Thursday, December 25, 2008

Kisah Haji 4

Sampai di HQ Tabung Haji..

Kami pergi ke pejabat yg berkaitan dan jumpa dengan mana2 pegawai yang ada...duduk2 ada terus beritahu keadaan kami....Alhamdulillah layanan yg diterima sangat baik...kami kena tulis surat rayuan...sebenarnya dua surat rayuan satu untuk mohon dimasukkan kembali dlm list dan kedua untuk mohon agar Anwar dapat ikut serta sebagai mahram (tapi rayuan kedua tader masalah sangat sebab kalau nama aku dah ada dalam senarai InsyaAllah Anwar pun tiada masalah as mahram).
Apa yg diberitahu kepada kami sangat simple...nama aku since memang dah ada dalam list dari awal mereka akan masukkan balik dan kami berdua akan diberitahu dalam beberapa minggu. Tapi untuk aku InsyaAllah tak ada masalah

Betapa Allah Maha Besar...kami diberi 'rasa' dahulu sebelum ditenteramkan.
Agaknya inilah balasan kami ambil mudah pasal Haji ini dari awal lagi...Allah nak bagi kami menghargai peluang untuk ke Tanah Suci ini...bukan semua orang dapat peluang seperti ini dan mmg telah ditentukan oleh Allah untuk kami pergi tahun ini...tiada apa yang akan dapat menghalang perancanganNya

Kami keluar dari HQ Tabung Haji dengan perasaan yang lega...terasa beban telah diringankan...(masa tu barulah boleh senyum..).
Selang beberapa minggu aku dan Anwar dapat panggilan dari Tabung Haji...terasa perjalanan kami makin dipermudahkan...Alhamdulillah
Pakej / Muassasah?
Untuk kami tiada masalah. Tak perlu berbincang / tak perlu survey kami berdua automatik agree untuk muassasah. Kami yakin samada pakej atau muassasah yang penting adalah kami sendiri.

Kisah Haji 3

Alhamdulillah...Subhanallah
Kami diberitahu Alang (adik Anwar) dah tukar tarikh kahwin..instead of end of 2008 akan diawalkan ke October 2008 (after Aidilfitri)....perancangan Allah tiada siapa yang dapat melawan...jalan untuk kami menunaikan haji 2008 makin terbuka...keinginan kami makin kuat...terasa Allah dah permudahkan jalan kami
Dan dalam bulan April 2008 (rasanya seminggu selepas ke Tabung Haji) kami ambil cuti dan pergi sekali lagi ke Tabung Haji Bangi....kali ini tujuan kami hanya satu iaitu untuk hantar borang kami menerima untuk ke Tanah Suci pada tahun ini 2008.

Sampai ke Tabung Haji berjumpa dengan staff yang sama dan memaklumkan pada beliau kami dah tukar fikiran dan nak pergi tahun ini. So serahkan surat dan tunggu.
Tapi...something di luar jangkaan berlaku...
Kami dibawa berjumpa seorang lagi pegawai (mungkin lagi higher position) dan beliau maklumkan pada kami tarikh untuk bagi jawapan dah lepas dan secara automatik kalau tak bagi jawapan within date yg diberi nama akan digugurkan dalam senarai terpilih...conclusionnya my name tiada lagi dlm senarai terpilih dan beliau tak boleh buat apa2 cuma cadangkan kalau nak merayu boleh pergi ke HQ Tabung Haji cuma dia tak bagi jaminan kami dapat masuk balik dlm list sbb dia kata tempat aku kemungkinan telah diganti oleh orang lain

Ya Allah...masa dengar tu tak tahu nak kata macammana...sedih yang teramat sangat....lepas tuh keluar dari situ dan masuk kereta..bincang macammana nak buat
Since kami mmg bercuti kami decide pergi jer ke HQ dan tengok macam mana. Kita usaha mana yg terdaya selebihnya bertawakal sahaja pada Allah
Dalam perjalanan both of us mmg senyap saja...sedih yg teramat...just imagine someting dah ada dengan kita terlepas begitu sahaja akibat kelalaian sendiri....terasa menyesal sedih (geram pun ada)
Sepanjang perjalanan barula terasa betul2 konsep tawakal dan berserah pada Allah...debaran dalam hati tiada siapa yang tahu...kami betul2 berserah...dan dalam masa yang sama mengharap padaNya...

Kisah Haji 2

Tangguhkan ke 2009. Tapi to be honest masa decide benda tuh aku rasa nothing...tak excited tak happy ..langsung takder...biasa jer....cuma kata kita pergi sebab dah dapat panggilan padahal hati sebenarnya tak ada keinginan yang kuat utk pergi. Ini apa yang aku rasa tak sure Anwar macam mana.

