Wednesday, August 4, 2010

Kisah pemandu teksi

Ini 3 kisah 3 orang pemandu teksi..

Kisah 1
Beliau telah bersara dan membawa teksi untuk menambah pendapatan keluarga juga untuk mengisi masa yang terluang. Isterinya masih bekerja dan anak yang bongsu bersekolah menengah. Masa bekerja hanyalah sehingga dalam pukul 2 petang sahaja. Beliau juga yang akan menghantar dan mengambil anak lelaki bongsunya di sekolah setiap hari. Kata beliau, tidak boleh lepaskan anak begitu sahaja di zaman sekarang. Banyak pengaruh buruk. Sebab itu beliau sanggup bersusah payah menjemput dan menghantar anak ke sekolah.

Kisah 2
Beliau baru berusia 20-an. Kata beliau terpaksa membawa teksi kerana beliau belajar tidak ke mana. Susah untuk mendapat pekerjaan. Walaupun penat tapi untuk hidup...kena teruskan.Tapi katanya beliau tidak bercadang membawa teksi selama-lamanya kerana beliau menunggu cukup umur untuk meminta pekerjaan sebagai pemandu bas. Sebelum ini beliau pernah hadir temuduga untuk pemandu bas tapi ditolak kerana belum cukup umur. Bila umur 30 tahun lebih baru boleh apply kembali.

Kisah 3
Isteri dan anak-anak semuanya di kampung. Beliau seorang di sini. Setiap minggu beliau akan balik kampung menjenguk family. Bawa teksi hanya kerja part time. Beliau bekerja tetap sebagai driver di satu company. Beliau membawa teksi seawal jam 4 pagi. Pukul 8 pagi hingga 5 petang bekerja. Dan selepas habis kerja pukul 5 akan kembali membawa teksi hingga jam 11 malam. Walaupun penat tapi untuk diri dan keluarga...kena teruskan juga. Lagi pula beliau berkata kalau sudah biasa dah tak rasa apa-apa. Sudah 7 tahun beliau membuat part time sebegini. Setiap bulan beliau boleh mendapat dalam RM3000 dengan kerja part time.

3 kisah untuk perkongsian bersama.

No comments: