Wednesday, April 28, 2010

Bestla ada baby

Fahim selalu cakap pada saya, "bestla ada baby ummi. Baby ni comel. Munif comel sangat."

Fahim memang sangat sayangkan Munif. Apa-apa yang berkaitan Munif dia memang rajin. Suka main-main dengan Munif. Pujuk Munif kalau dia menangis.

Tapi....

Sekarang Munif dah lasak. Merangkak / mengengsot ke sana ke mari. Apa-apa yang menarik perhatiannya akan dicapainya. Rambut Fahim dan Ziyad antara favourite Munif. Kesian abang-abang berdua itu asyik ditarik rambut oleh Munif. Yang ini Fahim masih ok lagi. Dia tak kisah Munif tarik rambut.

Cumanya...

Sekarang ini Munif berkenan sangat dengan buku-buku Fahim. Jadi bila Fahim nak membaca, buat homework atau apa2 saja berkaitan buku Munif pasti datang. Yang ini, mula-mula Fahim boleh bersabar. Tapi lama-kelamaan Fahim pun dah naik geram. Buka buku jer, Munif datang.
Kesian Fahim. Mula-mula Fahim suka buat kerja di lantai sahaja. Selepas itu Fahim beralih ke meja kecilnya. Tapi sekarang...Fahim kena beralih ke meja makan pula. Barulah Munif tak boleh buat apa-apa lagi.

Tapi...kadang-kadang, Munif bergayut juga di kaki kerusi Fahim. Sayangnya Munif pada abang Fahim. Semua yang Fahim buat dia nak join sekali.

Abang Fahim kena banyak2 sabar ok. Ada baby kan best.

Monday, April 26, 2010

Single pun best

Ops...jangan salah faham dengan tajuk di atas.

Single yang saya maksudkan ialah simple pump. Pump untuk mengeluarkan susu buat minuman Munif...hehe

First pump yang saya guna ialah Avent manual. Avent saya guna masa Fahim. Tapi tak lama...sebab saya malas dan masa itu cepat putus asa. Lagi pula dengan pump manual, memang meletihkan. Sekarang ini Avent saya sudah selamat saya hadiahkan pada orang lain.

Semasa Ziyad saya memang bertekad untuk menyusu eksklusif selama boleh. Dan saya dapat consistent sehingga Ziyad berusia 1 tahun 6 bulan. Time Ziyad saya guna dua jenis pump. Kedua2nya single tapi bukan lagi manual. Saya guna Medela Mini-E dan selepas itu saya guna Medela Swing. Walaupun single tapi saya tak ada masalah yang besar kecuali tube yang sentiasa dimasuki susu terutama waktu susu tengah melimpah ruah. Apa-apapun Medela Swing memang banyak berbakti pada saya.

Sekarang dengan Munif saya upgrade lagi pump saya kepada Ameda. Dari single pump upgrade ke double pump. Sangat mudah dan cepat. Tapi lately Ameda saya seperti ada masalah. Jadi seolah-olah macam single pump pula. Baru2 ini saya keluarkan kembali Swing saya. Seronok pula pakai single pump. Sebabnya dengan single pump tangan saya free untuk buat kerja lain seperti mengadap komputer, membaca buku etc. Tambahan lagi kalau guna Swing saya akan pakai bateri jadi saya boleh mobile ketika pumping. Kalau terdesak dalam kereta pun saya boleh pump dengan menggunakan Swing + bateri.

Tapi apa-apapun Ameda saya perlu dibaiki juga. Best macam mana pun guna single pump, pada saya double pump lebih menjimatkan masa.

Friday, April 23, 2010

Dan jawapannya ialah....

Budak-budak tengah membesar sentiasa penuh dengan persoalan. Ada ajer benda yang mereka tanya dan hendak tahu. Kadang-kadang saya sendiri tak tahu apa nak jawab.

Ini contoh2 soalan yang pernah mereka tanyakan:
1) Kenapa Allah turunkan hujan
2) Kenapa orang cina pergi tokong, orang india pergi kuil
3) Kenapa orang cina dengan orang india sembah patung
4) Ozon tu apa
5) Kenapa bulan sekejap ada kat depan kita, lepas itu ada kat belakang kita
6) Kenapa kalau sebut nama Allah kena sebut SWT
7) Kenapa kalau sebut nama nabi Muhammad kena sebut SAW
8) Kenapa nabi-nabi semua baik
9) Wahyu tu apa
10) Rezeki tu apa
11) Kenapa moon ada waktu malam je

Seboleh mungkin saya akan cuba provide jawapan yang boleh mereka faham. Tapi kalau saya sendiri dah hilang punca saya akan jawab pada mereka, "cuba tanya abah.". Ataupun kalau Anwar ada bersama ketika itu saya akan cakap pada Anwar, "abah, tolong jawab."...heheh

Thursday, April 22, 2010

Cakk




Ngantuk...layan gambar jap

Wednesday, April 21, 2010

Kelahiran baru

Dalam 2 minggu ini ada 4 kelahiran baru..

