Tuesday, November 3, 2009

Setahun kemudian

Hari ini, ketika aku mengakhiri kisah haji 2008 kami berdua, musim haji 2009 sedang berjalan. Ada jemaah yang telah tiba di sana dan ada yang masih menunggu penerbangan masing-masing. Sekejap sahaja sudah setahun berlalu. Dalam masa setahun ini pelbagai perkara berlaku dalam hidup kami. Dan selepas setahun kembara haji kami, kini ahli keluarga kami telah bertambah dengan kelahiran Ahmad Munif Idraki pada 1 September 2009 yang lalu.

Jika dilihat balik, aku dapat melihat dan merasakan betapa cantiknya perancangan yang diaturkan Allah untuk kami. Kami diberi dugaan awal dalam memilih samada pergi haji atau sebaliknya...dan awalnya kami silap memilih dan mujurlah Allah memberi peringatan kepada kami. Kami sedar kembali tapi dugaan tiba lagi apabila dimaklumkan namaku telah digugurkan dalam senarai......tapi kuasa Allah....Alhamdulillah akhirnya kami berpeluang juga menjejakkan kami ke tanah suci, Makkah dan Madinah pada tahun 2008 itu

Jika kami memilih untuk menangguhkan pemergian kami ke tahun 2009 ini, pastinya kami tidak akan dapat pergi. Dengan adanya Munif Idraki yang baru berusia 2 bulan, sudah pasti aku tidak mampu meninggalkannya. Tapi kami tidak sedar semua ini kerana kita hanya manusia biasa yang tidak akan mengetahui masa depan kita. Tapi Allah Maha Mengetahui, dan sebab itulah kami dibukakan hati untuk mengerjakan haji pada tahun 2008.

1 comment:

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam,
Tahniah kerana memiliki blog dan cerita menarik. Teruskan usaha. Saya doakan agar Allah menerima perkongsian ikhlas ini sebagai amal soleh dan bermanfaat untuk pengunjung.