Wednesday, June 9, 2010

Cartime Story 3

Kisah ini saya namakan Baldi Bocor. Tajuk ini bukan rekaan saya kerana sebelum Anwar bercerita, dia dah beritahu tajuk cerita ini. Saya rasa kisah ini agak familiar tapi sumbernya saya tak pasti.

Ada sebuah baldi yang tinggal di sebuah rumah di atas bukit bersama dengan tuannya. Setiap hari tuan baldi ini akan turun bukit untuk mengambil air. Air diisi ke dalam baldi ini.

Setiap hari baldi ini berkhidmat dengan tuannya sehinggalah satu hari dia bocor. Jika sebelum ini setiap kali trip tuannya boleh mendapat satu baldi penuh air, tapi kini hanya separuh air sahaja yang tinggal apabila mereka tiba di rumah mereka di atas bukit. Oleh itu tuan baldi ini terpaksa membuat lebih banyak trip untuk memastikan beliau mendapat jumlah air yang sama seperti sebelumnya.

Suatu hari, tuan baldi membeli satu baldi baru. Walau bagaimanapun dia tetap menggunakan baldi bocor ini. Si baldi bocor berasa sedih. Dia mengadu kepada tuannya dan merasakan dia tidak lagi berguna dan tidak dapat membantu tuannya kerana dia sudah bocor.

Tuan baldi itu meminta si baldi bocor melihat sekelilingnya apabila mereka dalam perjalanan mengambil air. Si baldi bocor melihat bunga2 yang cantik dan pokok2 dan rumput2 yang menghijau di sepanjang perjalanan mereka.

Tuan baldi itu memberitahu bahawa baldi bocor inilah yang membantu bunga, pokok dan rumput2 ini tumbuh subur. Akhirnya baldi bocor ini gembira kerana dia sedar bahawa dirinya tetap berguna.

Moral of the story:
Setiap orang boleh berbuat kebaikan dengan cara sendiri.

Inilah dia 3 cerita yang diceritakan oleh Anwar pada suatu petang. Tak tahu apa mimpinya bercerita kisah2 ini waktu drive.
Saya...tukang dengar jerla

Cartime Story 2

Ini cerita kedua. Cerita ini juga Anwar lupa sumbernya. Selepas cerita Minum Air Garam, cerita ini tajuknya:

Kertas Baik (lagi sekali tajuk ini adalah rekaan saya semata-mata)
Begini ceritanya.....
Di dalam salah satu kelas di sebuah sekolah, ada seorang budak lelaki yang sangat nakal. Kenakalan dan kedegilannya menyebabkan tiada orang ingin berkawan dengannya. Tapi dia tetap dengan kenakalannya.

Satu hari guru kelas mereka memberi satu kertas kepada pelajar2 kelas tersebut. Guru itu meminta kesemua pelajar di dalam kelas itu menulis satu perkara baik yang ada dalam diri pelajar nakal tersebut. Kesemua pelajar menulis di dalam kertas itu dan apabila semua telah menulis, kertas itu dikembalikan kepada guru tersebut.

Guru itu memberi kertas yang ditulis oleh rakan sekelasnya kepada pelajar nakal itu.

Masa berlalu....

Peperangan berlaku. Ada seorang askar yang berani. Beliau berperang dengan pihak lawannya dengan bersungguh-sungguh. Tetapi akhirnya beliau ditembak dan mati. Askar ini dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang pemuda yang amat baik.

Ketika rakannya mendapatkan askar itu, dia terjumpa satu kertas di dalam baju askar yang mati itu.

Itulah kertas yang tertulis dengan perkara2 baik yang ada dalam diri askar itu yang ditulis oleh rakan2 sekelasnya satu masa dahulu. Askar itu sentiasa membawa kertas itu ke mana sahaja beliau pergi...menandakan betapa dia menghargai apa yang ditulis oleh rakan-rakannya dan membuatkan dia sedar akan kebaikan yang ada dalam dirinya.

