Thursday, April 1, 2010

Katakan tidak

Semasa 3 hari menjaga Munif, saya selalu terfikir...alangkah bestnya kalau ada maid.
Tapi selepas itu fikir balik, tak semestinya ada maid lagi menyenangkan. Mana tahu akan lagi menyusahkan.

Jadi untuk menyenangkan cerita, tak perlulah saya berfikir pasal maid lagi. Lagi pula selama ini tak adalah saya teringin sangat untuk mendapatkan maid. Cuma dalam 3 hari baru ni saja terfikir. Hal2 lain rasanya setakat ini tiada masalah sangat.
Oh, ada satu ketika lagi yang saya terfikir pasal maid. Ketika mesin basuh kami rosak...hehe.

Kalau difikirkan, kerja-kerja rumah memang sentiasa akan ada. Tambah pula mata saya ini cekap betul nampak benda2 yang berselerak etc. Jadi kerja yang sedia ada akan bertambah. Dulu ketika saya mengandungkan Ziyad, saya rasa hampir setiap malam saya mengelap lantai rumah. Langsung tidak boleh nampak benda2 asing di lantai. Ringan ajer tangan mencapai kain / mop atau apa2 sahaja untuk mengelap lantai.

Sekarang, saya cuba untuk membiasakan mata saya agar menerima keadaan rumah yang tidak akan sentiasa kemas. Lagi pula dengan 3 orang hero saya yang sedang membesar dan aktif, sudah tentu saya tidak boleh mengharapkan rumah sentiasa kemas.

Yang pasti, saya tahu, saya tidak memerlukan maid.

2 comments:

zaireen said...

jie,samela kite.sy pn xleh tgk kdg2 mainan slerak...habuk2..etc.rase cm pening dan2 tu gok nk kemas...

JiJie said...

betul betu betul...sekarang nih kena blajar buat tak pedulik..kalau tak mmg tak leh rehat jawabnya