Insyirah bt Mohd Fahmi, 12 April 2010

Anak saudara saya yang ke-6. Kecil ajer...2.4 kg. Semoga membesar menjadi anak yang solehah. Nanti kalau ibu kerja malam / weekend / on call, duduk elok2 dengan abah dan abang Mujahid ok.

Nusaibah bt Mohd Khalil, 14 April 2010
Anak saudara yang ke-7. Jarak 2 hari saja dari Insyirah. Tak ada gambar Nusaibah...tak dapat tengok pun lagi...jauh nun di Kedah sana.

Yasmeen Khalida, 16 April 2010

Seorang lagi baby girl. Anak officemate saya. Kalau nama tak ditukar itulah namanya. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan pastinya cantik seperti Dr Khalida (sesiapa peminat Noor Suraya pasti tahu siapa Dr Khalida).

Baby of Siti Zurina dan Fahmee, 21 April 2010
Anak kepada sahabat saya, Siti Zurina. Baby boy ini belum ada nama lagi. Seronok kakak Insyirah dapat adik.

Moga semua tergolong dalam golongan khalifah Allah yang terbaik....

Tuesday, April 20, 2010

Saya dapat award


Ini sebenarnya posting tertunda yang laaama sangat. Kak eton bagi saya award ini. Terima kasih akak. Kak Eton yang saya kenali waktu awal mula bekerja. Boss dan mentor pertama saya. Dan kini sama2 bekerja keras untuk meneruskan penyusuan eksklusif baby kami...Munif dan Zahra. Beza umur mereka 3 hari sahaja.

Rules yang perlu diikut:

1) Thank and link the person that gave you the award - dah buat dah seperti di atas

2) Pass this award into 15 bloggers - saya bagi award ini pada semua blog yang ada dalam reading list saya

3) Contact said blogs and let them know the've won the award- hehe...tak contact pun takper kan

4) State 7 things about yourself -

Ini 7 perkara tentang saya yang saya terfikir sekarang:

1) Saya ada 3 orang anak lelaki
2) Saya satu2 nya perempuan dalam adik-beradik saya
3) Saya suka makan
4) Saya rasa saya bukan seorang yang sabar
5) Saya boleh baca pelbagai genre buku....tapi sekarang mudah sangat tertidur bila membaca
6) Apa lagi ek?
7) waaa...tak ada idea

Sekian terima kasih...heheh

Monday, April 19, 2010

Modem, saya dan....

Modem kami rosak lagi. Jadi blog ini beberapa hari sepi. Banyak yang hendak dituliskan tapi malam ini saya summarizekan saja perkembangan terbaru 3 hero saya dalam beberapa hari ini.

Munif sudah boleh merangkak pada usia 7 setengah bulan. Malam sebelum itu Munif demam sehingga esok paginya. Saya bercuti untuk menjaga Munif di rumah. Tengah hari demam Munif sudah hilang dan Munif mula merangkak. Kiranya Munif tak lama mengengsot. Sekarang ini dia sudah mencuba-cuba untuk duduk pula. Memanjat juga dia dah pandai. Tapi bila hendak turun dia masih belum expert.

Ziyad masih obses dengan Doranya. Sanggup tidur lambat dan tidak keluar ke mana-mana semata-mata kerana Dora. Ziyad tidak berapa minat membaca tapi kalau buku Dora dia tiada masalah. Ralit dia membelek buku Dora dan mulutnya juga bising membaca dan menyebut apa-apa yang dia faham serta mereka apa2 yang dirasanya sesuai. Ada kalanya bosan juga kami berdua kerana melayan Ziyad dengan Doranya. Tapi kalau dibandingkan dengan cerita Ultraman dan Power Rangers saya lebih rela Ziyad asyik dengan Dora.

Dengan Fahim pula, ada rutin baru. Setiap malam sebelum tidur saya perlu membaca bersama-sama. Fahim dengan buku ceritanya dan saya dengan buku saya. Sebenarnya saya yang mulakan rutin ini. Sebabnya sebelum tidur Fahim sentiasa minta bedtime story. kalau dengan Anwar memang ada bedtime story tapi dengan saya...hehe...mesti saya ngelat. Kalau Anwar ada sahaja cerita ciptaannya tapi saya, cerita2 biasa saja yang saya ceritakan. Oleh itu untuk mengelak dari bercerita saya ajak Fahim membaca bersama-sama. Dia suka dan saya juga boleh mengambil kesempatan membaca buku-buku saya yang tidak sempat dibaca. Ada masanya saya pula yang tertidur mendengar Fahim membaca...dah terbalik pulak.
Sekarang ini saya sedang mengadap cerita Dora....