Sunday, December 19, 2010

Blank

Saya sedang melalui satu fasa iatu malas update blog.

Banyak benda berlaku..banyak event...banyak segala2 nya tapi kalau dah malas nak cakap apa lagi. Semua yang banyak2 pun jadi lapuk.

Sunday, December 12, 2010

Ziyad vs Munif

Munif sudah masuk satu fasa baru - jealousy.

Yang bestnya Ziyad yang suka menambahkan kecemburuan Munif (ada ke word ni ek). So sekarang jadilah Ziyad lawan Munif. Pening kepala. Dalam kereta, di rumah...ada saja budak berdua ini.

Biasanya bermula dengan Ziyad sebab dia pun nak bermanja juga dengan saya. Tapi Munif pula yang jealous. Kalau Ziyad datang duduk atas saya, baring dengan saya...Munif bila nampak saja dia akan cuba untuk alihkan Ziyad. Tarik tangan Ziyad...tarik rambut...tolak Ziyad...apa2 saja yang membolehkan dia mengambil alih tempat Ziyad. Tapi since Munif ini kecil lagi...confirmla dia kalah. Lepas itu Munif akan gunakan senjata terakhir dan paling hebat...menangis.

Adoii...Munif Munif. Rasanya sekarang ialah phase dia merasakan saya adalah hak dia. Jadi bila time Ziyad nak bermanja dengan saya...Munif pun sibuk nak bermanja jugak. Ziyad pun tak nak mengalah...jadi biasanya akan berakhir dengan dua2 menangis dan saya pening kepala.

Ada kalanya Fahim akan datang membantu. Ada masanya menjadi...ada masanya tak jalan juga. Lagipun bila Munif dah guna senjata terakhir Fahim pun tak boleh nak buat apa2.

Harapnya fasa ini akan berakhir dalam masa terdekat.

Sunday, December 5, 2010

Coretan hari ini

Banyak betul kenduri kahwin dalam 2 3 minggu ini. Tak naklah cerita pasal kenduri kahwin.

Dalam perjalanan ke satu kenduri kahwin baru2 ini, kami singgahlah di sebuah masjid di tepi jalan. Nak solat zohor. Masuk dalam masjid tengok ada majlis nikah sedang berlangsung. Tak nak cerita pasal majlis nikah jugak.

Tapi yang tak bestnya...tirai di bahagian solat muslimat dibuka. Terang..clean and clear ruang solat muslimat. Ala..tak bestla macam ni. Mana nak menyorok ini. Kenapa kena bukak tirai tu. Ruang masjid punyalah luas untuk digunakan bagi majlis nikah.

Susah nak bukak itu ini. Nak cari tempat nyorok tak jumpa. Last2 pergi jerla ke tempat yang agak2 jauh sikit. Kira bolehla tu. Tengok ada juga wanita2 lain sembahyang di situ. Kira jadilah.

Lain kali harapnya adalah yang ambil kisah pasal pengunjung masjid yang lain. Apa-apapun semoga pasangan pengantin tersebut bahagia di dunia dan akhirat. Tahniah.

Tuesday, November 30, 2010

Macam-macam

Satu hari kami ke kedai...jalan-jalan di kedai. Tiba-tiba Ziyad menyanyi...

"InsyaAllah, insyaAllah...you'll find the way"

Ini gara-gara asyik dengar lagu Maher Zain. Yang silapnya kami tergelak. Sepatutnya tak boleh gelakkan dia. Cuma tak tertahan sebab tiba-tiba saja Ziyad menyanyi.

Munif pula rajin 'solat' sekarang. Kalau sebut saja 'Allahuakbar' dia akan sujud. Di mana-mana saja. Fahim rajin layan Munif solat. Even dalam kereta pun boleh solat. Kadang2 Munif sendiri yang sebut 'Allahuakbar' then dia sujud. Walaupun sebutan dia belum clear tapi boleh faham dia cakap 'Allahuakbar'. Lepas solat...nanti dia sengih tengok kami. Dan kami pun kenalah puji dia.

Beberapa malam lepas....saya berbaring, pakai baju sejuk, berselimut. Sebenarnya tak larat dan sejuk jer. Fahim datang kat saya. Pastuh dia tanya, "umi, umi tak sihat ker?"
"Umi nak makan tak? Umi nak makan apa...nasi ke...bubur ke, telur ker?"
Pastuh dia rasa dahi saya...nak check panas ke tidak. Terharu.

Wednesday, November 24, 2010

Hadiah

Pada hari lahir saya baru2 ini, Fahim dan Ziyad dah wish happy birthday. Lepas itu saya tanya...Fahim dengan Ziyad nak bagi hadiah apa kat umi.

Fahim berfikir sekejap. Lepas tu dia cakap, "kejap ek umi." Hairan juga saya sebab rasanya tak adalah saya atau Anwar bagitau in advance pada mereka birthday saya. Lepas itu Fahim panggil saya. Dia suruh saya tutup mata lepas tu bawa saya ke bilik. Masa itu memang confuse. Ada surprise yang saya tak tahu ke. Dia masuk bilik sambil cakap, "jangan buka mata lagi."
Beberapa ketika dia mintak saya buka mata dan masuk dalam bilik. Tadaaa....Fahim hidangkan makan malam kat saya. Tapi ada few nasi yang tumpah...sambil kutip nasi2 yang tumpah dia cakap..."sorilah umi...tumpah sikit." Tapi tetap terharu. Anak sulung saya ni dah besar dan matang.

Ziyad pula bila tanya pasal hadiah...dia cakap nak hadiahkan saya ultraman dyna. Bila tanya mana Ziyad nak cari duit nak beli ultraman dyna. Dia cakap nanti dia pinjam dengan abah.
Sibuk bila kami ke kedai, dia ajak pergi ke tempat mainan sebab nak belikan ultraman dyna untuk saya. Dia cakap untuk umi ultraman dyna. Ziyad pulak ada ultraman taro.
Apalah umi nak buat dengan ultraman dyna tuh Ziyad? Tapi comel betul bila Ziyad begitu bersungguh nak hadiahkan saya ultraman dyna.

Monday, November 22, 2010

Botak?


Fahim berwajah baru, berambut baru. Sebenarnya hampir tiada rambut sebab potong macam hampir botak. Selama ini dia rimas sangat dengan rambutnya...so potong terus pendek.

Bila dah pendek macam ini, nampak muka Fahim dengan Munif lebih kurang pulak.

Ziyad pun potong rambut jugak. Tapi tak berjaya ambil gambar dia sama-sama sebab dia tak nak. Jadi Fahim bergambar dengan Munif saja.

Wednesday, November 10, 2010

Kelahiran sulung


8 Oktober 2010, kelahiran anak saudara baru. Ammar Syafi namanya. Moga menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.

Hafal skrip

Ini gara-gara berlatih dengan Fahim untuk concert dan graduation tadika nanti. Ops...Fahim belum graduate sebab dia baru 5 tahun...tapi ada persembahan yang akan dibuat.

Cerita Fahim, dia participate 2 persembahan tarian (?) dan satu lagi drama. Tapi untuk drama kata Fahim yang berlakon orang lain...tapi Fahim kena baca skrip. Dan itulah yang menyebabkan saya terlibat sekali sebab kena berlatih hafal skrip dengan Fahim.
Ada lebih kurang 6 scene dan setiap scene ada dialog Fahim.

Contohnya:
I think King Duncan is not the suitable person to rule this kingdom.
Ah, just forget about it dear
Emmm...sometimes i think ....bla bla (lupa la pulak)
I must be the king
bla bla (lupa lagi)..................I will protect you with my life

Banyak lagi dialog Fahim. Kat atas tu antara yang saya ingat. Sekarang ini 5 minit setiap malam Fahim baca skrip dia...sbb persembahannya hari Ahad nanti. Kenapa 5 minit jer?...Hehe sebab masa yang selebihnya Fahim habiskan main game.

Tuesday, November 9, 2010

Tiada tajuk


Antara simple instruction yg Munif dah faham sekarang:

Clap
Kiss
Letak
Simpan
Tutup
Buka
Tidur
Ada few lagi...tapi tak ingat pulak

Munif pun dah pandai merajuk sekarang. Dan dah pandai berebut barang2 dengan abang2nya terutama Ziyad sebab kalau dengan Fahim biasanya Fahim tak kisah.

Manja pun ada juga. Lepas itu suka merayau ke sana sini. Di tangannya sentiasa ada benda yang dibawa. Dia suka tiru gelagat abang2nya. Tiru Fahim dengan Ziyad main game, tiru Fahim baca buku, tiru Fahim & Ziyad menjerit, tiru orang menyanyi, tiru Fahim & Ziyad melompat (tapi Munif lompat cuma hentak2 kaki jerla) dan macam2 lagi.

Ziyad suka buli Munif. Fahim suka manjakan Munif. Abah dan ummi mestilah sayangkan Munif.

Wednesday, November 3, 2010

Saya juara

Di rumah sekarang ialah musim main PS2. Semua terlibat kecuali saya. Definition semua di sini including juga budak paling kecil di rumah sekarang...Munif Idraki.

Teruja dia tengok semua orang main game...hinggakan dia sendiri sibuk pegang controller pastuh tiru gaya abang2 nya main. Game tak on lagi pun dah sibuk dengan controller lepas tu sibuk cakap 'kak' 'kak'...suruh bukak gamela tuh.

Fahim dengan Ziyad pula...main game bersama..kadang ok..adakalanya bergaduh. Time gaduh yang tak tahan. Apa taknya...kalau main game yang lawan dua orang, Fahim mesti nak menang. Biasanya dia menang sebab dia lagi expert dari Ziyad. Tapi ada masanya, Ziyad yang tak berapa expert pulak yang menang...marahlah Fahim. Ziyad kalau kalah pun dia relax jer...lagi pun dia lebih kepada main-main. Fahim pula..even main game dia series..mesti kena dapat no-1..macam belajar juga.
Macam mana yer nak ajar budak2 terima kekalahan?

Sebab itu biasanya kami suruh mereka main game yang kena kerjasama. At least kalah dan menang sama-sama.

Manalah budak2 nih belajar minat main PS2. Yang pastinya bukan dari saya.

Thursday, October 28, 2010

Good Luck Fahim

Fahim nak exam. 3 subject jer...Malay, English & Mathc.

Knowing Fahim...saya tahu dia mesti nak sentiasa duduk top list. Tapi untuk exam kali ini dia relax jer. Dia kata apa yang dia belajar senang (mula-mula dia cakap susah...tapi lepas tu dia cakap Fahim gurau..senang sebenarnya).

Tapi exam budak 5 tahun tak adalah saya tekan dia sangat. Apa2pun terpulang pada Fahim. Seminggu sebelum exam dia buat macam biasa jer. Tapi malam tadi..dia ada buka buku. Study. Yerla..sebab exam esok harinya. Sekejap jer pun dia study. Lepas tuh dia cakap senang jer. Tapi ada tambahan ayat..."tapi Fahim tak boleh yakin sangatlah."

