Thursday, December 25, 2008

Kisah Haji 3

Alhamdulillah...Subhanallah
Kami diberitahu Alang (adik Anwar) dah tukar tarikh kahwin..instead of end of 2008 akan diawalkan ke October 2008 (after Aidilfitri)....perancangan Allah tiada siapa yang dapat melawan...jalan untuk kami menunaikan haji 2008 makin terbuka...keinginan kami makin kuat...terasa Allah dah permudahkan jalan kami
Dan dalam bulan April 2008 (rasanya seminggu selepas ke Tabung Haji) kami ambil cuti dan pergi sekali lagi ke Tabung Haji Bangi....kali ini tujuan kami hanya satu iaitu untuk hantar borang kami menerima untuk ke Tanah Suci pada tahun ini 2008.

Sampai ke Tabung Haji berjumpa dengan staff yang sama dan memaklumkan pada beliau kami dah tukar fikiran dan nak pergi tahun ini. So serahkan surat dan tunggu.
Tapi...something di luar jangkaan berlaku...
Kami dibawa berjumpa seorang lagi pegawai (mungkin lagi higher position) dan beliau maklumkan pada kami tarikh untuk bagi jawapan dah lepas dan secara automatik kalau tak bagi jawapan within date yg diberi nama akan digugurkan dalam senarai terpilih...conclusionnya my name tiada lagi dlm senarai terpilih dan beliau tak boleh buat apa2 cuma cadangkan kalau nak merayu boleh pergi ke HQ Tabung Haji cuma dia tak bagi jaminan kami dapat masuk balik dlm list sbb dia kata tempat aku kemungkinan telah diganti oleh orang lain

Ya Allah...masa dengar tu tak tahu nak kata macammana...sedih yang teramat sangat....lepas tuh keluar dari situ dan masuk kereta..bincang macammana nak buat
Since kami mmg bercuti kami decide pergi jer ke HQ dan tengok macam mana. Kita usaha mana yg terdaya selebihnya bertawakal sahaja pada Allah
Dalam perjalanan both of us mmg senyap saja...sedih yg teramat...just imagine someting dah ada dengan kita terlepas begitu sahaja akibat kelalaian sendiri....terasa menyesal sedih (geram pun ada)
Sepanjang perjalanan barula terasa betul2 konsep tawakal dan berserah pada Allah...debaran dalam hati tiada siapa yang tahu...kami betul2 berserah...dan dalam masa yang sama mengharap padaNya...

No comments: