Friday, February 25, 2011

Recap - January 2011 (15 Jan 2011)


15 Januari 2011, Ziyad menyambut hari lahir yang ke -4 tahun.

Kalau nak dikira hadiah hari lahir Ziyad yang betul-betul sampai sekarang kami belum belikan. Tapi kalau dikira pedang plastik berharga RM 5 sebagai hadiah, kira nya Ziyad sudah mendapat hadiahnya. Ziyad yang tak kisah. Nak minta hadiah pun tak ada. Kebetulan hari selepas birthdaynya, kami jalan2 dan Ziyad ternampak pedang. Dia minta kami belikan. Kami turutkan ajer...sebab dia kan besday boy.

Sebelum besday Ziyad cuma request nak kek nak tiup lilin dan nak potong kek.Request itu senang sajalah. Pada hari besdaynya semua itu dapat dipenuhi. Kami tak buat majlis besar2an. Cuma jemput family saya dan Anwar untuk makan2 di rumah kami.

Ziyad dah besar. Tapi masih belum boleh lari dari botol susunya. Nak pergi tadika, tiap2 pagi wajib susu sebotol. Ziyad yang bermulut manis...kata2 sayang, rindu sentiasa diucapkan pada saya.

Sayang Ziyad. Selamat hari lahir. Sori yer Ziyad...ummi lambat update.

Recap - January 2011

January 2011 banyak cerita cuma saya saja tidak menulis.

Banyak kisah sebab Fahim dan kini Ziyad ke tadika. Fahim pindah tadika dan Ziyad mula masuk tadika di usia 4 tahun.

Untuk Fahim...bab belajar dia macam bosan sikit sebab dia cakap senang sangat belajar. Tapi dari segi lain banyak juga benda baru yang dia belajar. Mungkin tidak ke arah akademik tapi ke arah lain contohnya solat, doa, hafazan dan lain-lain.

Ziyad pula...tiap-tiap hari kami tanya pasal nama teacher, nama kawan dia...tapi dia tak jawab. Samada dia tak ambil tahu atau pun tak kisah atau apa2 saja. Selepas hampir sebulan barulah dia beritahu nama teachernya. Tapi nama kawan sampai sekarang dia tak beritahu.

Ziyad bila nak bangun pagi, mencabar sungguh. Nak bangun tidur satu hal, nak suruh masuk bilik air satu hal. Bila masuk bilik air nak kena make sure dia mandi pula. Bila dah keluar kena make sure dia pakai baju lagi. Semua kena monitor. Alahai...penatnya. Dia seronok ke tadika tapi proses untuk menyiapkan dia memang mencabar.

Apa yang saya nampak Ziyad sejak dia ke tadika...memang banyak perkembangan positif. Cuma kalau kami tanya apa yang dia buat dan belajar di tadika dia tak akan jawab. Kena tunggu dia praktis atau beritahu sendiri.

Apa yang penting..mereka happy di Little Caliph.

Tuesday, January 4, 2011

Papadom dan mamadom

Hari ke-2 Fahim dan Ziyad ke Little Caliph...

Hari ke-2 kami tak hantar. Mereka berdua kena naik van. Pagi, kedua2 nya mudah bangun, mudah mandi dan mudah bersiap. So settle satu perkara. Lepas itu temankan kedua mereka menunggu van di rumah penjaga mereka. Bila van sampai Ziyad cakap kat saya, ummi baliklah.

Kami beredar dari situ dam terus ke tadika. Menunggu sehingga van mereka sampai. Kami mengintip dari jauh jer. Nampak Fahim dan Ziyad berpimpin tangan dari van ke pintu pagar tadika. Sweet betul. Sebenarnya dah pesan pada Fahim dan Ziyad, dalam van kena duduk sebelah menyebelah. Bila turun dan naik van kena pegang tangan. Abang Fahim kena tolong tengokkan Ziyad.

Berakhir misi untuk waktu pergi tadika.

Selepas itu, waktu pulang kami pergi lagi ke tadika mereka. Juga mengintip dari jauh. Van mereka dah siap tunggu di pintu pagar. Nampak Fahim dan Ziyad keluar dan mengambil selipar masing2. Fahim tunggu di pintu pagar. Ziyad pula dah lepas keluar dari pintu pagar menuju ke van. Opsss....lajunya Ziyad. Teacher tahan Ziyad sekejap...lepas itu lepaskan Ziyad ke van. Fahim ikut dari belakang.

Emm...kena remind kat Ziyad, tak boleh laju2 sangat. Apa2 pun tengok mereka berdua ok..so berakhirlah misi hari ke-2 kami.

Ke tadika

Fahim dan Ziyad memulakan hari pertama mereka di Little Caliph pada 4 Jan 2011.

Hari pertama...Fahim dari awal lagi telah bersiap. Ziyad pula...kena kejutkan tidur...tak nak bangun...lepas itu melepak di pintu bilik air...lepas kena paksa barulah dia mandi dan bersiap. Harapnya ini bukan rutin harian Ziyad untuk ke sekolah. Jenuh nanti nak menunggu. Hari pertama kami cuti bolehlah kalau lambat sikit. Tapi kalau naik van...haru nanti nak mengejar masa.

