup tidur disebabkan kami pulang dari KLIA hampir tengah malam. Fahim pula saya rasa dia agak kecewa kerana kawan yang dia harapkan dapat datang ke usrah kami tadi tidak hadir. Ziyad, mulanya elok bermain tapi lama kelamaan moodnya juga makin menurun. Dalam perjalanan pulang, kedua mereka terus tidur dan bersambung lagi apabila tiba di rumah. Bila dah cukup tidur, barulah mood keduanya kembali.

Munif pula....balik tadi kami perasan badannya berbintik2 merah. Mulanya kami ingatkan ruam. Tapi apabila seluruh badan ada bintik merah rasanya bukan ruam lagi. Petang tadi kami ke klinik dan doktor sahkan Munif kena demam campak. Tapi setahu saya tidak ada pula Munif demam. Buat masa ini seperti nasihat doktor...kami perlu wait and watch.
Harapnya keadaan Munif akan beransur pulih.

Saturday, March 27, 2010

Jadual padat

Sudah beberapa minggu, jadual hujung minggu kami padat dengan pelbagai aktiviti. Ada kalanya sehingga ke malam. Penat, tapi berbaloi dan biasanya semua aktiviti ada sebabnya. Dengan aktiviti-aktiviti yang ada, kami sendiri sudah jarang ke shopping complex etc dan dengan sendirinya, poket kami juga tidak akan kebocoran...heheh.

Hujung minggu kali ini belum berakhir. Sekejap lagi kami akan keluar lagi...ada usrah. Kalau diikutkan ini dikira usrah kedua yang saya sertai untuk tahun ini. Semalam, kami tiba lewat ke rumah..hampir tengah malam kerana menghantar parents Anwar di KLIA. Mereka akan pergi ke Mesir dan seterusnya menunaikan umrah selama 2 minggu. Fahim menangis di KLIA kerana ingin mengikut atuk dan neneknya. Tapi bila di dalam kereta kesemua tiga-tiga hero saya senyap...tertidur kepenatan. Ziyad pastinya kepenatan kerana asyik bermain di KLIA. Munif, penat kerana tidak cukup tidur. Tidurnya asyik diganggu oleh abang-abangnya yang saaayang sangat pada Munif. Kasihan Munif, kadang-kadang bila dia tengah lena tidur abang-abangnya datang dan terus mencium pipinya. Kuat pula tu...macammana la Munif tak terjaga.

Semalam, saya terjumpa dengan seseorang ketika di masjid KLIA. Lama betul saya tidak berjumpa dengannya. Teringat kembali zaman DCBA - Delegasi Cyber Bumi Anbiya'. Dan anaknya yang dahulunya masih bersekolah, akan berkahwin pada bulan Julai tahun ini. Cepatnya masa berlalu. Lebih kurang 8 tahun dahulu, umur kami (rakan2 DCBA) sebaya dengan anaknya itu. Kini, kami kebanyakkannya sudah berkeluarga, dan dia pula telah dan bakal menerima menantu dan cucu..insyaAllah.

Wednesday, March 24, 2010

Saya suka baca komik

Kalau majalah Bujal boleh dikategorikan sebagai komik bermakna saya mula berkecimpung dalam arena membaca komik semenjak zaman sekolah rendah lagi. Bujal, majalah yang wajib dibeli ketika itu. Saya sudah lupa watak-watak lain cuma ingat Bujal sahaja. Bujal yang berkain pelekat dan bersongkok (betulkah ingatan saya ini?).

Selepas itu timbul pula komik-komik seperti Alam Perwira, Juara Wira dan segala jenis komik yang sewaktu dengannya. Komik jenis ini muncul waktu saya di sekolah menengah. Ada beberapa tajuk yang dikumpul. Bila dah lekat satu tajuk terpaksalah membeli siri yang seterusnya. Komik-komik seperti ini banyak betul hikmat kungfu mereka. Ada hikmat 10 petala langit, hikmat pedang, dan pelbagai nama yang saya sudah lupa. Masalahnya semua siri pun saya tak dapat habiskan sebab episodnya terlalu panjang dan sentiasa ada watak baru dan hikmat baru yang diperkenalkan. Lama-kelamaan saya bosan dan berhenti mengikuti komik seperti ini.

Dimasa yang sama saya juga mengikuti komik seperti Mutiara Naga (dragon ball). Komik ini pun seperti never ending. Sentiasa ada watak jahat yang lebih hebat muncul dan heronya (son goku) sentiasa bertambah hebat. Ceritanya panjang bermula dari Goku semasa kecil hinggalah sudah bercucu. Tapi Goku tidak juga tua-tua.

