Saturday, January 16, 2010

Ziyad dah 3 tahun


15 Januari 2010 - Hari lahir Ziyad yang ke-3




15 Januari 2007 Ziyad dilahirkan dengan berat 2.85kg di An-Nur Bangi dengan Dr Fatimah. Kami mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk memilih namanya. Ingat lagi petang itu, saya, adik, mak dan adik ipar berbincang berkenaan nama untuk diberi. Pelbagai nama yang dicadangkan dan banyak pula yang ditolak. Alasan ditolak pelbagai - sama dengan nama anak kawan, saudara, anak sepupu, kawan-kawan, 2 pupu, orang itu, orang ini dan pelbagai lagi. Dan akhirnya terkeluarlah nama Ziyad. Jadi saya cadang nama itu kepada Anwar (kami telah berjanji anak kedua Anwar yang akan membuat keputusan nama). Tepat 2 minggu, Ziyad didaftarkan dengan nama Ahmad Ziyad Nuwairi. Itupun setelah puas fikir dan research.





Ziyad semasa bayi amat mudah dijaga. Dia tak banyak meragam, kurang menangis dan boleh tidur sendiri. Semakin dia membesar Ziyad juga tidak banyak kerenah dan independent. Boleh bermain sendiri dan tidak takut dengan orang lain sehingga sekarang. Dan pasti kalau Ziyad dibawah ke tempat ramai orang, perhatian perlu diberi kepadanya kerana dia suka explore tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Satu lagi Ziyad kalau dia sukakan sesuatu itulah yang akan dibawa ke mana-mana sahaja. Jadi kami sudah biasa kalau melihat Ziyad tidur bersama pistol, patung ultraman, power rangers dan pelbagai mainan lagi.





Mendapat abang yang suka bercakap seperti Fahim, Ziyad mula bercakap di usia yang awal. Memang tak dinafikan proses pembesaran Ziyad banyak dipengaruhi oleh Fahim. Tapi dalam banyak keadaan Ziyad selalu banyak beralah dengan Fahim sebab dia kan adik dan satu lagi dia sendiri memang jenis tak kisah. Kalau menangis sekejap sahaja dan bila merajuk mudah dipujuk.





Alhamdulillah Ziyad mendapat susu ibu eksklusif sehingga usianya 1 tahun 6 bulan. Selepas itu saya dah mula campurkan dengan susu formula sebagai persiapan kami menunaikan haji tahun 2008. Ziyad tak banyak kerenah sepanjang tempoh itu. Tiada masalah dengan susu formula. Dan Ziyad berpisah dengan susu ibu ketika usia 1 tahun 10 bulan apabila kami berangkat ke Tanah Suci. Pertama kali berpisah dengan saya begitu lama. Apabila kami kembali ke Malaysia, kami dimaklumkan Ziyad demam panas pada minggu pertama peninggalan kami. Itulah pertama kali Ziyad demam panas yang agak teruk. Sebelum itu dia jarang jatuh sakit. Mungkin rindu dan mungkin juga kerana berpisah dengan susu ibu.





Oh...Ziyad sukakan lagu Barney....I Love You. Apabila mendengar lagu ini kami akan menyanyi bersama dan Ziyad akan memeluk dan mencium saya seperti mana karakter dalam Barney.




Sayang Ziyad

Monday, January 11, 2010

Facebook dan blog

Saya memulakan blog ini untuk mencoretkan kisah pengalaman haji kami. Facebook pula saya mulakan kerana teringatkan rakan2 di SHAMS sambil itu boleh juga mengetahui perkembangan sahabat2 lain yang dikenali.

Saya mula konsisten menulis dalam blog ini. Kadang-kadang rasa seronok pula menulis. Tapi saya cuba tapis apa yang saya tulis agar perkara2 peribadi tidak ditonjolkan.
Ada kala tak tahu juga nak menulis berkenaan apa...tapi ada masanya banyak idea pula timbul.

Facebook pula saya belum konsisten. Rakan2 SHAMS dan lain2 dah ramai yang saya jumpa dan add. Tapi belum berkesempatan (atau malas?) untuk update.

Saya kagum dengan mereka yang mampu menulis buku. Perlu kekuatan dan keazaman yang kuat untuk menyiapkan mengikut timeline. Saya pula hanya mempunyai status sebagai pembaca buku.

Apa2 ajer yang saya tulis ni..

Friday, January 8, 2010

Kisah SHAMS 3

Masih lagi dalam nostalgia zaman sekolah. Ini kisah pencetus kesedaran ketika Tingkatan 2 di SHAMS.

Di SHAMS, Bahasa Arab merupakan subjek tambahan yang perlu diambil. Oleh itu sekiranya di sekolah lain PMR hanya ada 8 subjek, kami pula ada 9 subjek. Dari mula belajar sehinggalah saya masuk ke form 2, saya sangat tidak meminati subjek ini. Tak minat satu hal, setiap kali exam atau test, result C & D adalah perkara biasa. Malas!! Hingga ada ketikanya saya minta tolong ayah untuk siapkan homework bahasa Arab.

Di tingkatan 2 saya di kelas 2 Ummu Salamah, masih all girls. Perasaan tidak minat dan malas belajar Bahasa Arab masih berterusan hinggalah satu kejadian yang saya tak akan lupa sampai ke hari ini. Agaknya ustazah dah fed up dengan result kebanyakan kami yang tak pernah mendapat even B akhirnya selepas satu ujian bahasa Arab, ustazah mula bertegas. Sesiapa yang dapat result D dan ke bawah kena denda bawa kerusi keliling bangunan sekolah. Dan nasib tidak menyebelahi saya, ketika itu result saya D. Maka saya terpilih di kalangan mereka yang bertuah itu untuk membawa kerusi keliling bangunan sekolah ketika sesi pembelajaran masih berjalan. Malunya tak terkata apabila student kelas2 lain melihat kami membawa kerusi. Kena gelak lagi. Mujurla ramai juga yang kena denda oleh itu malu kami dikongsi bersama.