Sampai ke Little Caliph, kami hantar terus mereka pada teacher yang menunggu. Tunggu sekejap jer...dalam 1 - 2 minit dan lepas itu kami balik meninggalkan kedua mereka untuk pengalaman pertama di Little Caliph. Tengok kedua2 mereka ok ..tak menangis, dan tak pandang balik pada kami.

Bila waktu balik, tiba di pagar tadika, Fahim dan Ziyad sudah sedia menunggu. Masuk ke kereta bermulalah sesi soal jawab.

Dengan Fahim....ini antara komen dia.

1) Kenapa teacher suruh baca a ba ca da ga fa? Fahim kan dan pandai baca
2) Bosanlah sekolah tak ada buat apa2 pun
3) Tadi Fahim belajar sembahyang subuh
4) Ziyad asyik panggil Fahim jer...pening kepala Fahim
5) Tadi masa nak balik Fahim tolong cari beg Ziyad
6) Ziyad ok jer tak menangis pun
7) Fahim jumpa kawan Fahim nama dia Airil
8) Teacher panggil nama Fahim, Fahmi

Komen Ziyad:

1) Ziyad tak nangis...Ziyad ada nangislah sebab Ziyad berebut ultraman dengan kawan Fahim
2) Tadi Ziyad kencing kat bilik air
3) Teacher ajak main lego
4) Ziyad main ultraman
5) Ziyad nak balik naik bas
6) Tadi ada budak nangis

Komen Ziyad tak banyak...bila tanya pun dia asyik ulang pasal dia main ultraman. Oklah tu..sekurang2nya dia tak cakap tak seronok.
Fahim pula...komen2 dia memang kami dah jangka. Sebab dia memang cakap tak sabar nak ke sekolah jadi expectation dia memang tinggi sikit. Lagipun dia dah 2 tahun di Q Dees. Pasti ada perbezaan cara di sana dan di Little Caliph.

Fuhh...lepas hari pertama.

Tahun baru

Kembali meng update...

Tahun baru dah menjelma...1432H dan 2011. Banyak benda telah berlalu dan akan berlaku. Untuk permulaan tahun baru...Fahim kembali ke tadika...dan Ziyad pula masuk tadika.

Fahim 6 tahun dan Ziyad 4 tahun. Kedua2nya kami masukkan ke tadika yang sama. Sebelum ini Fahim telah 2 tahun di Q Dees. Untuk tahun ini kami mencuba Little Caliph untuk kedua-duanya. Sebelum itu confuse juga untuk memilih tadika dan samada meneruskan Fahim di Q Dees atau sebaliknya. Tapi akhirnya kami pilih Little Caliph. Untuk Ziyad tiada masalah sebab ini first time untuk dia...tapi Fahim, kami tanya juga dia tadika mana yang dia pilih. Bila dia tiada masalah untuk Little Caliph lagi senang kami membuat keputusan.

Fahim tiada masalah di Q Dees dan begitu juga kami. Fahim banyak perkembangan positif sejak dia mula ke tadika.Cuma rasanya kali ini kami ingin beralih arah dan mencuba suatu yang baru terutama untuk Ziyad. Terima kasih kepada semua teacher di Q Dees yang banyak mengajar Fahim.

Lepas ini bolehlah letak banyak entry kisah Ziyad di tadika pula..

Sunday, December 19, 2010

Blank

Saya sedang melalui satu fasa iatu malas update blog.

Banyak benda berlaku..banyak event...banyak segala2 nya tapi kalau dah malas nak cakap apa lagi. Semua yang banyak2 pun jadi lapuk.

Sunday, December 12, 2010

Ziyad vs Munif

Munif sudah masuk satu fasa baru - jealousy.

Yang bestnya Ziyad yang suka menambahkan kecemburuan Munif (ada ke word ni ek). So sekarang jadilah Ziyad lawan Munif. Pening kepala. Dalam kereta, di rumah...ada saja budak berdua ini.

Biasanya bermula dengan Ziyad sebab dia pun nak bermanja juga dengan saya. Tapi Munif pula yang jealous. Kalau Ziyad datang duduk atas saya, baring dengan saya...Munif bila nampak saja dia akan cuba untuk alihkan Ziyad. Tarik tangan Ziyad...tarik rambut...tolak Ziyad...apa2 saja yang membolehkan dia mengambil alih tempat Ziyad. Tapi since Munif ini kecil lagi...confirmla dia kalah. Lepas itu Munif akan gunakan senjata terakhir dan paling hebat...menangis.

Adoii...Munif Munif. Rasanya sekarang ialah phase dia merasakan saya adalah hak dia. Jadi bila time Ziyad nak bermanja dengan saya...Munif pun sibuk nak bermanja jugak. Ziyad pun tak nak mengalah...jadi biasanya akan berakhir dengan dua2 menangis dan saya pening kepala.

Ada kalanya Fahim akan datang membantu. Ada masanya menjadi...ada masanya tak jalan juga. Lagipun bila Munif dah guna senjata terakhir Fahim pun tak boleh nak buat apa2.

Harapnya fasa ini akan berakhir dalam masa terdekat.