Beliau adalah pelajar nakal itu.

Moral of the story:
Jangan fokus pada keburukan orang lain…fokus pada kebaikan mereka.

Ok berakhir cerita kedua. Akan bersambung dengan Cartime Story 3.

Cartime Story 1

Ada ke istilah cartime story ek?
Tapi since cerita ini diceritakan waktu dalam kereta saya tetap nak letak tajuk cartime story.
Ada 3 cerita semuanya. Ini kisah pertama. Anwar yang ceritakan pada saya. Mana dia dapat cerita ini saya kurang pasti. Yang pasti dari pembacaan di mana2. Chicken Soup? Mungkin kot.

Cerita ini saya beri nama Minum Air Garam. Tajuk sebenar tidak diketahui.

Kisah bermula begini...
Ada seorang pemuda yang sangat pemalu. Pemuda ini amat menyukai seorang gadis. Tapi memandangkan dia seorang yang teramat pemalu, dia tidak dapat meluahkan perasaannya.

Suatu hari, pemuda ini mengajak si gadis pergi makan2 dan minum di sebuah kedai. Ketika pelayan kedai bertanya pada pemuda ini minuman yang hendak diorder, pemuda itu terjawab air garam (air + garam). Sebenarnya bukanlah pemuda ini suka minum air garam, tapi dek kerana malu dan segan dengan si gadis tersebut, dia tersasul dan lantas terorder air garam.

Si gadis tergelak apabila mendengar minuman yang diorder oleh pemuda tersebut. Pemuda itu pula memberitahu si gadis tersebut bahawa dia memang gemarkan air garam. Dan dari detik itulah hubungan mereka mula menjadi rapat dan akhirnya mereka berkahwin.

Selepas berkahwin, si isteri sentiasa menghidangkan air garam kepada suaminya kerana menyangka itulah minuman kegemaran suaminya. Air itu pula diminum habis oleh si suami dengan senyuman.

Masa berlalu, pemuda itu akhirnya meninggal dunia. Dia ada meninggalkan surat untuk isterinya. Dalam surat itu, dia memberitahu isterinya bahawa dia sebenarnya tidak gemarkan air garam. Tapi dia tersilap sebut ketika first dating mereka akibat terlampau nervous /malu . Tapi kerana air garam itulah hubungan mereka mula mesra sehinggalah mereka berkahwin. Oleh itu dia tidak kisah walaupun terpaksa minum air garam hampir setiap hari sepanjang perkahwinan mereka, kerana dia amat bahagia hidup bersama dengan isteri dan anak2 nya.

Itulah ceritanya.
Moral of the story: Anwar terlupa.
Jadi inilah moral of the story ciptaan saya:

1) Kena berterus terang
2) Kalau dah suka…apa2 pun boleh terima...:)

Tuesday, June 8, 2010

Bila besar nanti saya nak jadi....

Mula-mula dulu, Fahim cakap dia nak jadi bomba. Ziyad pula nak jadi doktor.

Saya tak ingat reason kenapa Fahim nak jadi bomba. Tapi Ziyad..saya ingat sangat. Kata Ziyad, Ziyad nak jadi doktor sebab nanti Ziyad boleh inject orang!

Iskk...ada ke macam itu pulak. Inject orang best ke Ziyad?

Masa berlalu...Fahim cakap dia nak jadi pensyarah pula. Ziyad masih maintain nak jadi doktor dan masih maintain sebab yang sama.

Akibat tidur malam asyik disajikan dengan cerita Richard dan Yamamoto, kedua mereka nak menjadi pilot pula...tak kisah jet atau kapal terbang. Yang penting boleh terbang.

Cita-cita ini kekal agak lama. Beberapa ketika selepas itu apabila ditanya, kedua mereka masih nak jadi pilot. Fahim pilih Richard dan Ziyad pilih Yamamoto. Alasan, tidak diketahui.

