Sunday, January 31, 2010

Cuti

Sudah lama kami tidak pergi bercuti. Rasanya sepanjang tahun 2009, kami tak ke mana-mana. Kalau balik kampung dinamakan pergi bercuti, kiranya adalah juga kami pergi bercuti tahun 2009.

Sempena cuti yang agak panjang minggu ini (weekend, thaipusam, hari wilayah), kami ke Tiara Beach Resort. Kalau ke sana pastinya bermain air dan yang paling seronok tentu Fahim & Ziyad.
Sampai terketar-ketar badan kesejukan tapi tetap nak teruskan main air lagi.

Bila melihat mereka bermain air, saya dapat melihat dua personaliti yang berbeza antara Fahim & Ziyad. Fahim seorang yang berhati-hati. Kalau dia rasakan ada tempat yang agak dalam dia tak pergi berseorangan tanpa Anwar. Dan kalau Anwar sibuk memerhatikan Ziyad, Fahim boleh ajer bermain air seorang diri tapi dia akan memilih tempat-tempat yang sesuai untuknya.

Ziyad pula sangat adventure. Dia berani bermain di mana sahaja. Oleh itu Anwar perlu lebih fokus kepada Ziyad. Ziyad tidak peduli samada ada orang bersamanya atau tidak. Kalau dia dah tetapkan diri untuk ke sesuatu tempat, itulah yang akan ditujunya.

Personaliti kedua mereka memang melengkapi antara satu sama lain.

Munif, usianya baru mencapai 5 bulan. Dia belum dapat merasakan keseronokan kedua abangnya. Tunggu sahaja tika dan waktunya, saya dan Anwar akan berdepan dengan cabaran baru.

Friday, January 29, 2010

Tulisan positif

Bulan ini saya banyak menulis di sini. Sebenarnya saya memang bertekad untuk menulis sekerap yang boleh di sini. Bila saya baca kembali kebanyakan tulisan saya kebanyakannya indah belaka. Seolah-olah tiada masalah, stress, tension, marah dan sebagainya.

Saya juga manusia biasa. Kehidupan saya dan keluarga ada pasang surutnya. Anak-anak saya juga tidaklah perfect 100%. Mereka juga seperti kanak2 lain ada kerenah dan perangai yang memeningkan kepala.

Tapi bila menulis di sini saya tidak mahu menulis yang negatif. Saya mahu apabila saya membaca kembali semua tulisan saya sini dan sekiranya anak-anak saya membacanya satu hari nanti ada pengajaran yang dapat diambil. Juga dapat menjadi terapi dan peringatan kepada saya apabila saya mula berfikiran negatif.

Contoh yang terdekat, apabila saya keletihan dan kepenatan melayan anak-anak saya, dengan menulis di sini dan membaca kembali posting berkenaan mereka, saya tahu mereka sebenarnya anak-anak yang baik. Kenapa saya perlu melihat yang negatif sedangkan banyak benda positif yang boleh difokuskan.

Saya perlu sentiasa bersyukur.


Thursday, January 28, 2010

Tidurlah sayang

Sudah beberapa malam saya gagal tidurkan Munif. Biasanya dalam pukul 9.30 malam - 10.00 malam saya akan tidurkan Munif. Tak kiralah dengan cara menyusu atau dodoi.

Tapi beberapa malam ini segala cara saya cuba untuk tidurkan dia tidak berjaya. Kadang-kadang tengok dia dah lelap tapi bila letak, tak lama selepas itu dia akan bangun. Ada kalanya 5, 6 kali jadi begitu...menyusu, lelap, letak, jaga - dodoi, lelap, letak, jaga. Satu lagi walaupun nampak dia dah tidur, tapi kalau ada bunyi suara Fahim & Ziyad, mudahnya dia terjaga. Kalau dia terjaga sebab itu, matanya akan bulat kembali dan proses menidurkan Munif akan kembali sukar.

Biasanya bila sampai waktu tidur Munif, saya akan masuk bilik supaya dia tak terganggu dengan suara abang-abangnya. Tapi Munif ni, sangat alert dengan suara abang-abangnya walaupun perlahan. Agaknya dia pun dah teringin nak bermain bersama Fahim & Ziyad.

Jadi apabila banyak percubaan saya gagal, Munif kenalah dipasskan pada Anwar. Dan biasanya Anwar lebih berjaya menidurkan Munif dari saya.

Wednesday, January 27, 2010

Ingat Allah

Fahim dan Ziyad sekarang mempunyai hobi baru - main PS2. Kalau hari minggu lama juga mereka dengan PS2 tapi hari-hari lain saya limitkan masa mereka dengan PS2.

Satu malam, kami baru tiba di rumah. Terus sahaja Fahim & Ziyad mengadap game. Waktu maghrib dah nak masuk. Anwar bersiap-siap untuk ke surau. Biasanya Fahim rajin mengikut Anwar ke surau. Tapi malam itu Fahim begitu ralit dengan PS2 hinggakan bila diajak ke surau dia tak mahu mengikut. Saya biarkan dulu dia dengan PS2nya.

