Tuesday, January 4, 2011

Papadom dan mamadom

Hari ke-2 Fahim dan Ziyad ke Little Caliph...

Hari ke-2 kami tak hantar. Mereka berdua kena naik van. Pagi, kedua2 nya mudah bangun, mudah mandi dan mudah bersiap. So settle satu perkara. Lepas itu temankan kedua mereka menunggu van di rumah penjaga mereka. Bila van sampai Ziyad cakap kat saya, ummi baliklah.

Kami beredar dari situ dam terus ke tadika. Menunggu sehingga van mereka sampai. Kami mengintip dari jauh jer. Nampak Fahim dan Ziyad berpimpin tangan dari van ke pintu pagar tadika. Sweet betul. Sebenarnya dah pesan pada Fahim dan Ziyad, dalam van kena duduk sebelah menyebelah. Bila turun dan naik van kena pegang tangan. Abang Fahim kena tolong tengokkan Ziyad.

Berakhir misi untuk waktu pergi tadika.

Selepas itu, waktu pulang kami pergi lagi ke tadika mereka. Juga mengintip dari jauh. Van mereka dah siap tunggu di pintu pagar. Nampak Fahim dan Ziyad keluar dan mengambil selipar masing2. Fahim tunggu di pintu pagar. Ziyad pula dah lepas keluar dari pintu pagar menuju ke van. Opsss....lajunya Ziyad. Teacher tahan Ziyad sekejap...lepas itu lepaskan Ziyad ke van. Fahim ikut dari belakang.

Emm...kena remind kat Ziyad, tak boleh laju2 sangat. Apa2 pun tengok mereka berdua ok..so berakhirlah misi hari ke-2 kami.

Ke tadika

Fahim dan Ziyad memulakan hari pertama mereka di Little Caliph pada 4 Jan 2011.

Hari pertama...Fahim dari awal lagi telah bersiap. Ziyad pula...kena kejutkan tidur...tak nak bangun...lepas itu melepak di pintu bilik air...lepas kena paksa barulah dia mandi dan bersiap. Harapnya ini bukan rutin harian Ziyad untuk ke sekolah. Jenuh nanti nak menunggu. Hari pertama kami cuti bolehlah kalau lambat sikit. Tapi kalau naik van...haru nanti nak mengejar masa.

Sampai ke Little Caliph, kami hantar terus mereka pada teacher yang menunggu. Tunggu sekejap jer...dalam 1 - 2 minit dan lepas itu kami balik meninggalkan kedua mereka untuk pengalaman pertama di Little Caliph. Tengok kedua2 mereka ok ..tak menangis, dan tak pandang balik pada kami.

Bila waktu balik, tiba di pagar tadika, Fahim dan Ziyad sudah sedia menunggu. Masuk ke kereta bermulalah sesi soal jawab.

Dengan Fahim....ini antara komen dia.

1) Kenapa teacher suruh baca a ba ca da ga fa? Fahim kan dan pandai baca
2) Bosanlah sekolah tak ada buat apa2 pun
3) Tadi Fahim belajar sembahyang subuh
4) Ziyad asyik panggil Fahim jer...pening kepala Fahim
5) Tadi masa nak balik Fahim tolong cari beg Ziyad
6) Ziyad ok jer tak menangis pun
7) Fahim jumpa kawan Fahim nama dia Airil
8) Teacher panggil nama Fahim, Fahmi

Komen Ziyad:

1) Ziyad tak nangis...Ziyad ada nangislah sebab Ziyad berebut ultraman dengan kawan Fahim
2) Tadi Ziyad kencing kat bilik air
3) Teacher ajak main lego
4) Ziyad main ultraman
5) Ziyad nak balik naik bas
6) Tadi ada budak nangis

Komen Ziyad tak banyak...bila tanya pun dia asyik ulang pasal dia main ultraman. Oklah tu..sekurang2nya dia tak cakap tak seronok.
Fahim pula...komen2 dia memang kami dah jangka. Sebab dia memang cakap tak sabar nak ke sekolah jadi expectation dia memang tinggi sikit. Lagipun dia dah 2 tahun di Q Dees. Pasti ada perbezaan cara di sana dan di Little Caliph.

Fuhh...lepas hari pertama.

Tahun baru

Kembali meng update...

Tahun baru dah menjelma...1432H dan 2011. Banyak benda telah berlalu dan akan berlaku. Untuk permulaan tahun baru...Fahim kembali ke tadika...dan Ziyad pula masuk tadika.

Fahim 6 tahun dan Ziyad 4 tahun. Kedua2nya kami masukkan ke tadika yang sama. Sebelum ini Fahim telah 2 tahun di Q Dees. Untuk tahun ini kami mencuba Little Caliph untuk kedua-duanya. Sebelum itu confuse juga untuk memilih tadika dan samada meneruskan Fahim di Q Dees atau sebaliknya. Tapi akhirnya kami pilih Little Caliph. Untuk Ziyad tiada masalah sebab ini first time untuk dia...tapi Fahim, kami tanya juga dia tadika mana yang dia pilih. Bila dia tiada masalah untuk Little Caliph lagi senang kami membuat keputusan.

Fahim tiada masalah di Q Dees dan begitu juga kami. Fahim banyak perkembangan positif sejak dia mula ke tadika.Cuma rasanya kali ini kami ingin beralih arah dan mencuba suatu yang baru terutama untuk Ziyad. Terima kasih kepada semua teacher di Q Dees yang banyak mengajar Fahim.

Lepas ini bolehlah letak banyak entry kisah Ziyad di tadika pula..