Mac / April 2008 kami ke Tabung Haji di Bangi...sebab utama untuk memasukkan duit Fahim n Ziyad. Sebab sampingan ialah untuk memaklumkan pada Tabung Haji plan kami untuk tangguh pemergiaan ke 2009 (betapa kami memandang ringan perkara haji ini....)
Sampai di Tabung Haji Anwar ambil nombor giliran dan aku terus pergi ke meja pertanyaan di situ. Ada seorang kakitangan di situ tak sure apa jawatan dia. Duduk di situ dan serahkan surat Tabung Haji pada beliau dan inform pada beliau niat kami.
Inilah antara kisah yang aku ingat...staff itu begitu beria2 tanya kenapa tak nak pergi etc....pada mulanya dia dah isi borang kami dan nyatakan kat situ kami tangguh ke 2009...dah siap cop lagi.
Tapi lepas dia sign form dia tengok balik aku dan tanya balik kenapa tak nak pergi/betul ke tak nak pergi....dia nampak sangat teragak2....sampailah dia nasihatkan aku...kenapa tak pergi tahun ini...awak muda lagi...lagipun dah terpilih bukannya standby ...rugi sangat kalau tangguh.
Tak tahu kenapa bila lama beliau cakap macam tuh hati dah rasa serba tak kena...dah fikir macam-macam....aku pun pergi kat Anwar ajak dia jumpa jugak staff tu...dan apa yang dinasihatkan beliau...fikir dulu...dan beliau kembalikan surat tersebut pada kami...

Subhanallah....Maha Suci Allah

Kami balik bersama surat yang dikembalikan dan plan kami semua berubah...fikiran kami dan bertukar..hati kami dah berubah...bincang2 balik kami fikir betul jugak yer...kalau tangguhkan ke 2009 confirm ke dapat pergi masa tuh..kalaulah mengandung atau bersalin 2009 lagi susah nak pergi...kalau mengandung mesti dah sarat dan kalau bersalin anak mesti baru 2/3 bulan...takkan nak tinggal baby sekecil tuh...dan confirm menyusu badan jugak
Sedangkan kalau pergi tahun 2008 Ziyad even though masih exclusive menyusu badan tapi dia dah nak masuk 2 tahun so lagi senang nak bercerai susu...fahim pulak dan 3 tahun lebih tak ada masalah nak tinggal...dia seperti namanya seorang anak yang faham
Cuma satu lagi yg kami fikirkan adik Anwar kahwin hujung tahun kalau clash tarikh susah juga. Dan untuk rasionalkan perkara itu kami fikir takpe kalau kita pergi awal rasanya sempat untuk majlis kahwin...dan keputusan kami mmg ke arah untuk pergi tahun 2008.
Masa tu dah rasa lain dah...barula terasa debarannya.... excited dan macam2 perasaan yang tak boleh digambarkan.

Ada juga orang inform kami jangan pergi tahun ini...2008. Tahun ini Mekah tengah construction, berdebu...hotel semua jauh...masa tu mmg sedih bila dengar cakap2 macam ini sbb rasa macam tak disupport. Tapi Anwar cakap takper ini cabaran untuk kita kalau betul kita nak pergi kenapa nak fikir apa yang orang cakap.

Betapa Allah Maha Berkuasa...sekejap itu sahaja boleh menukar fikiran dan hati kami.
Sometimes aku terfikir juga mmg semua staff kat Tabung Haji kalau kita cakap nak tolak atau tangguhkan haji seperti yg kami buat adakah mereka akan buat seperti mana yg kami dilayan...atau adakah Allah mmg nak bukakan hati kami melalui staff di Tabung Haji tersebut...wallau'alam
Walau apapun itulah detik permulaan cabaran haji kami

Kisah Haji 1

Apabila membaca dan mendengar kisah2 haji dari jemaah haji...perlbagai cerita yang ada...yang pasti di sebalik semua cerita ada makna yg tersirat dan menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah..

Jika diingat kembali kami juga tidak terkecuali dari semua itu...kisah haji kami bermula pada bulan Februari 2008. Ketika itu di rumah kami Anwar memberitahu ada surat dari Tabung Haji untukku dan memberitahu surat tersebut menyatakan aku terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini..2008.
Reaksi saya ketika itu biasa saja...lagipun tak rasa apa2...dan terbiarlah surat itu untuk beberapa minggu...aku sendiri tak baca pun surat tu dan kami berdua tak ada bincang pasal isi surat tu. Hanyalah selepas beberapa minggu (Mac or April...)...barula tiba2 terkeluar isu pasal haji ini dan apa yg kami decide tangguhkan dulu kita pergi tahun depan (2009).
Tahun ini tak ready lagi...Ziyad masih menyusu badan....Fahim pun kecil lagi...ditambah pula adik Anwar akan berkahwin hujung tahun 2008 (kalau ikutkan waktu kahwin tersebut mmg clash dengan tarikh haji kami). Kalau tahun depan Ziyad dah stop menyusu badan dan Fahim pun dah masuk tadika...so pada fikiran kami 2009 tahun terbaik untuk kami pergi dan itulah keputusan kami. Tangguhkan ke 2009...

Mukaddimah 2

Alhamdulillah...akhirnya terhasil jua http://jijie11.blogspot.com/
Sebelum ini tak pernah teringin dan berminat untuk mempunyai blog sendiri...cukuplah dengan membaca blog2 yg ada. Tapi since kembali ke tanah air selepas mengerjakan haji tahun ini, keinginan untuk mempunyai blog sendiri timbul dengan sendiri...sebab utama ialah untuk mencatatkan segala pengalaman haji kami agar dapat menjadi panduan dan ingatan serta kenangan untuk kami...insyaAllah.

Mukaddimah

Friday, 26 December 2008
28 Zulhijjah 1429 H

Alhamdulillah