Tuesday, August 16, 2011

Ujian ketahanan telinga

Kelakar betul Munif nih.


Semalam, Munif berebut dengan Ziyad nak main burung yang marah. Mula-mula Munif main dulu lepas tu Ziyad take over pulak. Munif marah. Dia nak main lagi tapi Ziyad pula ambil. Menangis-nangis dia. Siap menjerit lagi. Mulalah siaran Munif FM.


Tapi saya dan Ziyad tak pedulikan dia. Munif datang nangis2 mengadu kat saya. Saya buat tak faham. Ziyad pun buat tak peduli teruskan ajer bermain. Jadi Munif FM terus bersiaran. Rancangannya menangis dan menjerit tanda tak puas hati.


Agaknya dah lama sangat menangis dan orang tak peduli...dia pun stop. Tapi menjerit masih diteruskan. Still tak ada orang peduli. Last2 dia pergi cari benda lain...dia ambil buku dan pencil colour. Tapi yang kelakarnya...sambil2 belek buku dia masih menjerit tanda tak puas hati. Lepas itu diam. Asyik dengan bukunya. Lepas tu sambung menjerit balik....tapi tangan masih asyik belek buku...mata pun masih mengadap buku.


Nampak sangat tangisan dan jeritan tu untuk dapat perhatian dan mendapat apa yang dia nak.


Sesekali kena ajar juga dia nak sesuatu tak boleh guna air mata dan jeritan. Tapi itulah...bukan senang telinga saya boleh menahan ujian nih. Ada masanya terpaksa beralah juga sebab tak tahan dengar Munif menjerit...apatah lagi kalau dalam kereta. Adoii!!


Sayang Munif.

Sunday, August 14, 2011

Munif FM

Kami ada siaran radio baru. Namanya Munif FM. Tak susah nak dengar Munif FM. Cukup sekadar abang-abang dia mengusik sikit...tak bagi barang yang dia nak..larang dia buat something yang dia nak buat...dan tak kasi dia main burung yang marah. Lepas itu keluarlah Munif FM.

Munif FM nih tak banyak rancangan. Ada rancangan menjerit tak puas hati, menjerit marah, menangis merajuk dan menangis mengadu. Tapi kita tak boleh pilih siaran mana yang kita hendak...semuanya tertakluk kepada owner siaran radio itu sahaja. Volume pun tak boleh ubah...semua tertakluk kepada owner. Berapa lama radio bersiaran tertakluk dengan ketahanan pendengar siaran dan juga owner radio. Kalau pendengar boleh bertahan dan tidak beralah dengan apa yang diminta oleh owner radio...kira lama lagilah siaran sebab time tu dia kena tunggu owner radio penat dulu.

Siaran dia tak kira masa dan tempat. Dalam rumah...dalam kereta ...even tempat2 lain pun boleh...asalkan ownernya ada...dan ada penyebabnya.

Tapi biasanya lama jugalah Munif FM bersiaran dalam sesuatu masa sebab pendengarnya semua mempunyai ketahanan. Harapnya dengan pendengar yang mampu bertahan..Munif FM taklah lama sangat bersiaran.
Tapi ada kalanya juga pendengar pun terpaksa beralah...kena tengok sebab, keadaan dan faktor2 lain terutama kalau yang melibatkan 2 abang.

Bak kata abang pertama (Fahim)...tahulah orang sayang dia tapi tak payahla manja sangat.
Munif, Munif...apa-apapun semua tetap sayang Munif. Sayang sangat-sangat.

Burung yang marah

Apa ada dengan burung yang marah (angry birds) sehingga game ini jadi fenomena terutama di kalangan budak-budak.

Beza betul zaman kanak2 dulu dan sekarang....semuanya sekarang berasaskan teknologi. Tak ada dah main2 macam upin ipin dan kawan2 dia main.

Di rumah sekarang pun budak2 bertiga itu pun dah addicted dengan burung yang marah...jangan sampai nanti muncul ummi yang marah (angry ummi) sudah. Apa tidaknya berebut mereka nak main terutama Ziyad dan Munif.

Ya...Munif pun join sekali main burung yang marah. Agaknya senang kot nak main...setakat memastikan burung dapat lepas ke sasaran. Tapi dari segi teknik dan taktik rasanya dia pun hentam sahaja. Ziyad pula kalau dah main fokus sesangat.


Saya ada juga main burung yang marah. Tapi mungkin kerana saya takla berminat sangat dengan game..jadi saya biasa2 saja. Kiranya dalam rumah ini dah ada 4 gamers. Satu gamer tegar...yang 3 lagi macam ada potensi nak jadi gamer tegar...

Thursday, August 11, 2011

Cerita ceriti di bulan Ramadhan

Sehingga ke hari ini masih lagi tidak menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Juadah berbuka & sahur home made walaupun ada kalanya tiba di rumah jam 7 malam.

Fahim...hari pertama saja bangun untuk bersahur...hari-hari seterusnya tidak lagi bangun. Kami pun tidaklah paksa dia untuk berpuasa. Puasa Fahim pun semuanya setengah hari saja...ada kalanya tak sampai setengah hari. Takpe..apa yang penting dia memahami berkenaan puasa di bulan Ramadhan.

Ziyad...memang langsung tak puasa. Kata Ziyad, puasa kan tak boleh makan. Kalau tak makan macammana Ziyad nak besar. Alahai Ziyad..

