Saturday, July 28, 2012

Fayadid's holiday

Ini kisah semasa cuti sekolah pertengahan tahun. Lama simpan. Di bawah ialah catatan Fahim berkenaan percutian kami.

Melancong ke Korea

Hari ini saya akan ke Korea. Saya rasa sangat takut. Saya pergi ke Korea menaiki kapal terbang. Saya duduk di kerusi bernombor 49 dan 50. jantung saya sangat berdebar. Saya memakan nasi lemak dan air kosong. saya masih dalam kapal terbang 2 jam lagi. Saya berjalan 500m untuk sampai ke hotel.

Saya mengira arak di istana Korea ada 159.
Hari ini saya menaiki cable car untuk sampai ke menara tinggi.
Saya pergi ke nami island menaiki feri.
dekat nami Island saya menaiki basikal.
pada hari Sabtu saya pergi ke Lotteworld dan naiki kapal.
Selepas itu saya menaiki basikal di taman berhampiran laut.
Saya sangat seronok tetapi Ziyad suka merajuk.
Sekarang ini saa berada di Angel in-us coffee bersama abah, umi, ziyad, munif , auntie siha dan kawan auntie siha. Ziyad dan munif sedang mengambil gambar.
pada hari ahad saya pergi ke universiti. Universiti itu sangat cantik dan besar.
Saya pergi ke masjid untuk sembahyang. Masjid itu sangat besar dan cantik.

Hari ini saya akan pulang ke Malaysia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah catatan Fahim. Banayk yang dia skip tapi sekurang-kurangnya sempat juga dia menulis walaupun kepenatan.