Saturday, July 28, 2012

Fayadid's holiday

Ini kisah semasa cuti sekolah pertengahan tahun. Lama simpan. Di bawah ialah catatan Fahim berkenaan percutian kami.

Melancong ke Korea

Hari ini saya akan ke Korea. Saya rasa sangat takut. Saya pergi ke Korea menaiki kapal terbang. Saya duduk di kerusi bernombor 49 dan 50. jantung saya sangat berdebar. Saya memakan nasi lemak dan air kosong. saya masih dalam kapal terbang 2 jam lagi. Saya berjalan 500m untuk sampai ke hotel.

Saya mengira arak di istana Korea ada 159.
Hari ini saya menaiki cable car untuk sampai ke menara tinggi.
Saya pergi ke nami island menaiki feri.
dekat nami Island saya menaiki basikal.
pada hari Sabtu saya pergi ke Lotteworld dan naiki kapal.
Selepas itu saya menaiki basikal di taman berhampiran laut.
Saya sangat seronok tetapi Ziyad suka merajuk.
Sekarang ini saa berada di Angel in-us coffee bersama abah, umi, ziyad, munif , auntie siha dan kawan auntie siha. Ziyad dan munif sedang mengambil gambar.
pada hari ahad saya pergi ke universiti. Universiti itu sangat cantik dan besar.
Saya pergi ke masjid untuk sembahyang. Masjid itu sangat besar dan cantik.

Hari ini saya akan pulang ke Malaysia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah catatan Fahim. Banayk yang dia skip tapi sekurang-kurangnya sempat juga dia menulis walaupun kepenatan.



Wednesday, May 23, 2012

5 things

Ini cerita Ziyad


Satu hari dalam kereta tiba2 Ziyad bertanya, 'ummi tahu tak 5 things that i like most?'
Saya cakap tak tahu dan Ziyad pun terus beritahu bahawa dia


1) i love to play
2) i love to climb (lepas tu Fahim tambah 'climb a tree la Ziyad') - dalam hati saya bila masa la pulak Ziyad pernah panjat pokok
3) i love to kiss ummi (ini versi saya, i love to kiss u too Ziyad)
4) i love to jump
5) i love to practise aikido

Semua benda yang Ziyad suka melibatkan pergerakan dan menggambarkan Ziyad yang aktif. Patutla teacher tadika Ziyad tulis dalam report book yang Ziyad ni seorang yang enjoy active learning.


Friday, May 18, 2012

Kembali

Lama menyepi tapi hari ini kena masuk jugak.....dah bersawang lama sangat sayang pula kalau dibiarkan begitu saja. Banyak benda nak ditulis tapi biarlah dulu.

Apa yang berlaku kebelakangan ini.......dua orang hero saya yakni ziyad dan munif kena chicken pox, maknanya kami berdua terpaksa korbankan cuti kami untuk babysit kedua mereka. Tapi saya enjoy bersama mereka di rumah.....dan sangat senang dijaga. Barulah saya tahu betapa banyaknya ziyad dan munif hisap susu. Rasana setiap jam mereka minta susu. Patutla susu yang dihantar ke rumah penjaga mereka boleh bertahan satu tin untuk dua minggu saja.


Monday, March 19, 2012

7 tahun sudah

5 Mac 2012, Fahim menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-7.



7 tahun sudah Fahim di bumi Allah ini. Moga Fahim membesar menjadi anak yang soleh...yang mendamaikan hati semua.



Hadiah hari lahir...Fahim minta ini. Dan kami pun belikan ajer. Monopoly world edition....membawa Fahim dan adik2nya ke serata dunia. Dan since melibatkan bandar2 besar di dunia...duit yang digunakan pun semuanya tahap million dan billion. Tapi untuk world edition ini tak perlu guna duit kertas....tapi pakai kredit kad ajer.


Selamat Hari Lahir Fahim! Anak sulung saya yang matang dan sensitif. Sayang Fahim.

Saturday, January 28, 2012

Ziyad...after














Gambar2 ini menceritakan apa yang kami rasa sepanjang Ziyad di hospital. Sepertimana happynya Ziyad di gambar yang terakhir...itu juga yang kami rasa apabila semuanya selamat...Alhamdulillah.