Pagi tadi...saya tanya Fahim...dah ready nak exam? Fahim jawab," ok kot."

Ok Fahim...buat elok2 yer.

Note: Fahim dah tak request untuk kami hantar dia ke tadika. Kiranya menjadi juga taktik kami yer...hehe

Tuesday, October 26, 2010

Munif dan cousin

Gambar Munif dengan cousin2 yang lebih kurang sebaya dengan Munif....semuanya girl. Tapi Munif tak kisah. Girl ke boy girl semua Munif sayang...hehe


1) Munif dan Safiya

2) Munif dan Nusaibah


3) Munif dan Insyirah

Monday, October 25, 2010

Drama di pagi hari

Beberapa hari kebelakangan ini...Fahim berkeras mahu kami hantarnya ke sekolah. Kami turutkan juga walaupun kadang2 menyebabkan kami lewat bertolak. Ingatkan requestnya hanya untuk beberapa hari...tapi berlarutan sehingga ke minggu ini.

Tidak tahu apa yang terjadi...dia berkeras mahu dihantar ke sekolah. Siap menangis2 lagi. Pagi tadi lagi best...dah masuk dalam kereta teacher ...akhirnya keluar balik.
Anwar cuba memujuk. Saya melihat sahaja (lepas itu Anwar ada tanya kenapa tak join dia cakap dengan Fahim. Saya cakap better saya tak join sebab saya tak rasa saya cukup sabar ketika itu).

Selepas itu Fahim datang pada saya. Solution saya pada Fahim senang jer. Kalau nak pergi sekolah naik dengan teacher. Kalau tak...tak payah pergi sebab ummi dengan abah tak akan hantar dah. Kejam tak saya buat macam tu yer?..Tapi kalau tak berkeras takkanlah tiap2 hari nak kena hantar.

Harap2 keinginan dia untuk belajar akan dapat mengatasi keinginan dia untuk dihantar oleh kami.

Tapi kesian jugak tengok air mata dah meleleh tadi.

Siapa dia

Baru-baru ini kami ke Tabung Haji untuk beberapa urusan. Setiap kali ke Tabung Haji saya pasti akan teringat dengan seorang staff di Tabung Haji yang menasihati saya dan Anwar untuk tidak menolak tawaran haji ketika itu.

Beliau bukan staf di kaunter. Uniformnya seperti beliau bertugas di bahagian keselamatan di situ. Tapi apa pun pangkat beliau...kami memang terhutang budi padanya. Kata2 nya pada kami membuka hati kami untuk mengubah keputusan kami. Hebat benar perancangan Allah. Hanya dari kata2 seorang staf (mungkin juga seorang pengawal keselamatan) terus terbuka pintu hati kami untuk menunaikan haji pada tahun itu juga.

Selepas itu...hanya sekali rasanya saya nampak beliau. Selepas itu beliau tiada lagi di pejabat Tabung Haji tersebut. Nak tanya...nama beliau pun saya tak tahu. Cuma kalau boleh saya mahu mengucapkan terima kasih padanya.

Tuesday, October 12, 2010

Alahai Ziyad



Gambar ini ihsan Abu Nufayl. Waktu ini ada dinner dan untuk melekakan budak2, mereka diberi gambar2 untuk diwarnakan.

Ketika budak2 lain sibuk mewarna, Ziyad pula termenung bosan...(gambar di atas sebagai bukti)

Ketika budak2 lain sibuk mewarna, Ziyad pula sibuk ke sana sini. Dia juga mewarna tapi conteng2 jer...lepas itu tanya saya, "cantik sangat tak?"

Jika budak2 lain cuma mewarna satu gambar saja...Ziyad pula menconteng sehingga 3 gambar...(gambar di atas sebagai bukti)

Tapi kalau dilihat caranya...Ziyad macam kurang berminat dengan aktiviti2 mewarna sebegini.

Emmm...Ziyad Ziyad.

Mana satu

Melihat berita jemaah demi jemaah yang bertolak untuk menunaikan haji, sedikit sebanyak akan mengingatkan saya akan pengalaman kami 2 tahun yang lepas. Dulu2 sebelum pergi ke sana, apabila orang bertanya pergi dengan pakej atau muassasah, saya blur...tak faham. Sekarang saya fahamla...

Antara pakej dan muassasah. Waktu kami, kami tidak perlu membuat pilihan. Banyak perkara lagi yang perlu diuruskan dan kami rela sendiri dengan muassasah. Dan setelah melaluinya, saya merasakan kemudahan yang disediakan oleh muassasah sudah cukup selesa. Cuma apa yang saya nampak, bila ambil pakej, hotel yang diduduki lebih dekat dengan masjid, makan secara buffet dan bila di Mina ada tilam yang disediakan. Dan mungkin juga bilangan jemaah dalam bilik tidak seramai seperti muassasah.

Samada menggunakan pakej atau muassasah, tujuan semua jemaah adalah sama. Jadi kalau berkemampuan dan merasakan pakej boleh membantu dalam menjalankan ibadat di sana...apa salahnya memilih pakej. Tidak adil menilai ibadat jemaah di sana dengan melihat pakej yang di ambil.

Kalau ada rezeki lagi di masa akan datang...mungkin juga saya memilih pakej dan mungkin juga saya memilih muassasah. Ala...rindu la pulak...

Monday, October 4, 2010

Kenangan terindah

Posting dari blog Prof Kamil (Penulis Travelog Haji)
---------------------------------------------------------------------------------------------

Sesuatu yang sangat indah yang telah saya alami semasa dan sesudah menunaikan fardhu haji ialah rasa cinta yang sangat mendalam kepada Roza. Ia perasaan yang sangat luar biasa. Mungkin ramai lelaki akan ketawa dan berkata, “doa Roza termakbul di Masjidil Haram”.
Saya tidak merancang tetapi ketentuan Allah begitu. Ketika ramai suami dan isteri berpisah-pisah ketika hendak beramal ibadat, saya memilih untuk sentiasa bersama Roza.
Mungkin jadual kami berbeza dengan rakan-rakan sebilik. Malah dalam keterbatasan waktu, hubungan dengan rakan-rakan sebilik sangat minimum. Kami sekeluarga berada dalam dunia yang terasing.

Pagi-pagi lagi – di sekitar 2 pagi – Roza memegang lengan saya sambil berjalan menuju ke Masjidil Haram. Tiada kata terucap. Masing-masing berzikir dan membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Rutin biasa, sampai sahaja di pagar dalam Masjid kami mengambil segelas air zam-zam, mengadap kiblat, berselawat dan membaca doa memohon supaya Allah memberi kesihatan yang baik sepanjang kami beriktikaf di dalam masjid.
Kami mulakan dengan tawaf sunat. Roza sentiasa bersama saya. Memegang erat lengan. Setiap pusingan, apabila sampai di kawasan Hijir Ismail, saya berdoa kepada anak-anak saya yang empat.

Pusingan pertama untuk Sara, “Ya Allah jadikanlah anakku Sara Fateha sebagai anak yang solehah, yang takut dan gentar kepadaMu. Bukalah pintu hatinya untuk menutup aurat, ya Allah.. berilah kejayaan kepadanya di dunia dan akhirat”.
Pusingan kedua untuk Azrai, ketiga Amirul dan keempat untuk Sofea. Ia doa ringkas ketika melintasi Hijir Ismail. Pusingan ke lima saya lafazkan doa untuk Wan dan Ayah supaya mereka terlepas seksa kubur dan akhirnya bertemu kami di syurga Firdaus. Pusingan keenam khusus untuk mak dan abah.

Akhir sekali di pusingan ke tujuh, saya membisik-bisik kepada Allah SWT,
“Ya Allah, jadikanlah isteriku sebagai isteri yang solehah, isteri yang taat kepada Mu, isteri yang takut dan gentar kepada Mu. Ya Allah, jadikanlah beliau sebagai ibu yang bertaqwa kepada anak-anak kami. Ya Allah berikanlah kejayaan kepadanya dunia dan akhirat.
Ya Allah mudahkanlah kerjaya beliau. Ya Allah berikanlah perasaan kasih-sayang, cinta mencintai di antara kami. Janganlah kami bersengketa ya Allah. Ya Allah nanti, temukanlah kami di syurgaMu, syurga Firdaus ya Allah”
Saya terasa tangan roza semakin kemas memegang lengan. Barangkali beliau mengaminkan apa yang saya bisikkan.

Malah doa-doa ini menjadi penanda yang saya sudah sempurna melakukan tujuh pusingan tawaf. Ia ibarat memegang tasbih atau membengkokkan jari supaya tidak was-was dengan jumlah pusingan.
Hampir setiap hari – selepas Isya – kami bersantai di luar pintu satu. Sambil menikmati makan malam, membuat refleksi bagaimana hari yang telah kami lalui dan yang paling utama adalah untuk berkomunikasi sesama sendiri sebelum beredar pulang bagi memulakan hari berikutnya.
Hari-hari yang dipenuhi dengan rasa kasih sayang dan cinta yang mendalam. Ia anugerah Allah yang Maha Esa.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Membaca tulisan prof ini, teringat kembali kisah kami di sana. Kami selesa berdua ke mana2 sahaja. Setiap kali waktu ke masjid, saya atau Anwar menunggu di luar bilik masing2 pada waktu yang dijanjikan, untuk ke masjid. Kemudian berjalan bersama2 ke masjid. Berpisah di masjid dan selepas itu bertemu kembali di mana2 tempat yg dijanjikan.
Perjalanan pergi dan balik masjid, tawaf sunat bersama, mendaki jabal rahmah, perjalanan ke Mekah dari Mina, tertidur di tiang marwah selepas berjalan tanpa henti selama 4 jam, makan, merayau, dan pelbagai aktiviti lagi...kami lakukan bersama2.

Indah sungguh kenangan itu.

Silap tarikh daa

Gambar di atas diambil untuk fokus pada kerusi pengantin yang besar itu.
Cerita bermula begini...

Satu hari kami bersiap2 untuk ke open house dan kenduri kahwin. Kenduri kahwin kami plan untuk pergi last sekali. Kami tiba ke rumah kenduri waktu petang. Sampai2 tengok, orang dah tak ramai. Khemah dan meja2 elok bersusun. Tuan rumah sambut kedatangan kami dan jemput makan.

Kami pun makan. Tuan rumah layan kami. Borak punya borak...tiba2 discover kenduri yang sebenarnya bukan hari itu tapi hari esoknya. aaaa....kami silap tarikh!
Tapi tuan rumah relax jer..dia cakap kat tempat mereka memang biasa kenduri 2 hari. Lagi pula waktu itu makanan semua ada seolah2 macam kenduri betul. Tuan rumah cakap...sebab kat kampung, mereka dah siap gotong royong awal2. Lagi pula malam itu ada majlis berinai.

