Thursday, September 2, 2010

1 September

Ini pun posting terlambat. Yang ini sempena tarikh 1 September 2010.

Apa yang ada pada 1 Sept?

1 September 2009 yang lalu, jam 9.50 malam, lahir seorang lagi baby boy dalam keluarga kami. Mengandungkan baby boy ini tak adalah masalah sangat. Penat adalah juga tapi masih dalam kawalan.

Bila lahirnya pula...di awal2 bulan sangat mencabar. Rasanya paling mencabar antara ketiga2 mereka. Baby boy ini susah nak tidur malam. Menyusu tak pernah berhenti. Kena berkepit memanjang. Dan kalau menangis...volume dia tak akan direndahkan. Versi tinggi jer. Dan tidak akan berhenti. Di awal2 bulan sangat memenatkan.

Tapi selepas baby boy ini boleh bergerak sendiri, dia sangat mudah dijaga. Boleh bermain sendiri, tidur pun senang. Tapi aktif tetap aktif. Mana boleh jadi baby boy kalau tak aktif kan. Sehingga kini, dia masih dalam kategori yang mudah dijaga. Susah sikit pun tak adalah terasa sangat. Menangis, semua baby akan menangis.

Hobinya...makan. Dia suka makan...apa saja dia boleh buka mulut. Giginya dah 6 batang. Kekadang dia suka juga menggigit. Dari kecil lagi dia suka senyum. Ini yang paling tak tahan. Cair. Jalannya pun dah improve sikit. Dah dapat 3 langkah. Tapi dia lagi suka merangkak. Kalau nak suruh berjalan padanya ialah untuk bermain.

Dan kini baby boy ini sudah berusia 1 tahun. Selamat hari lahir Munif.

6 comments:

aida said...

eh kejap jer rasanya pergi tgk munief masa awak bersalin hari tu. iyalah, anak saya fateh pun dah 10 bulan. kejapnya budak2 ni besar

Ummu Auni Afif said...

happy birthday! dah setahun dah..isk aku rasa tua la jie

JiJie said...

betul kan..cepat sgt masa nih
sedar diri dah tua kan..hehe

Farra said...

selamat har jadi munif! jadi ada 2 yg sgt contrast ngan muaz:
1) muaz categori sangat menduga di kala malam! rezeki mama nak jd kurus dan jd zombie hahahah ( sejak putus bf)
2) tak suke senyum dgn org lain ..mmg tidak minat bersosial huhu

Anonymous said...

happy birthday munif....
dr mujahid n insyirah

JiJie said...

farah...munif dulu pun camtuh jugak...bila nak tidur jer dia boleh menangis tak ingat...betul2 mencabar...tapi lepas tuh dah ok
maksu: Munif nak hadiah...heheh