Wednesday, May 23, 2012

5 things

Ini cerita Ziyad


Satu hari dalam kereta tiba2 Ziyad bertanya, 'ummi tahu tak 5 things that i like most?'
Saya cakap tak tahu dan Ziyad pun terus beritahu bahawa dia


1) i love to play
2) i love to climb (lepas tu Fahim tambah 'climb a tree la Ziyad') - dalam hati saya bila masa la pulak Ziyad pernah panjat pokok
3) i love to kiss ummi (ini versi saya, i love to kiss u too Ziyad)
4) i love to jump
5) i love to practise aikido

Semua benda yang Ziyad suka melibatkan pergerakan dan menggambarkan Ziyad yang aktif. Patutla teacher tadika Ziyad tulis dalam report book yang Ziyad ni seorang yang enjoy active learning.


Friday, May 18, 2012

Kembali

Lama menyepi tapi hari ini kena masuk jugak.....dah bersawang lama sangat sayang pula kalau dibiarkan begitu saja. Banyak benda nak ditulis tapi biarlah dulu.

Apa yang berlaku kebelakangan ini.......dua orang hero saya yakni ziyad dan munif kena chicken pox, maknanya kami berdua terpaksa korbankan cuti kami untuk babysit kedua mereka. Tapi saya enjoy bersama mereka di rumah.....dan sangat senang dijaga. Barulah saya tahu betapa banyaknya ziyad dan munif hisap susu. Rasana setiap jam mereka minta susu. Patutla susu yang dihantar ke rumah penjaga mereka boleh bertahan satu tin untuk dua minggu saja.