Adoiii...macam mana boleh silap tarikh. Sepanjang perjalanan kad kahwin elok juga dibuka untuk tengok peta tapi tak check langsung tarikh.

Tapi silap tarikh pun...makanan banyak..macam kenduri. Khemah, pelamin semua dah siap. Malu memang malu, tapi buat muka tak malu jerla. Lagipun dah sampai, dah makan takkan nak patah balik.

Imej baru

Rambut Munif dah potong...Munif berubah wajah. Imej baru.

Sebelum....

Selepas...

Wednesday, September 29, 2010

Kisah raya kami 4

Tahun lepas masa raya usia Munif baru 3 minggu. Tahun lepas saya dan Munif tak beraya sangat pun.

Tahun ini mengharapkan dapat beraya dengan Munif yang sudah masuk 1 tahun. Kalau nak diikutkan pun..baju raya Munif paling banyak. Kalah abang2nya.

Tapi...pagi 1 Syawal, Munif demam. Tapi nak buat macammana takkanlah kami tak balik kampung di pagi 1 Syawal. Jadi terpaksalah masukkan ubat kat bun*** Munif. 1 hari sepanjang 1 Syawal...Munif tak ceria seperti biasa. Muka dia blur semacam. Biasa2 saja. Social skillnya terus hilang. 1 hari berkepit ...penat sangat2.

2 Syawal..Munif masih demam. Ubat dimasukkan lagi. Sepanjang perjalanan dia asyik menyusu ajer. Balik kampung pun sama. Moodnya tak seperti biasa. Demam on off. Tapi kami tetap berjalan raya. Ada satu ketika, Munif menangis dalam kereta sepanjang perjalanan. Cukup menduga kesabaran.

Selepas elok demam, mood dia belum kembali seperti biasa. Rasanya itu simptom past fever kot. Hehe..suka hati jer.

Raya kali ini Munif dah boleh jalan banyak langkah. Tapi masalahnya dia tanak jalan sendiri. Asyik pegang tangan kita org untuk jalankan dia...penat penat. Kalau saya dah tak larat nak jalankan Munif..apa lagi outsource sajalah, "Fahim tolong bawak Munif jalan."

Sunday, September 26, 2010

Kisah raya kami 3

Ketika raya jika Fahim melantik dirinya sebagai Finance Minister...Ziyad pula tidak kisah. Ada kalanya bila ada orang nak bagi duit raya dia siap tak nak ambil lagi...sambil jawab, "dah dapat". Isk..iskk...jadi ada masanya Fahim yang akan ambil on behalf of Ziyad.

Ziyad...masa raya dialah yang paling ceria. Bebelannya...komennya...dan telatah dia sendiri pun dah cukup menampakkan betapa happy go lucky nya dia. Tapi Ziyad beraya dalam keadaan bahu kanannya masih belum begitu sembuh. Jadi dia agak conscious dengan tangan kanannya. Banyak perkara, dia akan gunakan tangan kiri. Tapi bila dah asyik bermain...elok pula tangan kanannya.

Bila pergi beraya..dia sibuk explore rumah orang. Kalau ada budak2 seusianya atau Fahim..dia sibuk nak ajak main bersama. Makan pun dia tak peduli.

Ziyad nampak pokok buah delima, lalu dia bagitau saya.."ummi pokok ini macam pokok durian la"...haha..suka hati saja..setahu saya tak pernah pulak dia tengok pokok durian kecuali dalam filem Upin & Ipin. Tapi apa2pun pokok delima itu tak sesuai langsung dianggap macam pokok durian.

Lepas itu bila pergi beraya...sibuk dia tanya.."ummi mana tangga? Rumah ini tak ada tangga ke?" Sibuk je nak tahu pasal tangga.

Dengan telatah Ziyad sepanjang raya...nasib baiklah ada Finance Minister yang berkaliber.

Oklah...kemudian cerita lagi..ada masa saya masukkan gambar pulak.

Kisah raya kami 2

Raya tahun ini Fahim secara unofficial melantik dirinya sendiri sebagai Finance Minister. Duit2 raya yang dia dan adik2nya dapat, dia akan kumpulkan dan asingkan.

Masa pagi 2nd raya, sedang kami sibuk berkemas2 untuk balik ke kampung saya, Fahim pula sibuk mengemaskan duit raya dia dan adik2nya. Semuanya diasingkan ikut nilai dan dimasukkan dalam sampul asing2. Khusyuk betul dia mengira duit raya. Kami biarkan saja...konon2 nak bagi dia menambah ilmu matematik..heheh.

Ketika raya di kampung saya, Fahim masih meneruskan tugas sebagai Finance Minister. Kali ini apabila adik2nya dapat duit raya, dia akan minta dari mereka berdua dan tolong simpankan dulu atau passkan pada saya atau Anwar. Betul2 Finance Minister yang bertanggungjawab...hehe

Bila balik ke sini, dia mengumpulkan kembali semua duit raya yang diterima. Bila saya mengambil hasil tugasan Fahim, dia siap pesan pada saya, kena asingkan duit raya yang diterima di kampung saya dan duit raya yang diterima di kampung Anwar. Amboi...Finance Minister sorang ini...sungguh detail sekali.

Kisah raya kami

Dah beberapa minggu selepas 1 Syawal, baru terasa ada mood nak tulis pasal raya. Lepas tengok posting2 sebelum ini baru perasan saya tak ada pulak letak posting "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin". Jadi anggaplah posting kali ini adalah juga berkaitan dengan posting yang tidak ada itu.

Raya first kami di kampung Anwar...dekat saja pun. Tak perlulah berkemas bagai macam nak balik mapung. Pagi raya selepas Subuh keluar rumah...sembahyang raya di kampung. Saya dan Munif menjadi penunggu rumah. Emm..pagi raya itu badan Munif panas...tapi nak beraya punya pasal...ubat dimasukkan ke dalam bu**** Munif. Tapi dah memang dia demam kan...pagi raya tak adalah dia ceria seperti biasa. Biasa2 saja. Sian Munif...walaupun ini 2nd rayaMunif tapi boleh dianggap 1st raya jugak since last year masa 1 Syawal usianya baru 3 minggu.

2nd raya barulah bertolak ke kampung saya pula. 2nd raya dihabiskan atas jalan. Ziyad relax betul...hampir separuh perjalanan dia tidur. Penat beraya kot. Fahim pulak the opposite. Sepanjang perjalanan dia tak tidur. Tahan betul mata dia. Munif pula..masih kurang sihat..sebelum perjalanan selamat bu**** dia dimasukkan ubat lagi. Sepanjang perjalanan kalau dia tak tidur dia akan habiskan masa menyusu dengan saya.

3rd dan seterusnya beraya di kampung saya sehinggalah kami bertolak balik ke KL pada hari Jumaat. Perjalanan yang sungguh relax sebab tak banyak kereta, cuaca yang mendung dan budak2 yang banyak tidur.

Nantilah sambung lagi.

Monday, September 20, 2010

Kembali

Lama blog ini berehat. Tuan punya cuti raya hampir 2 minggu, blog ini pun bercuti hampir 2 minggu.

Ini sahaja permulaan selepas 2 minggu. Belum ada mood betul2 lagi nak menulis.

Terima kasih.

Sunday, September 5, 2010

Kisah 4 Sept

4 September 2010 dalam kenangan...

Malam kami berbuka puasa di Serdang. Waktu semua isi rumah pergi surau, saya dah 3 hero duduk rumah. Tiba2 terdengar bunyi Ziyad menangis. Dia jatuh kerusi. Sakit sakit katanya. Lama dia menangis. Diselang seli dengan komen2 nya. Dalam risau rasa nak gelak juga dengar komen Ziyad. Saya baringkan Ziyad. Dia pegang bahu sebelah kanan. Katanya sakit. Nampak dah bengkak.

Balik dari terawikh...Anwar bawa Ziyad ke klinik. Tapi malangnya klinik tutup pula. Kami decide untuk balik rumah dan singgah di klinik dalam perjalanan balik nanti. Tiba di klinik...doktor tengok dan suruh buat x-ray. Kena tunggu setengah jam lagi. Anwar hantarkan saya dan Munif ke rumah dahulu. Fahim pula tidur di Serdang. Dalam pukul 1 pagi barulah Anwar balik bersama Ziyad. Ziyad siap pakai anduh lagi.

Doktor cakap tulang Ziyad kat atas bahu retak. Tapi yang mujurnya retak kat situ akan sembuh sendiri. Yang penting kena jaga betul2 dan Ziyad tak boleh lasak sangat. Doktor advise untuk kami jumpa specialist juga takut kat bahagian lain ada problem juga. Kami dah buat appointment. Harapnya tak ada apa2.

Sehingga ke hari ini...Ziyad seperti biasa saja. Cuma dia agak berhati2 dengan tangan kanannya. Tangan boleh digerakkan tapi kalau angkat tinggi2 dia mengadu sakit. Nak pakai baju pun susah. Yang lain2 dia ok. Cuma manja terlebih sikit. Tangan yang sakit...nak jalan pun susah. Ziyad...Ziyad

3 budak 'bucuk'

Suatu pagi di hari minggu...beberapa bulan yang lepas...

Yang pertama sekali bangun tidur ialah abang no-2. Kemudian diikuti abang no-1 seterusnya adik bongsu bangun dai tidur. Bau sorang2 tak usah cerita...'semerbak' semuanya. Muka masing2 pun 'sememeh' jer...maklumlahbaru bangun tidur...mandi pun belum. Sedang mereka lepas2 bertiga...saya ambil kamera. Abang no-1 relax jer...tak layan pun...adik bongsu pulak dah sibuk nak bergerak. Abang no-2 jer yang excited nak bergambar.

Disuruhnya adik bongsu duduk diam2 dan senyum. Adik bongsu tanak jugak. Akhirnya abang no-2 terpaksalah senyumkan adik kesayangannya itu. Maka terhasillah gambar ini.....sian adik bongsu

Thursday, September 2, 2010

1 September

Ini pun posting terlambat. Yang ini sempena tarikh 1 September 2010.

Apa yang ada pada 1 Sept?

1 September 2009 yang lalu, jam 9.50 malam, lahir seorang lagi baby boy dalam keluarga kami. Mengandungkan baby boy ini tak adalah masalah sangat. Penat adalah juga tapi masih dalam kawalan.

Bila lahirnya pula...di awal2 bulan sangat mencabar. Rasanya paling mencabar antara ketiga2 mereka. Baby boy ini susah nak tidur malam. Menyusu tak pernah berhenti. Kena berkepit memanjang. Dan kalau menangis...volume dia tak akan direndahkan. Versi tinggi jer. Dan tidak akan berhenti. Di awal2 bulan sangat memenatkan.

