Sudah lama kami tidak pergi bercuti. Rasanya sepanjang tahun 2009, kami tak ke mana-mana. Kalau balik kampung dinamakan pergi bercuti, kiranya adalah juga kami pergi bercuti tahun 2009.
Sempena cuti yang agak panjang minggu ini (weekend, thaipusam, hari wilayah), kami ke Tiara Beach Resort. Kalau ke sana pastinya bermain air dan yang paling seronok tentu Fahim & Ziyad.
Sampai terketar-ketar badan kesejukan tapi tetap nak teruskan main air lagi.
Bila melihat mereka bermain air, saya dapat melihat dua personaliti yang berbeza antara Fahim & Ziyad. Fahim seorang yang berhati-hati. Kalau dia rasakan ada tempat yang agak dalam dia tak pergi berseorangan tanpa Anwar. Dan kalau Anwar sibuk memerhatikan Ziyad, Fahim boleh ajer bermain air seorang diri tapi dia akan memilih tempat-tempat yang sesuai untuknya.
Ziyad pula sangat adventure. Dia berani bermain di mana sahaja. Oleh itu Anwar perlu lebih fokus kepada Ziyad. Ziyad tidak peduli samada ada orang bersamanya atau tidak. Kalau dia dah tetapkan diri untuk ke sesuatu tempat, itulah yang akan ditujunya.
Personaliti kedua mereka memang melengkapi antara satu sama lain.
Munif, usianya baru mencapai 5 bulan. Dia belum dapat merasakan keseronokan kedua abangnya. Tunggu sahaja tika dan waktunya, saya dan Anwar akan berdepan dengan cabaran baru.
No comments:
Post a Comment