Wednesday, August 25, 2010

Terima kasih Fahim

Semalam sewaktu saya naik untuk tidurkan Munif, saya pesan pada Fahim:

"Fahim kalau ummi tertidur masa tidurkan Munif, Fahim kejutkan ummi. Ummi tak sembahyang lagi."

Saya mausk bilik dan tidurkan Munif. Tak beberapa lama selepas itu dengan saya sendiri tertidur. Tiba2 terdengar panggilan Fahim:

"Ummi bangun. Ummi bangun."

Saya tak layan lagi. Ngantuk la. Tapi dengar lagi panggilan Fahim. Kali ini diselang seli dengan Ziyad pula.

"Ummi bangun. Sembahyang."

Last2 saya pun bangun. Takut nanti Munif pula yang terjaga dengar suara Fahim dan Ziyad.

Keluar dari bilik, saya duduk2 bersama mereka berdua dan saya tertidur lagi (iskk).
Hinggalah Anwar kejutkan saya. Ketika itu terdengar lagi suara Fahim.

"Ummi tak sembahyang lagi."

Hehe...last2 saya pun bangun juga. Layan ngantuk memang seronok. Tapi tanggungjawab utama tak boleh dilupakan.

Terima kasih Fahim.

3 comments:

Ummu Auni said...

bagus betul fahim~

wah munif dah boleh jalan :)

JiJie said...

Fahim mmg suka diberi assignment. Budak2 kan...dia rasa dihargai

Misz Asha said...

hehe.. Kat sekolah pun sama,kalau minta tolong dari fahim n kita ckp thx, pastinya dia tersenyum panjang..