Friday, January 27, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Tentang Ziyad

15 Jan 2012 Ziyad kini berusia 5 tahun.




5 tahun dengan Ziyad yang penuh dengan warna warni. Dalam manisnya Ziyad...penuh dengan kelasakan dan keaktifan yang kadang2 membuatkan darah naik...samada geram, marah, takut dan bimbang. Ziyad yang tidak peduli tentang bahaya jika dia sudah excited dengan sesuatu. Itu menakutkan kami. Ziyad yang suka mengusik Munif bila2 masa yang kami tak jangka...itu buat kami naik geram. Dan Ziyad yang bermulut manis dan pandai mengambil hati...itu mencairkan kami. Itulah Ziyad...bila baby sangat senang dijaga...makin membesar semakin sesuai dengan namanya Ziyad.



Ziyad yang sentiasa penuh dengan kejutan dan unik dengan caranya sendiri. Dan dia suka betul bila cerita pasal dia kena vakum masa nak lahir. Pelbagai cerita dia boleh reka dari kisah kena vakum. Cerita yang tak boleh diterima akal...tapi penuh dengan imaginasi seorang Ziyad.




Esok 25 Jan 2012, Ziyad akan menjalani minor surgery disebabkan infection di bawah matanya. Walaupun minor tapi pastinya kami bimbang...sedih pun ada juga sebab dalam usia 5 tahun dah kena operate. Sudahla Ziyad baru kena potong (kena sunat)...sekarang ni kena potong lagi.



Rasa sentimental pula kali ini...mungkin kerana hari esok. Apa2 pun...Selamat Hari Lahir yang ke 5 Ziyad. Semoga Ziyad sentiasa di bawah lindunganNya. Sayang Ziyad.

Monday, January 16, 2012

Ketua kelas

Fahim cakap dia kena jadi ketua kelas. Siap ada name tag lagi tulis ketua kelas. Saya tanya dia...apa tugas ketua kelas. Fahim cakap ketua kelas kena bagi ucapan bila cikgu masuk, tolong cikgu hantar buku ke pejabat dan tak boleh kasi kawan2 bising masa cikgu tak ada.


Tapi....Fahim cakap kawan2 bising jer dalam kelas, susah nak larang. Macammana budak darjah 1 nak arah kawan2 jangan bising yer. Saya cakap pada Fahim, 'takper la kawan2 nak bising, cikgu kan tak ada'. Fahim cakap:


"mana boleh, itu namanya tak ikut peraturan"


Waaa...terkedu kejap.


Anakku begitu patuh pada peraturan....untuk Fahim mungkin tak pelik kot. Even buku peraturan sekolah dia baca sampai habis sebelum masuk sekolah.

Hensem

Bila nak ajak Munif sikat rambut...saya akan cakap kat Munif 'nak sikat rambut sampai jadi hensem'....jadi Munif dah sinonimkan sikat rambut dengan hensem. Kadang2 lepas saya sikat rambut dia...dia akan pergi pada Anwar dan panggil, 'abah....hensem', sambil tunjuk rambutnya.


Satu hari...Munif ikut abang2 nya bermain dengan kawan mereka di rumah sebelah. Selepas itu tiba2 Munif balik rumah dan tunjuk rambutnya. Mula2 tak faham apa yang dia nak. Lepas itu saya minta Munif tunjukkan apa yang sebenarnya dia nak. Dia ajak saya ikut dia ke tempat saya simpan sikat dan tunjuk sikat. Ooooo nak sikat rambut rupanya. Lepas saya sikat rambut Munif...terus dia pergi balik ke rumah jiran sebelah untuk sambung main.


Saya tak faham...kenapa dia balik rumah semata2 untuk sikat rambut....kecik2 dah pandai dah nak kena hensem2 untuk jumpa kawan yer.


Kiut.

Saturday, January 7, 2012

Sayang adik

Satu hari...


Kami keluar berjalan-jalan. Mood Munif kurang elok mungkin dia tak cukup tidur sebab tidurnya diganggu. Jadi Munif asyik merengek dan menangis....Munif FM bersiaran sepanjang masa.


