Thursday, July 21, 2011

Aku dan kereta

Dear Diary,


Masa aku kecik2...masa aku belum ada adik-adik lagi...aku suka tanya soalan (tapi sebenarnya sekarang ini pun umi cakap aku suka tanya soalan jugak). Bila aku tanya soalan, umi dan abah akan jawab betul2...tak tipulah. Kalau aku tak faham apa yang dia orang cakap...aku tanyalah lagi. Lepas itu aku suka tanya pasal kereta. Umi dengan abah selalu main teka teki kereta dengan aku. Bila jalan-jalan, kalau nampak kereta dia orang tanya, Fahim itu kereta apa. Aku suka main teka teki macamni. Kalau aku jawab dia orang cakap 'pandailah Fahim.' Kalau aku tak tahu dia orang beritahula nama kereta tu supaya aku boleh jawab lain kali.

Aku suka.

Dalam tahun ini, aku dengan adik aku Ziyad suka kumpul kad cerita Cars. Ada kad Lightning McQueen, Doc Hudson, Mater dan macam-macam lagi. Dalam kad tu ada tulis pasal enjin, kelajuan kereta. Lepas tu bila nampak kereta atas jalan, aku pun tanyalah abah pasal enjin, kelajuan kereta yang aku nampak. Nasib baik abah sabar melayan aku. Umi tak tahu sangat. Kalau aku tanya umi mesti umi tanya abah balik. Macam-macam kereta aku jumpa. Aku pun seronok tahu nama dan jenis kereta. Kalau ada kereta yang aku tak tahu jenis dia, aku akan ajak abah atau umi pergi kat belakang kereta tu untuk baca nama dia.


Umi selalu tanya aku...'macam mana Fahim tahu nama kereta ini. tak pernah jumpa pun'.


Apa lagi umi...kena belajar laaa....


Aku beritahu atuk, bila besar nanti aku nak belikan atuk kereta BMW...tunggu ek atuk...


Fahim


-----------------


Hobi baru Fahim...mengenali jenis kereta, enjin dan kelajuan. Membezakan mana lagi besar, berapa banyak ekzos dan macam-macam lagi. Saya pun pening...nasib baik ada abah yang rajin melayan.

Wednesday, July 20, 2011

Aku budak besar

Dear Diary,

20 Julai 2011. Malam ini adalah malam penuh bersejarah untuk aku kerana malam ini 2 batang gigi aku telah dicabut oleh doktor gigi. Sebaik sahaja abah dah umi aku pulang dari kerja, mereka terus membawa aku dan adik-adik ke Bangi. Aku ingatkan untuk makan malam...rupa-rupanya pergi ke klinik gigi. Aku takut tapi lepas abah dah umi cakap cabut gigi adalah satu perkara biasa untuk menjadi budak besar, aku kuatkan hati untuk menghadapi cabaran ini...challenge!!!!
Sampai di klinik gigi abah mendaftarkan aku dan kami menunggu sekejap sebelum dipanggil jumpa doktor gigi. Doktor bagi ubat...rasanya pahit sikit dan ada rasa strawberry, lepas itu tanpa aku sedari terus doktor gigi cabut 2 batang gigi aku. Doktor letak kapas di gigi aku...dan aku menangis...waaaa. Doktor bagitahu kat abah supaya bagi aku makan aiskrim atau benda sejuk.

Aku nangis lagi. Tapi umi cakap aku kuat dan dah jadi budak besar. Bila masuk kereta aku pun tak nangis lagi. Aku dah ok. Abah dan umi puji aku. Lepas itu aku cakap kat abah dan umi yang aku nak makan aiskrim. Kami singgah di stesyen minyak petronas dan abah belikan aiskrim untuk aku, Ziyad dan Munif. Hooraayyyy...aku dah jadi budak besar.


20 Julai 2011, 10.00 malam.


Fahim



-------------
Hehehe...kalaulah Fahim ada diari...agaknya inilah yang dia tulis kot...heheh lagi