Ketika ini saya sendiri tak pasti samada perlu menulis berkenaan apa yang bakal saya tulis atau tidak. Tapi since jari saya tidak berhenti menaip...saya teruskan juga.
Tanggal 27 Julai 2011, jam 7.40 malam, ayah saya telah kembali ke rahmatullah. Saya tiada bersamanya ketika itu...masih dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Saya menerima panggilan pemergiannya ketika di dalam kereta dalam perjalanan pulang. Kami sampai kira-kira jam 9.00 malam. Terkilan? Ralat?...Kalau ikutkan rasa semestinya perasaan itu ada...tapi saya pasti ada sebab di sebalik kejadian.
Hujung minggu sebelum itu kami balik...kiranya itulah kali terakhir 'melihat' beliau.
Ketika kami hendak kembali ke KL...bila Ziyad memeluk tok kinya...Ziyad ada komen..tanyanya 'kenapa bila Ziyad peluk tok ki sakit'...saya rasa apa yang dimaksudkan Ziyad...dia rasa sakit bila memeluk tok kinya...mungkin kerana terasa tulang2 tok ki. Ketika itu..beliau agak kurus..lantaran kurang makan. Pastinya bila dipeluk terasa tulang dari isi.
Terima kasih di atas ucapan takziah rakan-rakan.
Moga beliau tenang di sana...

4 comments:
takziah dari kami sekeluarga, smg Allah tempatkan rohnya dikalangan orang-orang yg beriman, amiin
salam takziah buat Gee & keluarga..mudah2an roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga bersama arwah saudara-mara saya yg telah pergi meninggalkan kita... amin...
takziah jie.
Innaliallahi wa Inna Ilaihi Roji'un.
Takziah Jie. Tenangkanlah hati Jie, memang ikutkan mesti ada rasa terkilan, tapi kita hanya merancang.
Saya rasa sebak bila baca tulisan Jie ni. Saya sudah lama berserah dan redha, sekiranya sesiapa 'pergi' ketika saya di sini mmg takkan ada kesempatan untuk saya meilhat, mencium atau memeluk hatta memandi atau menyembahyangkan mereka sebelum dikebumikan. Paling tinggi pun saya mampu sembahyang ghaib dan hadiahkan surah yaasin dan bacaan ayat-ayat suci lain dalam 14 jam flight pulang...agaknyalah..Walaupun sudah redha dan berserah, saya masih berdoa setiap kali saya nak pulang ke sini, panjangkan umur mereka agar dapat berjumpa lagi tahun depan dan seterusnya..
Tapi itulah, kita hanya manusia..yang mampu kita buat cuma banyak mendoakan yang hidup dan yang sudah meninggalkan kita, banyakkan hadiah alfatihah, yaasin etc sebagai bekalan di alam barzakh..
Harap Jie dan keluarga tabah dan sabar ya. Salam Ramadhan Kareem.
Azie
Post a Comment