Selepas Dragon Ball saya asyik pula dengan siri Penyiasat Remaja. Watak hero siri ini ialah Kindaichi, seorang yang lembap dalam pelajaran tapi pandai menyelesaikan misteri/jenayah. Setiap siri sentiasa ada misteri baru jadi jika saya terlepas satu siri saya masih boleh mengikuti ceritanya. Rasa saya siri Penyiasat Remaja saya mula mengikutinya semasa belajar di universiti.

Komik-komik lain yang saya ikuti selepas Penyiasat Remaja ialah Conan dan Detektif Q. Conan sirinya terlalu banyak sehingga saya letih membacanya. Lagi pula siri Conan juga ada kartunnya di TV. Detektif Q, kisahnya juga lebih kurang seperti Conan dan Penyiasat Remaja. Tapi cerita ini ada endingnya dan setiap siri ada kaitan. Cerita Detektif Q saya berjaya habiskan dari awal hingga akhir.

Kini, saya sudah berhenti membaca komik. Itulah kisah hidup saya dengan komik. Sekian.

Tuesday, March 23, 2010

Anak-anak kita...

Sudah lama saya hendak menulis mengenai posting kali ini. Kisah arwah Syafia Humairah yang didera, kisah seorang budak perempuan berusia 10 tahun dinikahkah oleh ayahnya sendiri, kisah kanak2 di tadika dan guru mereka yang diserang dengan tukul dan yang terkini kisah bayi yang dibuang di tempat pembuangan sampah.

Sedih dengan kisah terbaru pembuangan bayi. Tak dapat digambarkan bagaimana bayi sekecil itu yang belum pun berusia 1 bulan, bersendirian, tidak dapat berbuat apa-apa. Terfikir juga, jika ibu bayi itu sanggup mengandungkan bayinya sehingga 9 bulan, tidakkah ada rasa sedikit sifat kemanusiaan lagi untuk 'membuang' bayinya di tempat yang lebih elok....

Tidak selamatkah lagi anak2 kita? Dan apa yang telah terjadi dengan masyarakat kita sekarang? Teruk benarkah institusi kekeluargaan sekarang. Biasanya apabila kisah-kisah sebegini muncul, pelbagai pihak akan tampil memberi pelbagai cadangan. Menuding jari di sana sini. Bising seketika. Selepas itu kembali reda sehinggalah ada kisah baru pula muncul.

Saya terdengar salah satu komen yang diberikan oleh seorang pemanggil di radio. Di mana pada zaman jahiliyah dahulu, anak-anak perempuan dibunuh, ditanam oleh bapa mereka kerana mereka menginginkan anak lelaki. Anak perempuan tidak diperlukan. Sehingga datangnya Islam, menghapuskan segala perbuatan itu. Kini, di zaman yang dikatakan serba moden ini, perangai seperti mereka di zaman jahiliyah muncul kembali.

Saya mengharapkan keselamatan anak-anak saya dari segala cabaran di zaman serba moden + jahiliyah ini.

Sunday, March 21, 2010

Cerita hujung minggu

Permulaan hujung minggu dimulakan dengan malam malam di luar. Fahim dah kenyang....jadi tak banyak yang dia makan. Ziyad pula banyak sangat benda yanng menarik perhatiannya hingga dia terlupa makanannya. Munif belum tiba masanya untuk makan makanan kami. Jadi tinggallah saya dan Anwar yang menambah lemak...dan mengelakkan pembaziran.

Ziyad berjumpa dengan kawan baru. Rasanya usia 'kawan baru' Ziyad itu lebih kurang 1 tahun. Tak tahulah apa yang dia berkenan sangat sehinggakan Ziyad lebih banyak menghabiskan masa di meja family kawan barunya berbanding di meja kami. Nasib baiklah parents kawan baru Ziyad sporting dan tak kisah dengan Ziyad yang terlebih ramah itu. Risau juga kami dengan Ziyad yang tak pandai takut dengan orang ini. Bukan apa, bukan semua orang boleh terima cara sebegitu dan saya tidak mahu Ziyad terasa hati sekiranya ada yang tidak mahu melayan ramahnya itu.

Pagi esoknya, kami keluar awal dari rumah menuju ke Putrajaya untuk menyaksikan Hot Air Balloon Fiesta. Walaupun rasanya masih awal, sudah ramai yang membanjiri tapak itu. Kami hanya berjalan melawat gerai2 yang ada dan juga singgah mana2 tempat yang ada aktiviti yang menarik. Penat hinggakan Munif tertidur dalam dukungan Anwar.

Selepas itu kami menuju pula ke kenduri kahwin officemate Anwar. Fahim sudah nampak keletihan tapi Ziyad masih bertenaga. Berlari-lari dia di dalam dewan. Tapi akhirnya dalam kereta dia tidur juga.

Dan saya sempat makan nasi arab pada hujung minggu ini. Rindu!