Friday, January 6, 2012

Standard 1

2012...Fahim melangkah ke Darjah 1. Satu perubahan besar berbanding ketika di tadika. Besar perbezaan...dari segi envionment, cabaran dan macam2 lagi. Kami yang memantau Fahim sepanjang 2 hari bersekolah pun penat....apatah lagi Fahim sendiri. Pagi ke sekolah kebangsaan...petang ke sekolah agama. Bila balik rumah...Fahim pun dah nampak penat.


Bila tanya Fahim ok tak sekolah...dia cakap ok. Buat masa ini (sehingga ke hari ke-3) dia tak ada mengeluh apa2. Beg sekolah dia akan readykan waktu malam....bangun tidur pun so far tak ada masalah. Kalau dulu Fahim selalu tidur lambat ...sekarang ini pukul 10 dia akan masuk tidur dan kena tidur.


Bab duit belanja...hari pertama kami bagi tiga ringgit...tapi tak cukup nak beli makanan waktu rehat sekolah agama. Hari kedua tambah satu ringgit lagi...dan cukup. hari ketiga...kebetulan tak ada duit kecil...kami bagi terus lima ringgit. Bila tanya dia baki duit...dia cakap duit dah habis. Pelik juga sebab kalau ikutkan 2 hari sebelumnnya pasti ada baki. Rupa2nya dia kasi duit kat kawan dia untuk beli aiskrim...aiskrim harga 20 sen...dia bagi 1 ringgit dan tak mintak baki.

Hari pertama dia ada juga cerita kawan dia kasi duit masa kat sekolah agama sebab masa tu duit dia tak cukup dah. Macam2 budak2 nih...maklumlah baru merasa pegang duit sendiri.


3 hari ini rasanya Fahim dah faham dengan rutin persekolahan dia...lega rasanya. Alhamdulillah.

No comments: