Wednesday, January 27, 2010

Ingat Allah

Fahim dan Ziyad sekarang mempunyai hobi baru - main PS2. Kalau hari minggu lama juga mereka dengan PS2 tapi hari-hari lain saya limitkan masa mereka dengan PS2.

Satu malam, kami baru tiba di rumah. Terus sahaja Fahim & Ziyad mengadap game. Waktu maghrib dah nak masuk. Anwar bersiap-siap untuk ke surau. Biasanya Fahim rajin mengikut Anwar ke surau. Tapi malam itu Fahim begitu ralit dengan PS2 hinggakan bila diajak ke surau dia tak mahu mengikut. Saya biarkan dulu dia dengan PS2nya.

Selepas habis bermain, saya katakan pada Fahim : Fahim, kalau kita nak buat apa-apa pun yang penting kita kena ingat Allah dulu. Fahim tadi boleh ikut abah ke surau, lepas tu balik rumah sambunglah main game balik.
Fahim diam ajer, agaknya dia tengah absorb apa yang saya cakap.

Malam esoknya, kami tiba di rumah juga ketika waktu maghrib. Anwar bersiap-siap untuk ke surau. Ziyad nak main game. Tapi Fahim cakap pada Ziyad: Ziyad, mana boleh main game sekarang. Kena ingat Allah dulu barulah Allah sayang. Lepas balik surau baru kita main game ok.

Mendengar kata2 Fahim seperti satu peringatan untuk diri saya sendiri.
Moga hati2 kita semua sentiasa mengingati Allah.

No comments: