Monday, October 4, 2010

Silap tarikh daa

Gambar di atas diambil untuk fokus pada kerusi pengantin yang besar itu.
Cerita bermula begini...

Satu hari kami bersiap2 untuk ke open house dan kenduri kahwin. Kenduri kahwin kami plan untuk pergi last sekali. Kami tiba ke rumah kenduri waktu petang. Sampai2 tengok, orang dah tak ramai. Khemah dan meja2 elok bersusun. Tuan rumah sambut kedatangan kami dan jemput makan.

Kami pun makan. Tuan rumah layan kami. Borak punya borak...tiba2 discover kenduri yang sebenarnya bukan hari itu tapi hari esoknya. aaaa....kami silap tarikh!
Tapi tuan rumah relax jer..dia cakap kat tempat mereka memang biasa kenduri 2 hari. Lagi pula waktu itu makanan semua ada seolah2 macam kenduri betul. Tuan rumah cakap...sebab kat kampung, mereka dah siap gotong royong awal2. Lagi pula malam itu ada majlis berinai.

Adoiii...macam mana boleh silap tarikh. Sepanjang perjalanan kad kahwin elok juga dibuka untuk tengok peta tapi tak check langsung tarikh.

Tapi silap tarikh pun...makanan banyak..macam kenduri. Khemah, pelamin semua dah siap. Malu memang malu, tapi buat muka tak malu jerla. Lagipun dah sampai, dah makan takkan nak patah balik.

3 comments:

Farra said...

so dpt tak jumpa pengantin?

lawo sungguh la kerusi putih tu

JiJie said...

tak dapat pun...jumpa mak ngan ayah pengantin jer..special treatment kita org dapat sbb silap tarikh

aida said...

aku pernah silap p awal kenduri abe faizal n kak ija, start jam 8 mlm, aku p 6 ptg. Bapak arwah k shikin suh p shopping dulu, jam 8 dtg balik