Tapi selepas baby boy ini boleh bergerak sendiri, dia sangat mudah dijaga. Boleh bermain sendiri, tidur pun senang. Tapi aktif tetap aktif. Mana boleh jadi baby boy kalau tak aktif kan. Sehingga kini, dia masih dalam kategori yang mudah dijaga. Susah sikit pun tak adalah terasa sangat. Menangis, semua baby akan menangis.

Hobinya...makan. Dia suka makan...apa saja dia boleh buka mulut. Giginya dah 6 batang. Kekadang dia suka juga menggigit. Dari kecil lagi dia suka senyum. Ini yang paling tak tahan. Cair. Jalannya pun dah improve sikit. Dah dapat 3 langkah. Tapi dia lagi suka merangkak. Kalau nak suruh berjalan padanya ialah untuk bermain.

Dan kini baby boy ini sudah berusia 1 tahun. Selamat hari lahir Munif.

Merdeka, merdeka, merdeka

Hehe...posting terlambat. Posting ini sempena 31 Ogos.

Anyway dah merdeka ke kita?

Apa yg kami buat pada hari merdeka?

Beli baju2 untuk Fahim, Ziyad & Munif.

Fahim tanya...kenapa abah tak tengok tv pagi tadi.

Saya tanya tengok apa?

Lepas tu baru teringat...oooo tengok orang berarak hari merdeka.

Tanya saya...Fahim tengok ke tadi?

Fahim cakap...haah...Fahim tengok sekejap tadi.

Selamat hari merdeka Fahim.

Wednesday, August 25, 2010

Terima kasih Fahim

Semalam sewaktu saya naik untuk tidurkan Munif, saya pesan pada Fahim:

"Fahim kalau ummi tertidur masa tidurkan Munif, Fahim kejutkan ummi. Ummi tak sembahyang lagi."

Saya mausk bilik dan tidurkan Munif. Tak beberapa lama selepas itu dengan saya sendiri tertidur. Tiba2 terdengar panggilan Fahim:

"Ummi bangun. Ummi bangun."

Saya tak layan lagi. Ngantuk la. Tapi dengar lagi panggilan Fahim. Kali ini diselang seli dengan Ziyad pula.

"Ummi bangun. Sembahyang."

Last2 saya pun bangun. Takut nanti Munif pula yang terjaga dengar suara Fahim dan Ziyad.

Keluar dari bilik, saya duduk2 bersama mereka berdua dan saya tertidur lagi (iskk).
Hinggalah Anwar kejutkan saya. Ketika itu terdengar lagi suara Fahim.

"Ummi tak sembahyang lagi."

Hehe...last2 saya pun bangun juga. Layan ngantuk memang seronok. Tapi tanggungjawab utama tak boleh dilupakan.

Terima kasih Fahim.

Langkah pertama


Dalam usia 11 bulan 3 minggu Munif telah mendapat langkah pertama. Tapi baru 2 langkah jerla...heheh.

2 langkah pun tetap satu perkembangan besar. Kiranya Munif berjaya mengatasi abang2nya dalam hal ini. Fahim, langkah pertama dia tepat waktu usianya 1 tahun. Ziyad juga begitu. Kiranya Munif awal 1 minggu dari mereka.

Seronok Munif bila mencuba langkahnya. Walaupun 2 langkah sengih dan gelaknya macam dah boleh jalan betul2. Jadi selepas ini Munif boleh praktis lagi sehingga boleh berjalan. Bila dah berjalan senanglah nak join abang Fahim dan abang Ziyad main.

Minggu depan Munif 1 tahun. Tak ada plan lagi untuk hari lahir Munif. Tengoklah bila tiba masanya mungkin kami buat something. Setakat beli kek tak adalah masalah sangat.

Saturday, August 21, 2010

Halal

Waaa...banyaknya hotel2 di Malaysia ini yang tidak mendapat pengesahan halal untuk makanan2 yang disediakan.

Jadi kali ini...untuk berbuka puasa tak perlu lagi ke hotel. Masak sendiri atau pergi saja ke kedai2 makan yang dah confirm halalnya. Boleh juga ke hotel2 yang telah mendapat pengesahan JAKIM.

Dan selepas ini kalau pergi bercuti, jika menginap di hotel tak perlu lagi ambil breakfast di hotel. Cari jer makanan sendiri atau bawak bekalan dari rumah.

Itu semua untuk langkah berjaga2. Yang penting, makanan yang dimakan yakin halal haramnya.

Tapi, still rasa tak best. Sebab pernah makan di hotel2 yang tak ada dalam senarai.
Iskkk...tensi tensi.

11 Ramadhan

Setahun yg lepas, 11 Ramadhan 1430H Munif selamat dilahirkan. Jadi kiranya kalau ikut tahun hijrah Munif telah mencapai usia 1 tahun.

Kebetulan pula doktor yang menyambut Munif, anak lelakinya juga lahir pada 11 Ramadhan. malah Ramadhan juga diabadikan sebagai nama anak beliau. Cuma saya tak ingat apa nama depan anaknya. Munif pula...tak adalah tambahan nama Ramadhan tapi detik2 kelahiran Munif pasti diingati.

Waktu sarat mengandungkan Munif, saya masih mampu berpuasa. Malah terlebih rajin memasak waktu berbuka dan sahur. Agaknya kerana banyak sangat bergerak Munif dilahirkan awal - minggu 37. Rasa contraction dirasakan sewaktu balik dari kerja. Mulanya saya biarkan saja kerana masih minggu 37. Tak terfikir akan bersalin. Tapi bila dikira kekerapan contraction...waktunya setiap 5 minit.

Masa ini dah rasa confirm, ini betul2 sakit nak bersalin ni. Waktu itu kami dalam perjalanan ke rumah. Jalan pula jam. Tapi saya masih relax. Saya beritahu Anwar, kita balik rumah dulu, buka puasa, solat then baru ke hospital. Sesuka hati buat perancangan, tapi itulah yang kami buat. Balik rumah, buka puasa, solat, kemaskan baju saya, Anwar, Fahim dan Ziyad. Then ke rumah penjaga mereka berdua informkan yang kami akan ke hospital. Barang2 Fahim dan Ziyad ditinggalkan di situ.

Tiba di hospital selesai urusan saya dibawa ke labour room. Waktu nurse check, dia cakap bukaan dah 8. Waktu itu saya dah terkejut. Hajat di hati sebelum ini nak ambil ephidural, tapi bila bukaan dah 8 semuanya dilepaskan. Lagi pula contraction yang dirasakan tak adalah sakit sangat. Kali ini memang dipermudahkan semuanya.

Lebih kurang sejam selepas itu Munif dilahirkan. Keluar2 jer terus menangis. Bila tengok Munif waktu itu saya cuma terfikir....'sihatnya anak ummi'. Sebab pipinya tembam.

Itu 11 Ramadhan yang lalu.

Tuesday, August 17, 2010

Warna warni



Sudah lama tak menampal gambar di sini. Asyik menulis jer. Sekali sekala tukar mood letak gambar pulak. Barulah blog ini ada warna warni sikit.

Jadi saya godek2...jumpalah gambar2 seperti di atas. Biasalah modelnya mestilah hero2 saya. Ini semua gambar2 lama Fahim & Ziyad.
Fahim masa kecil suka bergambar dan mudah senyum. Ziyad pulak...kalau nak bergambar susah sangat2.

Monday, August 16, 2010

Buang bayi: Antara musim mengawan dan menetas

Artikel ini difwdkan seseorang. Diambil dari salah satu blog.
-------------------------------------------------------------------------------------

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid .

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .

Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .


Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

-------------------------------------------------------------------------------------
Tak tahu nak komen apa.

Menyusu dan berpuasa

Semasa Fahim kecil saya tiada pengalaman menyusu dan puasa kerana ketika itu saya tidak menyusu sepenuhnya...ada campur susu formula. Ketika Ziyad kecil ialah pengalaman pertama saya menyusu dan puasa.

Waktu itu risau juga...tapi alhamdulillah dipermudahkan urusan. Cuma saya perlu pastikan saya makan secukupnya waktu berbuka, bersahur serta makan kurma. Waktu malam juga saya minum air seberapa banyak yang termampu. Ketika itu bekalan susu tetap stabil.

Ramadhan kali ini pengalaman kedua saya berpuasa dan menyusu...kali ini giliran Munif pula. Setakat ini, rasanya bekalan susu masih seperti biasa. Cuma saya perasan waktu petang, hasil susu agak berkurangan bila pump. Oleh itu rule yang biasa terpakai...setiap susu yang digunakan perlu digantikan dengan jumlah yang sama. Kalau tak mampu waktu hari bekerja, saya kena pastikan weekend saya berjaya top up kan bekalan susu.

Tapi since Munif sudah makan...stress level tak seteruk dulu. Kali ini rasanya lebih relax.

Thursday, August 12, 2010

Nak puasa

First Ramadhan...Fahim tak ada pulak nak cakap puasa.
Tapi malamnya, dia bagitahu teacher suruh puasa. Jadi Fahim pun nak puasalah esok harinya. Saya cakap kalau nak puasa nanti kena bangun sahur. Dia cakap OK.

Esoknya, waktu sahur, kami kejutkan Fahim. Muka mengantuk jer. Makan dua tiga suap, minum milo sikit...then dia lepak..ngantuk. Tapi waktu habis sahur dia bersemangat kembali. Terus mandi siap2 pakai baju sekolah.

Cumanya lepas mandi, boleh pula dia sambung tidur sampailah waktu nak ke sekolah. Siang...saya tak pasti Fahim puasa macammana. Puasa makan jer, puasa minum atau puasa setengah hari. Tapi petang itu bila balik ke rumah...Fahim tidak makan dan minum sehinggalah waktu berbuka. Kiranya puasa petang pun boleh jadi juga.

Kami pun tak paksa...umur dia baru 5 tahun...berlatih sikit2 dulu.

Itulah kisah hari pertama Fahim 'puasa'.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat berpuasa

Fahim tanya,"bulan Ramadhan tuh apa?"
Saya jawab..."bulan Ramadhan tu bulan puasa la. Kita kena puasa waktu bulan Ramadhan. Macam Upin dengan Ipin." (senang ada contoh upin ipin)

Ini lirik lagu yang menyebabkan Fahim tanya soalan seperti di atas.