Baru-baru ini, cita-cita mereka telah bertukar. Itu pun apabila ustaz Khairil beritahu kami. Kata ustaz, Fahim cakap bila besar nanti dia nak jadi seorang ustaz. Ziyad pula nak jadi doktor. Kenapa dan bagaimana cita-cita mereka boleh bertukar saya sendiri kurang pasti. Tapi Fahim, rasa saya mungkin sebab dia tengok ustaz Khairil agaknya.

Ziyad pula...saya tak pasti. Adakah masih sebab yang sama seperti sebelum ini...atau ada sebab lain. Saya perlu menyelidik dahulu...hehe

Monday, June 7, 2010

Cuti cuti kami

Perkara yang saya tidak suka bila bercuti ialah...bila balik rumah tengok baju bertimbun tidak berbasuh. Satu lagi...bila cuti sudah berakhir.

Tapi...

Saya suka bercuti kerana
1) Tak perlu fikir kerja rumah
2) Seronok tengok semua happy
3) Boleh relaxkan diri
4) Macam-macam lagi

Kami cuti..pergi jalan-jalan.

Mulanya kami ke Johor...menghadiri kenduri perkahwinan saudara. Since tujuan ke Johor kerana tujuan menghadiri kenduri..kami tidak banyak berjalan-jalan di sana.
Tapi rasa saya Fahim & Ziyad sangat enjoy di sana.

Sebabnya, dewan di mana majlis kahwin diadakan bersebelahan dengan swimming pool. Jadi mereka berdua mengambil peluang berendam di kolam renang. Lama mereka berdua bermain air...sehingga hampir waktu untuk kami pulang.

Selepas Johor kami ke Melaka pula. Kali ini hanya ada kolam renang kecil sahaja (bath tub). Itupun sudah cukup menyeronokkan bagi mereka berdua. Dan Munif turut join abang2nya berendam di dalam bath tub. Seronoknya dia...walaupun dahinya benjol sedikit akibat terkena meja.

Saya dan Anwar pula...penat melayan kerenah mereka bertiga...tapi percutian ini amat menyeronokkan.
Tapi...itulah bila balik...banyaknya baju kotor ...huhuh

Wednesday, June 2, 2010

Puji pujian

Satu hari, apabila pulang dari kerja, saya tanya Fahim, "Fahim, malam ini nak beli makanan apa?". Fahim jawab, "Fahim nak makan yang ummi masak."

Alahai...

Nampak benar saya dah lama tak masak. Huhuhu. Bila saya masak, walaupun ringkas, ada ajer pujian dari Fahim. Padahal masak pun ringkas saja. Makan nasi, telur goreng dan kicap pun dikatakan sedap. Pandai jer nak ambil hati...

Satu hari lagi, Fahim cakap:

"Ummi is beautiful"
Heheh...cair cair. Senyum sampai kat telinga.

Pastuh Fahim sambung lagi:

"Abah is smart"
Tapi tengok Anwar cool jer. Aik, tak cair ke?

Kemudian Fahim teruskan dengan:

"Munif is cute"
"Ziyad is comel"

Dan yang paling bestnya...Fahim cakap:

"Fahim is handsome"
Yalah, asyik puji orang lain jer...diri sendiri pun kena jugak kan Fahim.

Sekarang dah June

Bulan Jun atau bulan 6 sudah datang. Tup tup telah habis separuh dari tahun 2010.

Munif dah masuk 8 bulan.

Fahim dah 5 tahun 3 bulan.

Ziyad pula 3 tahun 5 bulan.

Anwar telah official masuk 3 series.

Saya masih dalam umur 20-an...tapi tak lama lah...lepas ini join group 3 series juga.

Usia perkahwinan kami juga bakal masuk 6 tahun.

Anak saudara saya juga dah masuk 8 orang.

Menarik, menarik, menarik.