Bila nak ajak Munif sikat rambut...saya akan cakap kat Munif 'nak sikat rambut sampai jadi hensem'....jadi Munif dah sinonimkan sikat rambut dengan hensem. Kadang2 lepas saya sikat rambut dia...dia akan pergi pada Anwar dan panggil, 'abah....hensem', sambil tunjuk rambutnya.
Satu hari...Munif ikut abang2 nya bermain dengan kawan mereka di rumah sebelah. Selepas itu tiba2 Munif balik rumah dan tunjuk rambutnya. Mula2 tak faham apa yang dia nak. Lepas itu saya minta Munif tunjukkan apa yang sebenarnya dia nak. Dia ajak saya ikut dia ke tempat saya simpan sikat dan tunjuk sikat. Ooooo nak sikat rambut rupanya. Lepas saya sikat rambut Munif...terus dia pergi balik ke rumah jiran sebelah untuk sambung main.
Saya tak faham...kenapa dia balik rumah semata2 untuk sikat rambut....kecik2 dah pandai dah nak kena hensem2 untuk jumpa kawan yer.
Kiut.
No comments:
Post a Comment