15 Jan 2012 Ziyad kini berusia 5 tahun.
5 tahun dengan Ziyad yang penuh dengan warna warni. Dalam manisnya Ziyad...penuh dengan kelasakan dan keaktifan yang kadang2 membuatkan darah naik...samada geram, marah, takut dan bimbang. Ziyad yang tidak peduli tentang bahaya jika dia sudah excited dengan sesuatu. Itu menakutkan kami. Ziyad yang suka mengusik Munif bila2 masa yang kami tak jangka...itu buat kami naik geram. Dan Ziyad yang bermulut manis dan pandai mengambil hati...itu mencairkan kami. Itulah Ziyad...bila baby sangat senang dijaga...makin membesar semakin sesuai dengan namanya Ziyad.
Ziyad yang sentiasa penuh dengan kejutan dan unik dengan caranya sendiri. Dan dia suka betul bila cerita pasal dia kena vakum masa nak lahir. Pelbagai cerita dia boleh reka dari kisah kena vakum. Cerita yang tak boleh diterima akal...tapi penuh dengan imaginasi seorang Ziyad.
Esok 25 Jan 2012, Ziyad akan menjalani minor surgery disebabkan infection di bawah matanya. Walaupun minor tapi pastinya kami bimbang...sedih pun ada juga sebab dalam usia 5 tahun dah kena operate. Sudahla Ziyad baru kena potong (kena sunat)...sekarang ni kena potong lagi.
Rasa sentimental pula kali ini...mungkin kerana hari esok. Apa2 pun...Selamat Hari Lahir yang ke 5 Ziyad. Semoga Ziyad sentiasa di bawah lindunganNya. Sayang Ziyad.
No comments:
Post a Comment