Oh the people are coming and going
Getting ready, to-ing and fro-ing
There's a buzz in the world tonight
People are so excited
Daddy's coming home soon
Hoping to see the moon
Hoping to catch a sight
Everyone's so happyMoon, moon, come out soon
We're out to see the Ramadan Moon
Clouds shift; fog lift!City put out your lights
We want to see the Ramadan Moon - tonight!
Now Ramadan has started
And the moon has just been sighted
Tomorrow we all fast
Every Muslim must
Now 'Esha time is here
And it's time to leave for prayer
The Imam is in the Mosque
The Qur'an is in his heart
Moon, moon, come out soon
We're out to see the Ramadan Moon
Clouds shift; fog lift!City put out your lights
We want to see the Ramadan Moon - tonight!
Moon ... Ramadan Moon
From the early break of dawn
We'll go the whole day long
Shops are full of dates
But still we have to wait
Till the sun goes down
And it's time to break our siyyam
The food is on the plate
Ooh! It tastes so good
Moon, moon, come out soon
We're out to see the Ramadan Moon
Clouds shift; fog lift!
City put out your lights
We want to see the Ramadan Moon - tonight!
C'mon, c'mon Ramadan Moon ...Ramadan Moon
Now Granddad's in I'tiqaf
Only ten days are left
He's praying every night
Dressed all in white
Hands held high
With tears in his eyeAsking for forgiveness
And Paradise
Moon, moon, come out soon
We're out to see the Ramadan Moon
Clouds shift; fog lift!City put out your lights
We want to see the Ramadan Moon - tonight!
Moon ... Ramadan Moon
Now its time again for EidRamadan ran with speed
Will it come again?
Like an old friend?
Ramadan MoonLike an old friend?
Ramadan Moon

Gemuk?

Kata Ziyad,"Ziyad tak nak makan...nanti gemuk."
Itu alasan saja. Yang sebetulnya Ziyad memang liat kalau disuruh makan.

Dari kecil lagi, Ziyad tak suka makan. Dia lebih banyak bergantung pada susu. Satu lagi...dia tak suka makan bersuap. Dia nak makan sendiri. Jadi demi untuk memastikan Ziyad makan...kenalah bagi dia makan sendiri. Mengemas selepas itu cerita lain pula. Tapi walaupun dia makan sendiri...makannya tetap sedikit.

Kalau nasi..nasi sahaja tak perlu bercampur lauk. Kalau ayam...ayam sahaja tak perlu diberi nasi. Kadang2 hilang idea nak bagi Ziyad makan.

Semalam, kami ke Giant membeli barang2 rumah. Ada satu family di laluan kami.
Ziyad beritahu kami...katanya,"gemuknya orang tu."

Ops...isteri kepada orang yang dikatakan Ziyad ada di belakang kami.

Ziyad...tak baiklah cakap macam tuh.

Sunday, August 8, 2010

Damai yang hilang

Dulu saya tak adalah menghayati sangat lagu ini. Tapi baru2 ini saya terdengar lagi lagu ini. Saya rasa sebak. Lagu ini dinyanyikan dengan gambar2 penderitaan kanak2 di Palestin sebagai latar belakang.

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergaadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

Wednesday, August 4, 2010

Kisah pemandu teksi

Ini 3 kisah 3 orang pemandu teksi..

Kisah 1
Beliau telah bersara dan membawa teksi untuk menambah pendapatan keluarga juga untuk mengisi masa yang terluang. Isterinya masih bekerja dan anak yang bongsu bersekolah menengah. Masa bekerja hanyalah sehingga dalam pukul 2 petang sahaja. Beliau juga yang akan menghantar dan mengambil anak lelaki bongsunya di sekolah setiap hari. Kata beliau, tidak boleh lepaskan anak begitu sahaja di zaman sekarang. Banyak pengaruh buruk. Sebab itu beliau sanggup bersusah payah menjemput dan menghantar anak ke sekolah.

Kisah 2
Beliau baru berusia 20-an. Kata beliau terpaksa membawa teksi kerana beliau belajar tidak ke mana. Susah untuk mendapat pekerjaan. Walaupun penat tapi untuk hidup...kena teruskan.Tapi katanya beliau tidak bercadang membawa teksi selama-lamanya kerana beliau menunggu cukup umur untuk meminta pekerjaan sebagai pemandu bas. Sebelum ini beliau pernah hadir temuduga untuk pemandu bas tapi ditolak kerana belum cukup umur. Bila umur 30 tahun lebih baru boleh apply kembali.

Kisah 3
Isteri dan anak-anak semuanya di kampung. Beliau seorang di sini. Setiap minggu beliau akan balik kampung menjenguk family. Bawa teksi hanya kerja part time. Beliau bekerja tetap sebagai driver di satu company. Beliau membawa teksi seawal jam 4 pagi. Pukul 8 pagi hingga 5 petang bekerja. Dan selepas habis kerja pukul 5 akan kembali membawa teksi hingga jam 11 malam. Walaupun penat tapi untuk diri dan keluarga...kena teruskan juga. Lagi pula beliau berkata kalau sudah biasa dah tak rasa apa-apa. Sudah 7 tahun beliau membuat part time sebegini. Setiap bulan beliau boleh mendapat dalam RM3000 dengan kerja part time.

3 kisah untuk perkongsian bersama.

Tuesday, August 3, 2010

Soal jawab

Satu hari di dalam kereta, berlaku perbualan ini.

Fahim: Ummi, raja itu apa?
Saya: Raja itu King la...macam buku cerita, King & Queen
Fahim: Negeri Terengganu ada raja?
Saya: Ada
Fahim: Kenapa raja duduk kat Shah Alam?
Saya: ooo...itu raja untuk negeri Selangor. Kalau raja negeri Terengganu tak duduk di Shah Alam.
Fahim: Raja tu sembah Allah tak?
Saya: Mestilah sembah Allah
Fahim: Kalau orang tak sembah Allah, raja buat apa?
Saya: Raja hantarlah ustaz dengan ustazah untuk ajak orang-orang tu sembah Allah. Nanti ustaz dengan ustazah itu boleh ajar.

Fahim diam dan macam memikirkan sesuatu.

Fahim: Macammana raja tu tahu siapa yang tak sembah Allah?
Saya: Nanti raja itu hantarlah orang untuk check dalam negeri dia siapa yang tak sembah Allah. Pastu nanti orang itu bagitau kat raja.
Fahim: ooo...nanti orang itu bagitau raja...dia masuk dalam castle ek.

Saya lupa bagaimana perbualan ini berakhir dan tak pasti samada Fahim puas hati atau tidak dengan penjelasan saya. Macammana tiba- masuk topik pasal raja dan sembah Allah pun saya tak pasti. Nak menyediakan jawapan pun bukannya senang.

Thursday, July 29, 2010

Komen

Ini antara perbualan yang berlaku baru-baru ini antara saya, Fahim dan Ziyad.

Satu malam Fahim tanya saya, "ummi, boleh tak kalau Fahim nak jadi cikgu."
Saya cakap,"bolehlah."
Fahim tanya lagi,"tapi ada ke cikgu lelaki?"
Mestilah ada Fahim...cuma tak seramai cikgu perempuan jer.

Dalam kereta Fahim bertanya,"ummi, kenapa anak-anak ummi semua lelaki? Masa dalam perut ummi semua dah lelaki yer?"
Belum sempat saya menjawab Fahim sambung lagi,"ooo....sebab ummi dah pilih nama lelaki sebab tuhla anak-anak ummi semua lelaki kan?"
Emm...kalau Allah dah kurniakan semua anak lelaki, mana boleh pilih-pilih Fahim. Lelaki ke perempuan ke...semuanya ummi sayang.

Satu hari, kami berhenti di satu masjid untuk solat asar. Ketika semua orang bersedia untuk turun kereta...Fahim tanya,"ummi, ummi tak sembahyang kan sebab ummi ada darah."
Selepas itu Ziyad pula menyampuk,"orang perempuan kalau ada darah tak boleh sembahyang. Tapi orang lelaki yang ada darah kena sembahyang. ummi ada darah kan?"
Kuat pula statement Ziyad. Nasib baik tak ada orang kat situ yang dengar announcement Ziyad.

Tapi...apa yang saya dapat...simple sungguh pemikiran budak2 ini. Itulah yang dikatakan masih innocent dan ibu bapalah yang akan memainkan peranan penting dalam mencorakkan pemikiran mereka nanti.

Monday, July 26, 2010

Kisah AMI

Munif cakap...mana boleh tulis kisah Fahim dan Ziyad jer. Kisah Munif pun kena masuk dalam blog ummi jugak.

Heheh...ok...kisah Munif pun ada.

Munif tidak lama lagi akan genap usia 1 tahun. Banyak progressnya. Tapi yang paling ketara...Munif sangat suka makan. Bagilah apa saja...dia akan tetap buka mulut. Sehingga kadang-kadang saya tidak tahu bila Munif kenyang sebab dia boleh makan bila-bila masa saja. Pantang nampak makanan...bising mulutnya meminta. Mata pun cerah saja nampak makanan.

Tapi...kalau dia terlalu mengantuk...susu ibu tetap menjadi pilihan Munif.

Weekend baru ini Munif naik tangga seorang diri. Saya rasa dia mencari saya. Kebetulan pula pagar di tangga lupa ditutup. Abang-abang Munif ada di dalam bilik di tingkat bawah. Anwar juga tidak sedar. Nasib baiklah saya terdetik hati pergi ke tangga....ketika itu Munif hampir sampai ke tingkat atas. Tiba-tiba rasa jantung bagai nak luruh.

Munif..dia sengih saja.

Kisah AZN

Dalam ketiga-tiga anak saya...Ziyad pastinya menduduki tempat pertama jika dinilai dari segi keaktifannya.

Bila tengok Ziyad dan kegemarannya...banyak yang contradict. Ziyad budak yang aktif dan lasak.Tapi dalam keaktifannya...dia sebenarnya peminat cerita Dora. Dia juga sukakan warna pink dan purple. Kalau beli air...favourite Ziyad ialah air susu warna pink....heheh comel betul.

Ziyad yang lasak...tapi kalau saya pakai baju yang lain sikit...pandai pula dia puji, "cantilah baju ummi."

Satu lagi...dia tak malu mengungkapkan kasih sayang dan bermanja. Kadang-kadang dia datang bagi ciuman...dan cakap,"Ziyad sayang ummi." Tapi bila tanya siapa yang dia sayang...dia cakap, Ziyad sayang Munif, sayang ummi, sayang abah...pastuh sayang Fahim."...ooo sayang ummi nombor dua yer.

Semalam Ziyad ajar saya..."ummi...kalau Ziyad cakap i like you...ummi kena cakap i like you too tau."

Jadi bilamana Ziyad cakap..."i like you."

Seperti yang diajar...jawapan saya pada Ziyad.."i like you too."

Ziyad senyum dan hati saya berbunga-bunga.

Kisah AFN

Antara ketiga-tiga anak saya, Fahim dari kecil lagi susah tidur.

Kalau waktu baby, perlu didodoi sebelum dia dapat tidur. Bila dia besar sedikit dan mula pandai bercakap...perlu pula melayan segala persoalannya sebelum dia tidur. Selepas itu sebelum tidur perlu ada bedtime story. Bukan satu cerita ...ada kalanya sehingga 3 cerita. Itupun orang yang bercerita dah 'lalok' semacam...Fahim masih cerah matanya.

