Friday, January 6, 2012

5 tahun

Tahun ini Ziyad ke Little Caliph berseorangan...tiada lagi Fahim bersama-sama. Tapi since Ziyad dah setahun di situ...untuk tahun ini kami tidak risaukan sangat walaupun dia seorang sahaja.

Berbanding Fahim yang begitu excited untuk memulakan persekolahan...Ziyad seperti Ziyad...langsung tak kisah...tak menunjukkan samada dia excited atau tak suka ke sekolah. Kalau Fahim sibuk menyediakan beg sekolah dan pakaiannya...Ziyad pula tak peduli langsung.



Hari pertama ke tadika...kami kejutkan Ziyad dari tidurnya dan beritahu dia perlu ke sekolah. Ziyad biasa saja dalam mamainya. Ikut saja apa yang diberitahu...tak tahulah apa yang dia rasa sebenarnya sebab dia sangat biasa dan tak kisah.


Pulang dari sekolah...bila tanya pasal sekolah dia biasa saja. Katanya kawan2 dia semasa tahun lepas ada lagi dalam kelas dia sekarang. Setakat itu saja dia bercerita...penat saya cuba korek.


Tapi itulah Ziyad dengan perangai sempoi dan selambanya. Tapi dalam sempoi itu tersembunyi banyak kejutan untuk kami. Alahai...Ziyad yang manis.

No comments: