Wednesday, September 29, 2010

Kisah raya kami 4

Tahun lepas masa raya usia Munif baru 3 minggu. Tahun lepas saya dan Munif tak beraya sangat pun.

Tahun ini mengharapkan dapat beraya dengan Munif yang sudah masuk 1 tahun. Kalau nak diikutkan pun..baju raya Munif paling banyak. Kalah abang2nya.

Tapi...pagi 1 Syawal, Munif demam. Tapi nak buat macammana takkanlah kami tak balik kampung di pagi 1 Syawal. Jadi terpaksalah masukkan ubat kat bun*** Munif. 1 hari sepanjang 1 Syawal...Munif tak ceria seperti biasa. Muka dia blur semacam. Biasa2 saja. Social skillnya terus hilang. 1 hari berkepit ...penat sangat2.

2 Syawal..Munif masih demam. Ubat dimasukkan lagi. Sepanjang perjalanan dia asyik menyusu ajer. Balik kampung pun sama. Moodnya tak seperti biasa. Demam on off. Tapi kami tetap berjalan raya. Ada satu ketika, Munif menangis dalam kereta sepanjang perjalanan. Cukup menduga kesabaran.

Selepas elok demam, mood dia belum kembali seperti biasa. Rasanya itu simptom past fever kot. Hehe..suka hati jer.

Raya kali ini Munif dah boleh jalan banyak langkah. Tapi masalahnya dia tanak jalan sendiri. Asyik pegang tangan kita org untuk jalankan dia...penat penat. Kalau saya dah tak larat nak jalankan Munif..apa lagi outsource sajalah, "Fahim tolong bawak Munif jalan."

5 comments:

MiszAsha said...

Salam..

Hehehe.. Betul ke Fahim cakap Ummi suruh datang hari Sabtu? :)

JiJie said...

alamak...hehe..hari tuh kalau kira tak ada kat rumah ..fahim ajak dtg ek?

MiszAsha said...

hehehe... kawan-kawan dia ade ajak pergi open house, kitorang dok la menyakat dia, bila teacher boleh pergi rumah fahim.. pastu dia jawab, ummi suruh datang hari sabtu.. hehehe :D

JiJie said...

camtuh pulak...hehe...tahun nih kami tak larat buat open house..tapi kalau dtg tak der open house pun ok jer

MiszAsha said...

hehehe.. insyaALLAH sebab almaklum saje la sabtu ngan ahad nie penuh jemputan open house.. insyaALLAH next week kami dtg.. :)