Biarlah lambat lagi Ramadhan berakhir...

Monday, August 8, 2011

Pergi tak kembali

Ketika ini saya sendiri tak pasti samada perlu menulis berkenaan apa yang bakal saya tulis atau tidak. Tapi since jari saya tidak berhenti menaip...saya teruskan juga.

Tanggal 27 Julai 2011, jam 7.40 malam, ayah saya telah kembali ke rahmatullah. Saya tiada bersamanya ketika itu...masih dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Saya menerima panggilan pemergiannya ketika di dalam kereta dalam perjalanan pulang. Kami sampai kira-kira jam 9.00 malam. Terkilan? Ralat?...Kalau ikutkan rasa semestinya perasaan itu ada...tapi saya pasti ada sebab di sebalik kejadian.

Hujung minggu sebelum itu kami balik...kiranya itulah kali terakhir 'melihat' beliau.
Ketika kami hendak kembali ke KL...bila Ziyad memeluk tok kinya...Ziyad ada komen..tanyanya 'kenapa bila Ziyad peluk tok ki sakit'...saya rasa apa yang dimaksudkan Ziyad...dia rasa sakit bila memeluk tok kinya...mungkin kerana terasa tulang2 tok ki. Ketika itu..beliau agak kurus..lantaran kurang makan. Pastinya bila dipeluk terasa tulang dari isi.

Terima kasih di atas ucapan takziah rakan-rakan.
Moga beliau tenang di sana...

Thursday, July 21, 2011

Aku dan kereta

Dear Diary,


Masa aku kecik2...masa aku belum ada adik-adik lagi...aku suka tanya soalan (tapi sebenarnya sekarang ini pun umi cakap aku suka tanya soalan jugak). Bila aku tanya soalan, umi dan abah akan jawab betul2...tak tipulah. Kalau aku tak faham apa yang dia orang cakap...aku tanyalah lagi. Lepas itu aku suka tanya pasal kereta. Umi dengan abah selalu main teka teki kereta dengan aku. Bila jalan-jalan, kalau nampak kereta dia orang tanya, Fahim itu kereta apa. Aku suka main teka teki macamni. Kalau aku jawab dia orang cakap 'pandailah Fahim.' Kalau aku tak tahu dia orang beritahula nama kereta tu supaya aku boleh jawab lain kali.

Aku suka.

Dalam tahun ini, aku dengan adik aku Ziyad suka kumpul kad cerita Cars. Ada kad Lightning McQueen, Doc Hudson, Mater dan macam-macam lagi. Dalam kad tu ada tulis pasal enjin, kelajuan kereta. Lepas tu bila nampak kereta atas jalan, aku pun tanyalah abah pasal enjin, kelajuan kereta yang aku nampak. Nasib baik abah sabar melayan aku. Umi tak tahu sangat. Kalau aku tanya umi mesti umi tanya abah balik. Macam-macam kereta aku jumpa. Aku pun seronok tahu nama dan jenis kereta. Kalau ada kereta yang aku tak tahu jenis dia, aku akan ajak abah atau umi pergi kat belakang kereta tu untuk baca nama dia.


Umi selalu tanya aku...'macam mana Fahim tahu nama kereta ini. tak pernah jumpa pun'.


Apa lagi umi...kena belajar laaa....


Aku beritahu atuk, bila besar nanti aku nak belikan atuk kereta BMW...tunggu ek atuk...


Fahim


-----------------


Hobi baru Fahim...mengenali jenis kereta, enjin dan kelajuan. Membezakan mana lagi besar, berapa banyak ekzos dan macam-macam lagi. Saya pun pening...nasib baik ada abah yang rajin melayan.

Wednesday, July 20, 2011

Aku budak besar

Dear Diary,

20 Julai 2011. Malam ini adalah malam penuh bersejarah untuk aku kerana malam ini 2 batang gigi aku telah dicabut oleh doktor gigi. Sebaik sahaja abah dah umi aku pulang dari kerja, mereka terus membawa aku dan adik-adik ke Bangi. Aku ingatkan untuk makan malam...rupa-rupanya pergi ke klinik gigi. Aku takut tapi lepas abah dah umi cakap cabut gigi adalah satu perkara biasa untuk menjadi budak besar, aku kuatkan hati untuk menghadapi cabaran ini...challenge!!!!
Sampai di klinik gigi abah mendaftarkan aku dan kami menunggu sekejap sebelum dipanggil jumpa doktor gigi. Doktor bagi ubat...rasanya pahit sikit dan ada rasa strawberry, lepas itu tanpa aku sedari terus doktor gigi cabut 2 batang gigi aku. Doktor letak kapas di gigi aku...dan aku menangis...waaaa. Doktor bagitahu kat abah supaya bagi aku makan aiskrim atau benda sejuk.

Aku nangis lagi. Tapi umi cakap aku kuat dan dah jadi budak besar. Bila masuk kereta aku pun tak nangis lagi. Aku dah ok. Abah dan umi puji aku. Lepas itu aku cakap kat abah dan umi yang aku nak makan aiskrim. Kami singgah di stesyen minyak petronas dan abah belikan aiskrim untuk aku, Ziyad dan Munif. Hooraayyyy...aku dah jadi budak besar.


20 Julai 2011, 10.00 malam.


Fahim



-------------
Hehehe...kalaulah Fahim ada diari...agaknya inilah yang dia tulis kot...heheh lagi