Apa pula masalah saya? Bukan kah sebelum ini saya sudah menulis berkenaan tulisan positif. Saya hanya mahu menulis yag positif sahaja. Tapi apa yang saya bakal tulis ini hanya sekadar kisah yang saya hadapi. Negatif ke? Tak adalah...kisah biasa untuk dikongsi.
Jadi inilah dia masalah yang saya hadapi sekarang. Kebelakangan ini saya susah terjaga waktu malam. Maksud saya, saya tidak lagi alert seperti dulu dengan bunyi Munif di waktu malam. Biasanya Munif apabila dia terjaga malam untuk bangun menyusu, dia hanya berbunyi biasa sahaja. Saya biasanya alert apabila Munif bangun untuk menyusu.
Masalahnya sekarang (masalah lagi) saya kini tidak seperti itu lagi. Saya terlebih lena. Munif perlu menguatkan volume tangisannya untuk membangunkan saya. Itupun saya masih antara sedar atau tidak sedar. Kasihan Munif...lama dia menangis dan perlu mengekalkan volumenya untuk membangunkan saya. Ada masanya sampai serak2 suara dia...isk..isk...kasihan, kasihan, kasihan.
Apa sudah jadi dengan saya? Terlebih mengantuk? Terlebih tidur? Terlebih penat? Tidur lambat? Mungkin ya untuk semua persoalan di atas.
Alahai...kasihan Munif.....
No comments:
Post a Comment