Sekarang ini...Fahim bawa buku untuk dibaca bersama sebelum tidur. Ada kalanya jika Munif tidur awal...Fahim akan mengajak saya membaca bersama. Ada masanya pula...jika saya tertidur, Fahim membaca buku seorang diri.

Cuma masalahnya...Fahim membaca dalam gelap. Sepatutnya tidak boleh dibiarkan...tapi bila saya tertidur manalah saya sedar apa yang dibuat Fahim.

Kadang-kadang bila saya sedang tidurkan Munif...Fahim ikut saya. Saya tidurkan Munif..Fahim pula membaca. Bagus juga...sebab boleh jadi bedtime story untuk Munif...heheh

Clean up clean up

Dalam cerita Barney ada satu lagu yang saya gunakan bila nak ajak anak2 saya mengemas. Ini lirik dia...nak dengar lagu..silalah tengok cerita Barney ok.

Clean up clean up
Everybody everywhere
Clean up clean up
Everybody do your share

Itu intro. Di bawah cerita seterusnya.

Anak saya yang paling kecil itu sekarang suka sangat main dekat kabinet TV. Kat kabinet tv..biasalah ada cd dan dvd serta puzzle2 Fahim dan Ziyad.

Munif suuka sangat 'mengemas' di situ. Kalau kemas cd dan dvd saya masih boleh tahan lagi. Tapi bila Munif dah teraburkan puzzle....waaa...habislah nak kena susun puzzle pulak. Kalau satu puzzle ok jugak...tapi kalau banyak puzzle nak kena susun boleh pening dibuatnya.

Sekarang ini saya dan Anwar kena expertkan diri menyusun puzzle sebab menyusun puzzle kini menjadi sebahagian item yang perlu dibuat ketika mengemas rumah. Tak pasal2 setiap hari kena peruntukkan masa untuk bermain puzzle.
Nasib baiklah ada dua orang abang Munif yang sudah expert dengan jigsaw puzzle.
Boleh outsource saja.

Tapi sebenarnya boleh saja kami simpan puzzle di tempat yang tidak boleh dicapai oleh Munif. Cuma....bila teringat untuk simpan puzzle segalanya sudah terlambat. Munif terlebih dulu sudah 'mengemas'

Friday, July 23, 2010

Sahabat


Saya suka gambar ini...

Fahim pinjam basikal Nuha. Bila time balik...susah betul nak berpisah. Fahim sampai nangis-nangis dalam kereta. Nufayl pula nak ikut Fahim balik.

Demi masa

Minggu ini asyik balik malam ajer...penatnya.

Dalam minggu ini juga saya tidak langsung menyemak buku-buku Fahim. Semuanya dibuat sendiri tanpa monitoring dari saya. Homework, buku reading, Fahim selesaikan sendiri. Nasib baiklah anak sulung saya ini seorang yang bertanggungjawab. Tanpa saya monitor dia tetap tidak lupakan kerja-kerjanya.

Munif pula sudah tidak begitu berkepit dengan saya. Kalau nak tidur malam pun tidak perlu saya ada bersama. Dengan syarat, dia kenyang...bila hendak tidur malam boleh ajer diberi air kosong (tapi ini tidak boleh diamalkan..sekali sekala saja). Cuma bila dia bangun malam, saya tetap menyusukan dia seperti biasa. Ohh...Munif dah pandai menggigit.

Ziyad...dia kan happy go lucky. Penglipur lara kami. Seronok melayan dia berborak. Komen2nya mencuit hati. Budak2 ini memang menggembirakan saya.

Tapi...kenapa minggu ini saya tidak begitu melayan mereka? Kenapa sentiasa rasa tak cukup masa. Adakah saya yang tak pandai membahagikan masa? Alahai....

Thursday, July 22, 2010

Posting hilanglah

Aler....saya baru siapkan satu posting tapi tiba-tiba terhilang.

Takperlah...saya cerita kisah lain dulu ok.

Pagi tadi...Ziyad bagi kucing makan keropok. Munif pun ada sekali. Seronok dia layan kucing. Ops sebelum terlupa, kisah ini Anwar yang ceritakan. Saya tak nampak pun sebab tengah sibuk bersiap nak pergi kerja. Biasalah...perempuan ni kan lama sikit kalau nak bersiap...heheh

Ziyad panggil kucing itu Cik Di. Bila tanya kenapa dia panggil Cik Di dia cakap sebab Cik Di nama untuk kucing warna bulu hitam. Bila Anwar cerita...saya agak confuse. Apa kaitan nama Cik Di dengan warna hitam. Mana pulak dia dapat nama ni.

Tapi comel bila dengar cerita macam ini. Budak-budak ini memang menggembirakan.

Senyum.

Monday, July 19, 2010

Motivasi malam

Semalam...saya diberi kata-kata motivasi oleh Anwar.

Kata-kata motivasi yang dimaksudkan ialah: (uishh..formal tak ingat ayat)

I support you

I know you can do better

Mental warrior mental warrior (yang ini Fahim, Ziyad dan Munif pun suka. Munif sengih nampak gigi bila sebut kata-kata ini)

Challenge!!!!

Jadi bila mana, Munif be***, dan baunya sungguh menusuk hidung...dan Anwar membawa Munif ke bilik air...dan bila Anwar komen...."busuknya!!!", Fahim pun cakap,

"I SUPPORT YOU...CHALLENGE!!!"

Hahaha....best best.

Thursday, July 15, 2010

Menang?

Ok...Spain menang world cup. Berakhir kisah world cup. Sambung lagi dalam masa 4 tahun nanti.

Dari segi sejarah Islam...Spain sebenarnya berkait rapat dengan Islam. Kenal tak Tariq bin Ziyad?

Tariq bin Ziyad adalah seorang hamba pada asalnya. Tapi beliau memiliki banyak sifat-sifat terpuji dan disebabkan memiliki sifat-sifat itulah, beliau dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol.

Tariq bin Ziyad menganggap kedatangan mereka semua ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh. Dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang. Ucap beliau, 'Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.' Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad di kalangan tentera Islam.

Akhirnya Tariq bin Ziyad berjaya memimpin tenteranya mencapai kemenangan dan Islam berkembang di Sepanyol.

Tapi lihat sahaja Sepanyol hari ini...

Idraki demam

Munif Idraki demam. Semasa di office, penjaganya telefon minta kami balik cepat sebab Munif demam. Sebenarnya Fahim yang telefon dan bagitau mengunakan hanpon nenek kajang (penjaga mereka).

Hasrat untuk balik awal tak tercapai juga lantaran jam yang teruk petang itu. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit - 1 jam mengambil masa lebih kurang 2 jam. Target untuk sampai sebelum pukul 7 malam bertukar hampir ke jam 8 malam. Kasihan Munif.

Suhu badan Munif mencapai sehingga 39. Uish...panasnya. Malam tidur pun banyak kali terjaga. Siang pula Munif asyik berkepit.
Semasa saya sedang menulis entry ini...Munif sedang menangis sebenarnya. Selamba saja biarkan Munif menangis kan. Hehe...saya sedang mengharapkan Anwar yang memujuk Munif.

Tapi Munif ini...kalau ada abang Fahim dengan abang Ziyad...dia ralit betul. Tak adalah berkepit ajer. Lagi pula abang2 Munif sangat sayangkan Idraki.

Sunday, July 11, 2010

Outstation 3

Saya mengambil masa 2 minggu untuk membuat persiapan ke Sarawak.

Hehe...macam nak pergi mana jer sampai 2 minggu kena prepare. Preparation saya pastilah berkenaan susu untuk memastikan Munif kekal exclusive susu ibu.

Dalam 2 minggu sebelum ke Sarawak, saya menambah pumping session saya. Setiap susu yang digunakan untuk satu hari saya pastikan diganti dengan jumlah yang sama atau lebih. Weekend juga saya teruskan dengan pumping. Semuanya untuk memastikan stok susu tidak berkurangan apabila saya balik dari Sarawak.

Tak sanggup melihat stok susu berkurangan. Jadi demi untuk melapangkan hati, saya perlu bekerja keras. Kadang2 datang juga rasa malas...tapi saya kuatkan hati juga. Yang penting saya ke Sarawak dengan hati yang lapang.

Dalam 2 minggu ini juga saya bertukar ke Medela Swing. Sebabnya dengan Medela Swing pumping session saya lebih tenang. Dengan Ameda walaupun lagi cepat tapi since dia double pump...pergerakan saya agak limited. Dengan Medela Swing saya boleh pump sambil membuat kerja2 lain...baca buku, tengok tv, surf internet, update blog etc. Lagi pula saya gunakan bateri maka lebih mudah untuk saya bergerak.

Sekarang ini tengok stok susu tidak banyak seperti sebelum ke Sarawak. Kena usaha lebih gigih untuk menambah stok susu.

Chaiyo!!

Outstation 2

Sepanjang ketiadaan saya...Munif tidak menyusu di waktu malam.

Siang...seperti biasa Munif dibekalkan dengan susu saya. Malam pula...Munif diberi makan kenyang2...then tidur. Bila malam Munif terjaga...dia minum air kosong saja dan sambung tidur. Rasanya Munif tidak mahu menyusahkan abahnya.

Tapi kalau ada saya...rutin seperti itu tidak akan berhasil. Sebelum tidur perlu menyusu beberapa kali. Bila tidur pula maksimum 3 kali dia akan bangun untuk menyusu.

Itu kisah Munif.

Di Sarawak...saya pula tetap meneruskan pumping session saya. Waktu bangun tidur, waktu lunch break, petang apabila tiba di hotel dan waktu sebelum tidur. 4 sesi saya tetapkan. Semua susu di simpan di hotel.
Bila hari terakhir risau juga saya memikirkan untuk membawa susu2 saya balik. Apatah lagi zip cooler bag saya rosak. Jadi demi untuk memastikan susu2 yang saya kekal sejuk...sebelum check out dari hotel saya minta ice bucket untuk diisi ke dalam cooler bag.

Dalam flight pula saya minta pramugari untuk tolong simpankan susu saya di fridge. Bila dah terdesak..rasa malu diketepikan saja. Apa yang penting susu2 yang ada selamat.

Sekarang 10 botol susu dari Sarawak sudah selamat di dalam freezer.

Lega.

Outstation 1

Minggu lepas saya ke Sarawak. Pertama kali meninggalkan Munif. 4 hari 3 malam Munif berpisah dengan saya.

Kenapa saya mention Munif saja. Sebabnya Munif masih menyusu dengan saya. Jadi bila outstation banyak preparation yang kena dibuat. Saya akan menulis berkenaan preparation before outstation dalam entry yang lain.

Untuk outstation kali ini saya anggap juga sebagai percubaan pertama meninggalkan Munif. Alhamdulillah tiada masalah. Siang Munif ke rumah penjaganya seperti biasa dan malam dengan Anwar.