Selepas habis bermain, saya katakan pada Fahim : Fahim, kalau kita nak buat apa-apa pun yang penting kita kena ingat Allah dulu. Fahim tadi boleh ikut abah ke surau, lepas tu balik rumah sambunglah main game balik.
Fahim diam ajer, agaknya dia tengah absorb apa yang saya cakap.

Malam esoknya, kami tiba di rumah juga ketika waktu maghrib. Anwar bersiap-siap untuk ke surau. Ziyad nak main game. Tapi Fahim cakap pada Ziyad: Ziyad, mana boleh main game sekarang. Kena ingat Allah dulu barulah Allah sayang. Lepas balik surau baru kita main game ok.

Mendengar kata2 Fahim seperti satu peringatan untuk diri saya sendiri.
Moga hati2 kita semua sentiasa mengingati Allah.

Tuesday, January 26, 2010

Ustaz Abah

Semalam Ustaz Zul tak dapat datang dan minta ganti hari lain. Memandangkan Fahim & Ziyad dah ready untuk belajar mengaji, ustaz abah terpaksa menjadi pengganti ustaz Zul.

Lebih kurang setengah jam ustaz abah mengajar Fahim dan Ziyad di dalam bilik. Saya dan Munif tak mengganggu mereka. Sesekali menjenguk, nampak Ziyad sedang belajar dengan ustaz abah. Ziyad nampak tekun. Fahim pula sedang mengulangkaji sendiri sementara menunggu giliran dengan ustaz abah.

Seronoknya tengok mereka belajar. Kalau macam ini ustaz abah bolehlah teruskan menjadi ustaz untuk Fahim dan Ziyad. Lagipun bersama ustaz Zul hanya dua kali seminggu. Hari-hari lain ustaz abah boleh bantu.

Lepas belajar dengan ustaz abah, Ziyad keluar dan beritahu saya,"Ummi malam ni Ziyad jadi budak baik."

Nota:

Ustaz abah = Anwar = abah kepada Fahim, Ziyad & Munif

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Saya pada mulanya tidaklah berminat sangat berkenaan SBT ini. Tapi since Anwar beritahu (banyak kali pulak tuh) sekolah dia salah sebuah sekolah yang terpilih sebagai SBT dan dengar radio tadi pun ada cakap pasal SBT tiba-tiba saya terjebak untuk ambil tahu pasal SBT ini.

Jadi saya pun buatlah research sikit. SBT lebih kurang seperti memberi lebih kebebasan kepada sekolah yang terpilih dari segi kewangan, kurikulum, pengajaran dan kakitangan sekolah sendiri. Sehinggakan waktu persekolah juga boleh disesuaikan dan akan ada juga kemungkinan pelajar yang cemerlang boleh menghabiskan persekolahan lebih awal dari yang ditetapkan.
Pasti apabila terpilih dalam golongan SBT tentunya bantuan kewangan yang lebih akan disalurkan kepada sekolah-sekolah ini.
Setakat ini 20 sekolah telah dipilih sebagai SBT. Kemungkinan akan bertambah dari tahun ke tahun dan sekolah2 lain juga boleh bersaing untuk merebut tahap SBT ini.

Itu yang saya tahu serba sedikit pasal SBT. Menarik juga jadi lepas ini kena tengok perlaksanaannya pula. Harap2 dalam kesibukan mengejar prestij sekolah2 lain tidak dilupakan. Lagi pula kalau ikutkan senarai sekolah yang terpilih merupakan sekolah2 yang sedia hebat.

Bagaimana pula agaknya dengan sekolah2 yang 'tidak hebat' dan tiada prestij nanti?

Saya: Moga anak2 saya mencapai tahap berprestij dunia dan akhirat..insyaAllah

Satu hari bersama Ziyad

Kami berdua bercuti. Fahim dan Munif ke rumah penjaga mereka. Ziyad bersama kami.

Sebenarnya plan untuk bersama Ziyad sudah dibuat dari awal. Tapi ada halangan dan baru kali ini berkesempatan. Jika diikutkan plan asal, sepatutnya kami bercuti pada 15 January sempena hari lahir Ziyad yang ke-3.

Kami keluar dari rumah awal. Usai bersiap kami menuju ke KLCC. Mulanya kami bercadang membawa Ziyad ke Petrosains tapi lupa pula Petrosains tutup pada hari Isnin. Oleh itu pelan asal terpaksa diubah dan kami menuju ke Aquaria.

Ziyad happy bersama kami satu hari. Manja. Bila lagi dia boleh mengambil kesempatan sebegini. Oleh kerana memang hari itu dirancang untuk bersama Ziyad, jadi dia dapat layanan first class dari kami. Mudah ajer melayannya kerana dia sendiri tak banyak kerenah.

Keluar dari Aquaria, kami minta dia memilih sendiri cenderamata untuk dibeli. Jimat poket kami. Cenderamata yang dipilih hanya berharga RM7.00. Mulanya minta dia pilihkan yang lagi mahal tapi yang murah itu juga dia berkenan.