Akhirnya sebab kami berdua dah penat...kami pura-pura tinggalkan Munif dan terus menuju ke kereta. Nampak macam kami serius betul nak tinggalkan Munif...dan agaknya itu yang Fahim dan Ziyad fikirkan. Ziyad dah bising2 suruh ambil Munif. Nampak dia risau dan takut sangat Munif kena tinggal....muka pun dah semacam. Fahim pun sama. Dan kami berdua masih selamba...even saya sudah masuk ke dalam kereta.


Bila Fahim dan Ziyad tengok kami dah di kereta...mereka tak tahan lagi. Terus kedua-dua mereka berlari pergi ke tempat Munif kena tinggal...dan dua-dua pujuk Munif, pegang tangan Munif dan bawa Munif ke kereta. Munif pun terus senyap dia abang2nya datang.


Kesian Fahim dan Ziyad. Mereka nampak betul2 risau dan takut. Takkanlah kami betul2 nak tinggalkan Munif. Sebenarnya nak test Munif tapi dah jadi terbalik..Fahim dan Ziyad pula yang kena.


Sayang adik Munif.

Friday, January 6, 2012

5 tahun

Tahun ini Ziyad ke Little Caliph berseorangan...tiada lagi Fahim bersama-sama. Tapi since Ziyad dah setahun di situ...untuk tahun ini kami tidak risaukan sangat walaupun dia seorang sahaja.

Berbanding Fahim yang begitu excited untuk memulakan persekolahan...Ziyad seperti Ziyad...langsung tak kisah...tak menunjukkan samada dia excited atau tak suka ke sekolah. Kalau Fahim sibuk menyediakan beg sekolah dan pakaiannya...Ziyad pula tak peduli langsung.



Hari pertama ke tadika...kami kejutkan Ziyad dari tidurnya dan beritahu dia perlu ke sekolah. Ziyad biasa saja dalam mamainya. Ikut saja apa yang diberitahu...tak tahulah apa yang dia rasa sebenarnya sebab dia sangat biasa dan tak kisah.


Pulang dari sekolah...bila tanya pasal sekolah dia biasa saja. Katanya kawan2 dia semasa tahun lepas ada lagi dalam kelas dia sekarang. Setakat itu saja dia bercerita...penat saya cuba korek.


Tapi itulah Ziyad dengan perangai sempoi dan selambanya. Tapi dalam sempoi itu tersembunyi banyak kejutan untuk kami. Alahai...Ziyad yang manis.

Standard 1

2012...Fahim melangkah ke Darjah 1. Satu perubahan besar berbanding ketika di tadika. Besar perbezaan...dari segi envionment, cabaran dan macam2 lagi. Kami yang memantau Fahim sepanjang 2 hari bersekolah pun penat....apatah lagi Fahim sendiri. Pagi ke sekolah kebangsaan...petang ke sekolah agama. Bila balik rumah...Fahim pun dah nampak penat.


Bila tanya Fahim ok tak sekolah...dia cakap ok. Buat masa ini (sehingga ke hari ke-3) dia tak ada mengeluh apa2. Beg sekolah dia akan readykan waktu malam....bangun tidur pun so far tak ada masalah. Kalau dulu Fahim selalu tidur lambat ...sekarang ini pukul 10 dia akan masuk tidur dan kena tidur.


Bab duit belanja...hari pertama kami bagi tiga ringgit...tapi tak cukup nak beli makanan waktu rehat sekolah agama. Hari kedua tambah satu ringgit lagi...dan cukup. hari ketiga...kebetulan tak ada duit kecil...kami bagi terus lima ringgit. Bila tanya dia baki duit...dia cakap duit dah habis. Pelik juga sebab kalau ikutkan 2 hari sebelumnnya pasti ada baki. Rupa2nya dia kasi duit kat kawan dia untuk beli aiskrim...aiskrim harga 20 sen...dia bagi 1 ringgit dan tak mintak baki.

Hari pertama dia ada juga cerita kawan dia kasi duit masa kat sekolah agama sebab masa tu duit dia tak cukup dah. Macam2 budak2 nih...maklumlah baru merasa pegang duit sendiri.


3 hari ini rasanya Fahim dah faham dengan rutin persekolahan dia...lega rasanya. Alhamdulillah.