Ini kali kedua saya ke Sarawak. Pengalaman yang menyeronokkan. Penat juga kerana perlu mengikut waktu2 yang ditetapkan. Tapi dari segi tidur...3 malam saya tidur tanpa perlu bangun menyusu kecuali malam ketika semi final Spain - Germany..sempat juga saya menyaksikan perlawanan walaupun ketika itu jam 2 pagi!

Rutin mengepam masih diteruskan seperti biasa. Pagi, tengah hari, petang dan malam. Selamat 10 botol saya berjaya bawa balik.

Balik dari Sarawak...sambutan berbeza dari Fahim, Ziyad dan Munif. Fahim menunjukkan buku readingnya yang baru. Ziyad menunjukkan pistol dari bloknya. Dan Munif...dengan senyuman dengan 2 gigi atas yang baru muncul.

Seronoknya dapat balik rumah.

Monday, July 5, 2010

Nak berapa A?

Secara peribadi saya suka jika UPSR, PMR dan exam2 yang sewaktu dengannya ditiadakan.

Saya bukan lagi seorang pelajar tapi saya mempunyai anak yang sedang belajar (hehe...belajar tadika kira masuk sekali la kan). Walaupun Fahim hanya di tadika...tapi sedikit sebanyak bahangnya tetap terasa (tapi suam2 jerla). Tak boleh imagine saya akan menjadi seorang ibu yang bagaimana bila masa Fahim berdepan dengan peperiksaan besar contohnya UPSR.
Apa yang saya harapkan dari Fahim ketika itu. Straight A?
Harap2nya saya tidak berdepan dengan situasi itu sebabnya masa itu UPSR dah tak ada.

Peperiksaan mungkin boleh diteruskan tapi perlu diubah cara dan persepsinya. Pendidikan yang ada terlalu berorientasikan peperiksaan mengakibatkan parents dan anak2 sama2 tertekan.

Kadang2 mulut cakap..tak kisah kalau tak dapat straight A. Tapi bila keadaan sekeliling semuanya memberi fokus kepada result exam...yang tak kisah pun kenalah ambil kisah. Tertekan, tertekan.

Harap yang terbaik untuk semua pelajar dan ibu bapa.

Sunday, July 4, 2010

Di mata saya

Di mata saya...Fahim dan Ziyad tak adalah wajah mereka sama. Tapi seringkali ada sahaja yang bertanya saya, "dia orang ni kembar eh?"

Di mata saya, Munif ialah baby boy. Tapi seringkali juga orang bertanya saya,"ini girl eh?" Takpun soalannya, ini boy ke girl?"

Kalau setakat 2 3 orang yang bertanya, saya rasa biasa saja. Tapi bila soalan ini sering ditanyakan saya tertanya juga...Fahim dengan Ziyad nampak macam kembar ke? Atau...Munif ini nampak macam baby girl eh?

Ada juga yang kata..muka Munif nampak macam baby girl sebab saya teringin nak anak perempuan. Rasanya tidak jugak. Sebab dari awal mengandungkan Munif memang dah rasa boy kat dalam perut. Lagi pula di mata saya tak adalah pulak muka Munif macam girl. Mungkin part mata ada sikit....tapi kat situ jerla.

Fahim dengan Ziyad pula mungkin juga badan mereka lebih kurang. Jadi bila hari mereka berpakaian yang sama...ada yang confuse melihat mereka. Tambah lagi bila mereka bermain bersama. Berlari-lari ke sana sini...tak sempat nak bezakan mereka berdua.

Yang pasti saya ada 3 anak lelaki...dan tiada kembar di kalangan mereka.

Tuesday, June 29, 2010

Hangat

Panasnya suasana sekarang. Gara2 aircond rosak. (sebenarnya ada explanation lain tapi saya nak anggap aircond rosak jugak).

Badan panas, hati panas, kepala panas. Hangat!!

Lebih-lebih pula saya ni. Tak adalah panas sangat pun kalau dibandingkan dengan panas di SANA nanti. Kiranya panas ini untuk mencuci dosa (ini ayat untuk menenangkan hati menangani kepanasan sekarang).

Kalau sejuk komplen...panas pun komplen. Semua nak komplen. Isk..iskk..(ini ayat untuk mengingatkan diri sendiri).

Hehe...merepek je saya menulis.
Setakat untuk menghangatkan kembali blog ini. Saya sudah beberapa hari terlupa nak update. Jadi kenalah panaskan kembali blog ini. Alang2 dah ada blog...kenalah menulis sekerap boleh.

Kepada yang tidak faham dengan apa yang saya tulis...maafkan saya. Lagipun saya ni hanyalah seorang penulis blog amatur.

Monday, June 28, 2010

Berita tertangguh 2

Bila suasana sejuk di dalam...panas di luar....menjadi sasaran cahaya matahari...letupan terjadi. Dummm!!!...Mulanya ingakan bunyi tembakan (apahal pulak ada orang nak tembak office kita orang)...rupa2nya bunyi cermin pecah. Cermin di bangunan boleh pecah macam itu sahaja. Rasa tak percaya...tapi itulah yang terjadi.

Cerita di atas adalah kisah benar diceritakan oleh saya...wartawan amatur dan tak bertauliah. Ini gambar2...sebagai bukti.

1) Cermin pecah!!


2) Cermin pecah lagi....tapi dipecahkan pula



3) Cermin dan ganti dengan board.


Habis berita tertangguh untuk June 2010.
The End

Berita tertangguh 1

Sudah lama saya hendak abadikan gambar baby2 ini dalam blog move n pick. Tapi posting lain pula yang saya publishkan dulu.

Ini gambar baby saya...baby Munif. Baby September 2009. Tak masuk dalam berita tertangguh pun...saja nak nyibuk di posting ini.


Ini berita tertangguh seperti tajuk di atas. Baby girl June 2010, cahayamata officemate saya.



Ini pula baby boy June 2010. Juga cahayamata officemate. Congrats kak ummi.


Innocent saja muka baby2 ini...suci, bersih...ibarat sehelai kain putih.

Saturday, June 26, 2010

Versus

Fahim, kalau kami outing, barang yang akan dibawanya bersama ialah buku2 dan alat tulis. Ziyad pula akan bawa bersama mainan2 nya.

Bila waktu tidur pula, Fahim bawa buku untuk dibaca sebelum tidur. Ziyad pula bawa mainan untuk dibawa tidur bersama.

Bila kami sampai ke rumah, Fahim biasanya akan buka beg sekolah dan siapkan mana homework yang belum selesai dan baca buku readingnya. Ziyad pula terus cari mainan dan ada masanya request nak main game (PS2).

Kedua2nya berbeza karakter. Fahim selalu ajak Ziyad membaca bersama dia dan dia sendiri excited nak mengajar Ziyad tapi Ziyad lebih leka bermain. Kadang2 Fahim jadi geram.

Ziyad jenis happy go lucky. Fahim lebih berhati2. Kalau bab belajar kedua mereka kena guna pendekatan yang berbeza. Masing2 pandai dengan cara sendiri.

Tapi itulah yang seronoknya. Kepelbagaian karakter ini memberikan kelainan dalam keluarga kami dan saya dan Anwar juga dapat merasai pengalaman yang berbeza2.

Alah...beza perangai tak ada masalahnya selagi berpegang jalan yang betul.

Sayang Fahim & Ziyad. Ops..sayang Munif juga.

Thursday, June 24, 2010

Mari berkawan

Cara budak2 mula berkawan sungguh mudah.

Pergi mana-mana tak kisahlah samada rumah orang / shopping kompleks dan lain2 tempat, budak2 itu hanya perlu bersilat/karate sikit2, berlari pusing keliling tempat itu (walaupun dalam ruang lingkup yang kecil), lepas itu jumpalah kawan baru. Sama2 bersilat, sama2 berlari. Ibu bapa jadi pemerhati.

Cara lain lagi...bawak jer mainan ketika keluar berjalan...apa2 mainana pun jadi contohnya patung ultraman, power rangers. Lepas itu adalah kawan baru yang bertanya nanti..."eh, tu ultraman taro lah." Boleh juga ultraman kosmo/max/gaia/dyna/tiga dan pelbagai nama ultraman lagi. Selepas itu perbualan mereka akan bersambung berkenaan mainan di tangan.

Cara seterusnya...pakai baju watak kartun2 yang popular...upin ipin ker, ultramana ke, power rangers ke. Nanti adalah kawan baru yang menegur baju. "Eh...baju ultraman la." Si pemakai baju pun akan menunjukkan bajunya pada kawan baru yang bertanya. Dari situ...akan bermulalah perbualan kawan baru.
Mudah kan?

Cara seperti ini boleh juga dipraktikkan pada orang dewasa. Mudah saja. Mainan dan baju boleh digantikan dengan pelbagai barangan orang dewasa seperti beg tangan, baju, tudung, kasut, rantai, gelang, cincin bla blabla..

Contoh perbualan pembuka bicara, "eh..cantiklah tudung ini. beli kat mana?"

Hehe

Wednesday, June 23, 2010

Nak letak tajuk apa yer?

Kalau ada company yang beri option untuk bayar bagi cuti yang direducekan, saya rasa saya tak akan ambil option itu. Sebabnya, kadang2 unexpected things berlaku yang memerlukan urgent atau emergency leave. Tapi kalau dibayar banyak...menarik juga kan...hahah. Berangan dan materialistik!

Hari ini adalah contohnya. Penjaga anak2 saya perlu ke hospital, maka bercutilah saya hari ini untuk bersama hero2 saya.

Bangun tidur jer, Fahim dah cakap,"abah hari ini abah kena cuti...nenek kena pergi hospital."

Kami bercuti. Ziyad agak confuse kenapa hari ini kami tidak hantar dia ke rumah nenek (mereka panggil penjaga mereka atuk dan nenek). Dia dah siap kumpul mainan2 untuk dibawa ke rumah nenek.

Fahim ke sekolah seperti biasa. Ziyad...susah betul nak suruh dia mandi. Munif pula sibuk nak naik tangga dan merangkak ke luar rumah. Ini baru pagi. Macammana lah nenek mereka menjaga mereka 5 hari seminggu pada hari bekerja.

Nota: lama blog ini tak berupdate...tiba2 rasa hilang skill mengupdate blog

Tuesday, June 15, 2010

Bola Jabulani

Bila post berderet2 cerita dalam satu hari....beberapa hari hilang idea untuk menulis.

Sekarang ini musim bola. Datangnya 4 tahun sekali. Kini Afrika Selatan pula menjadi tuan rumah. Negara yang penuh warna warni. Negara yang dahulunya dikenali dengan dasar apartheid mereka.

Saya bukanlah peminat fanatik bola. Cukup sekadar mengambil tahu sedikit sebanyak supaya tidak blur bila dengar perbincangan kedai kopi. Teringat zaman selepas grad tahun 2002. Waktu itu World Cup di Jepun dan Korea Selatan. Kebetulan, baru habis belajar. Hari2 tengok World Cup. Dan saya masih ingat lagi final World Cup 2002 saya tengok di KL, sehari sebelum melapor diri bekerja.

Ketika itu best...masa di Jepun dan Korea Selatan tidak jauh sangat beza dengan Malaysia. Jadi perlawanan banyak di waktu siang. Tidak perlu berjaga malam semata-mata untuk tengok bola. Itu salah satu sebab saya rajin tengok World Cup 2002.

Habis cerita bola.

Satu pesanan: Dalam kemeriahan World Cup...ingat lagikah kita pada penderitaan saudara kita di Palestin? Atau kita sudah lupa...

Sunday, June 13, 2010

Baby boy


Tadi tunjuk gambar Fudayl kat Ziyad. Lepas itu Ziyad cakap:

"Ini baby Nufayl kan? Ziyad sukalah baby Nufayl ini. Ini baby boy kan?"

Ziyad tak ingat nama Fudayl...tapi dia ingat nama abang Fudayl.

Hehe...3 posting berderet-deret. Ditambah gambar-gambar buat kenangan.

Susahnya ambil gambar berdua

Munif: Fudayl nak pergi mana tu, duduk diam-diam...nak bergambar ni.
Fudayl: Fudayl nak lumba merangkak dengan Munif. Jommm

Munif: Fudayl...duduk elok-elok...nanti gambar tak cantik
Fudayl: Ala Munif...jomla kita lumba dulu

Fudayl: Oklah...kita gambar dulu...nanti kita lumba ek
Munif: Orait...lepas ini kita lumba...promise!!!

Penglipur lara



Malam ini malam kedua Fahim tidur di rumah atuk dan neneknya. Cuti sekolah...bagi peluang Fahim dimanjakan di rumah atuk dan nenek.




Ziyad, mulanya beria nak ikut Fahim. Tapi selepas itu dia berubah fikiran pula. Dia nak tidur rumah umi dan abah katanya. Kata Ziyad lagi..."nanti Ziyad rindu kat umi macammana."

Lepas itu dia tambahla ayat2 yang membuatkan saya cair. Katanya:

"Ziyad sayang umi. Ziyad rindu umi. Ziyad nak tidur peluk umi. Nanti Ziyad tak boleh kiss umi."

Aduhai...Ziyad ini memang betul boleh jadi penglipur lara umi.

Nota: Gambar2 di atas gambar lama....Masa ini kami bawa Ziyad seorang jalan2 dengan kami.

Wednesday, June 9, 2010

Cartime Story 3

Kisah ini saya namakan Baldi Bocor. Tajuk ini bukan rekaan saya kerana sebelum Anwar bercerita, dia dah beritahu tajuk cerita ini. Saya rasa kisah ini agak familiar tapi sumbernya saya tak pasti.

Ada sebuah baldi yang tinggal di sebuah rumah di atas bukit bersama dengan tuannya. Setiap hari tuan baldi ini akan turun bukit untuk mengambil air. Air diisi ke dalam baldi ini.

Setiap hari baldi ini berkhidmat dengan tuannya sehinggalah satu hari dia bocor. Jika sebelum ini setiap kali trip tuannya boleh mendapat satu baldi penuh air, tapi kini hanya separuh air sahaja yang tinggal apabila mereka tiba di rumah mereka di atas bukit. Oleh itu tuan baldi ini terpaksa membuat lebih banyak trip untuk memastikan beliau mendapat jumlah air yang sama seperti sebelumnya.

Suatu hari, tuan baldi membeli satu baldi baru. Walau bagaimanapun dia tetap menggunakan baldi bocor ini. Si baldi bocor berasa sedih. Dia mengadu kepada tuannya dan merasakan dia tidak lagi berguna dan tidak dapat membantu tuannya kerana dia sudah bocor.

Tuan baldi itu meminta si baldi bocor melihat sekelilingnya apabila mereka dalam perjalanan mengambil air. Si baldi bocor melihat bunga2 yang cantik dan pokok2 dan rumput2 yang menghijau di sepanjang perjalanan mereka.

Tuan baldi itu memberitahu bahawa baldi bocor inilah yang membantu bunga, pokok dan rumput2 ini tumbuh subur. Akhirnya baldi bocor ini gembira kerana dia sedar bahawa dirinya tetap berguna.

Moral of the story:
Setiap orang boleh berbuat kebaikan dengan cara sendiri.

Inilah dia 3 cerita yang diceritakan oleh Anwar pada suatu petang. Tak tahu apa mimpinya bercerita kisah2 ini waktu drive.
Saya...tukang dengar jerla

Cartime Story 2

Ini cerita kedua. Cerita ini juga Anwar lupa sumbernya. Selepas cerita Minum Air Garam, cerita ini tajuknya:

Kertas Baik (lagi sekali tajuk ini adalah rekaan saya semata-mata)
Begini ceritanya.....
Di dalam salah satu kelas di sebuah sekolah, ada seorang budak lelaki yang sangat nakal. Kenakalan dan kedegilannya menyebabkan tiada orang ingin berkawan dengannya. Tapi dia tetap dengan kenakalannya.

Satu hari guru kelas mereka memberi satu kertas kepada pelajar2 kelas tersebut. Guru itu meminta kesemua pelajar di dalam kelas itu menulis satu perkara baik yang ada dalam diri pelajar nakal tersebut. Kesemua pelajar menulis di dalam kertas itu dan apabila semua telah menulis, kertas itu dikembalikan kepada guru tersebut.

Guru itu memberi kertas yang ditulis oleh rakan sekelasnya kepada pelajar nakal itu.

Masa berlalu....

Peperangan berlaku. Ada seorang askar yang berani. Beliau berperang dengan pihak lawannya dengan bersungguh-sungguh. Tetapi akhirnya beliau ditembak dan mati. Askar ini dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang pemuda yang amat baik.

Ketika rakannya mendapatkan askar itu, dia terjumpa satu kertas di dalam baju askar yang mati itu.

Itulah kertas yang tertulis dengan perkara2 baik yang ada dalam diri askar itu yang ditulis oleh rakan2 sekelasnya satu masa dahulu. Askar itu sentiasa membawa kertas itu ke mana sahaja beliau pergi...menandakan betapa dia menghargai apa yang ditulis oleh rakan-rakannya dan membuatkan dia sedar akan kebaikan yang ada dalam dirinya.

Beliau adalah pelajar nakal itu.

Moral of the story:
Jangan fokus pada keburukan orang lain…fokus pada kebaikan mereka.

Ok berakhir cerita kedua. Akan bersambung dengan Cartime Story 3.

Cartime Story 1

Ada ke istilah cartime story ek?
Tapi since cerita ini diceritakan waktu dalam kereta saya tetap nak letak tajuk cartime story.
Ada 3 cerita semuanya. Ini kisah pertama. Anwar yang ceritakan pada saya. Mana dia dapat cerita ini saya kurang pasti. Yang pasti dari pembacaan di mana2. Chicken Soup? Mungkin kot.

Cerita ini saya beri nama Minum Air Garam. Tajuk sebenar tidak diketahui.

Kisah bermula begini...
Ada seorang pemuda yang sangat pemalu. Pemuda ini amat menyukai seorang gadis. Tapi memandangkan dia seorang yang teramat pemalu, dia tidak dapat meluahkan perasaannya.

Suatu hari, pemuda ini mengajak si gadis pergi makan2 dan minum di sebuah kedai. Ketika pelayan kedai bertanya pada pemuda ini minuman yang hendak diorder, pemuda itu terjawab air garam (air + garam). Sebenarnya bukanlah pemuda ini suka minum air garam, tapi dek kerana malu dan segan dengan si gadis tersebut, dia tersasul dan lantas terorder air garam.

Si gadis tergelak apabila mendengar minuman yang diorder oleh pemuda tersebut. Pemuda itu pula memberitahu si gadis tersebut bahawa dia memang gemarkan air garam. Dan dari detik itulah hubungan mereka mula menjadi rapat dan akhirnya mereka berkahwin.

Selepas berkahwin, si isteri sentiasa menghidangkan air garam kepada suaminya kerana menyangka itulah minuman kegemaran suaminya. Air itu pula diminum habis oleh si suami dengan senyuman.

Masa berlalu, pemuda itu akhirnya meninggal dunia. Dia ada meninggalkan surat untuk isterinya. Dalam surat itu, dia memberitahu isterinya bahawa dia sebenarnya tidak gemarkan air garam. Tapi dia tersilap sebut ketika first dating mereka akibat terlampau nervous /malu . Tapi kerana air garam itulah hubungan mereka mula mesra sehinggalah mereka berkahwin. Oleh itu dia tidak kisah walaupun terpaksa minum air garam hampir setiap hari sepanjang perkahwinan mereka, kerana dia amat bahagia hidup bersama dengan isteri dan anak2 nya.

Itulah ceritanya.
Moral of the story: Anwar terlupa.
Jadi inilah moral of the story ciptaan saya:

1) Kena berterus terang
2) Kalau dah suka…apa2 pun boleh terima...:)

Tuesday, June 8, 2010

Bila besar nanti saya nak jadi....

Mula-mula dulu, Fahim cakap dia nak jadi bomba. Ziyad pula nak jadi doktor.

Saya tak ingat reason kenapa Fahim nak jadi bomba. Tapi Ziyad..saya ingat sangat. Kata Ziyad, Ziyad nak jadi doktor sebab nanti Ziyad boleh inject orang!

Iskk...ada ke macam itu pulak. Inject orang best ke Ziyad?

Masa berlalu...Fahim cakap dia nak jadi pensyarah pula. Ziyad masih maintain nak jadi doktor dan masih maintain sebab yang sama.

Akibat tidur malam asyik disajikan dengan cerita Richard dan Yamamoto, kedua mereka nak menjadi pilot pula...tak kisah jet atau kapal terbang. Yang penting boleh terbang.

Cita-cita ini kekal agak lama. Beberapa ketika selepas itu apabila ditanya, kedua mereka masih nak jadi pilot. Fahim pilih Richard dan Ziyad pilih Yamamoto. Alasan, tidak diketahui.

Baru-baru ini, cita-cita mereka telah bertukar. Itu pun apabila ustaz Khairil beritahu kami. Kata ustaz, Fahim cakap bila besar nanti dia nak jadi seorang ustaz. Ziyad pula nak jadi doktor. Kenapa dan bagaimana cita-cita mereka boleh bertukar saya sendiri kurang pasti. Tapi Fahim, rasa saya mungkin sebab dia tengok ustaz Khairil agaknya.

Ziyad pula...saya tak pasti. Adakah masih sebab yang sama seperti sebelum ini...atau ada sebab lain. Saya perlu menyelidik dahulu...hehe