Selepas kejadian itulah saya mula sedar. Saya tidak boleh berterusan seperti itu. Takkanlah saya nak melihat result PMR saya 8A 1C atau 8A 1D atau lagi teruk 8A 1E. Akhirnya saya bersama beberapa rakan memilih untuk mengambil tuisyen bahasa Arab. Dan saya sendiri tidak berhenti setakat itu. Setiap hari minggu selepas Subuh saya akan peruntukkan masa mengulangkaji subjek bahasa Arab. Saya menghafal, membuat latihan dan usaha ini berkekalan sehinggalah saya form 5.

Kejadian itu menyedarkan saya sedar usaha perlu digabungkan dengan tawakal. Akhirnya saya dapat memperbaiki result bahasa Arab saya sedikit demi sedikit dan alhamdulillah result PMR dan SPM saya tidak nampak 'cacat'.

Sebenarnya dari form 1 lagi apabila melihat result bahasa Arab saya yang sentiasa teruk, saya telah bertekad untuk keluar dari SHAMS selepas form 1. Saya ingin ke MRSM atau sekolah lain yang tidak ada bahasa Arab.
Tapi saya kekal di SHAMS dan bahasa Arab sehingga form 5 kerana saya tersedar dan disedarkan ketika di tingkatan 2.

Thursday, January 7, 2010

Kisah Munif


Munif kini dah masuk usia 4 bulan+. Sekejap saja masa berlalu. Perkembangan Munif setakat ini:



1) Dalam usia 3 bulan dan boleh meniarap dan 3 bulan+ dah bergolek2. Letak kat sini tengok2 dah bergolek ke hujung sana. Badan ringan mungkin.



2) Dari usia 3 bulan sehingga 4 bulan, Munif ada habit baru yang menguji stamina . Dia nak tidur berdodoi dan kena berdodoi berdiri. Tak boleh duduk. Lepas itu ada ujian lagi...kalau dia mengantuk bagi susu pun dia tak nak. Kena tidur sekejap dulu lepas itu baru boleh menyusu. Tapi sejak masuk umur 4 bulan, dia dah tinggalkan habit ini. Harapnya berkekalan.



3)Paling suka lagu 25 rasul (Raihan) terutama kalau dinyanyikan oleh Fahim.



4) Suka senyum apabila kita berborak dengannya.



5) Alhamdulillah masih exclusive susu ibu



6) Suka ada orang bersamanya. Kalau ramai orang biasanya dia sangat behave



7) Tak suka tidur siang. Kalau tidur pun sekejap-sekejap jer.




Munif jadi kesayangan Fahim. Kalau saya sibuk membuat sesuatu dan Munif dah start mengeluarkan 'bunyi', biasanya saya minta Fahim tolong jagakan Munif sekejap. Tapi Fahim pun kalau dia buat macam2 Munif tak berhenti 'berbunyi', dia tinggalkan juga Munif.



Ziyad pun sayang Munif. Dia suka sangat 'kiss' Munif. Kiss pada Ziyad ialah cium di pipi. Jadi pipi Munif sentiasa menjadi sasaran Ziyad.



oh..malam semalam, Fahim ada cakap.."abah ini kalau Munif nangis terus pujuk. Kalau Fahim nangis tak pujuk pun."


Wednesday, January 6, 2010

Kisah kahwin

3 kisah kahwin untuk difikir2kan

Kisah 1
Tetamu sudah mula ramai memenuhi jemputan tuan rumah. Ada sesetengah tetamu ingin berjumpa dengan pengantin. Malangnya pengantin perempuan sedang disolek oleh mak andam. Pintu bilik pengantin dikunci mak andam agar kerja mereka tidak diganggu. Tetamu yang berkesempatan masuk ke bilik pengantin tidak dapat beramah mesra dengan pengantin lantaran pengantin tidak boleh bergerak. Mata tidak boleh dibuka kerana solekan di mata belum selesai. Akhirnya ramai tetamu yang kecewa tidak dapat berbual dan berjumpa dengan pengantin.
Tetamu yang datang diraikan oleh ibu bapa pengantin sahaja.

Kisah 2
Tetamu makin ramai membanjiri rumah pengantin. Pengantin sedang bergambar di pelamin. Selesai bergambar di pelamin, mereka ke meja makan untuk makan beradab. Selepas itu menukar pakaian, bersolek lagi dan menjalani sesi bergambar di tempat lain. Tetamu yang datang tidak sempat beramah mesra dengan pengantin dan ada yang tidak dapat berjumpa dengan pengantin. Tetamu diraikan oleh ibu bapa pengantin sahaja

Kisah 3
Pengantin perempuan bersiap sebelum zohor dan bersanding, bergambar, makan dan berjumpa dengan tetamu. Pengantin beramah mesra dan melayan tetamu sehingga ke petang dan sedar2 sudah tiba waktu Asar. Pengantin perempuan masih dengan pakaian pengantin dan solekan juga belum dibersihkan. Sembahyang Zohor entah ke mana. Nak kata cuti rasanya tadi sempat buat majlis khatam Quran.

Ketiga2 kisah di atas hanyalah sedikit dari kisah2 kahwin yang kita hadiri. Kisah 1 dan 2, tetamu tidak berkesempatan berjumpa dengan pengantin lantaran pengantin sibuk dengan pelbagai acara. Kisah ke 3 amat menyedihkan jika solat ditinggalkan di permulaan gerbang perkahwinan.
Terfikir sekejap...apa sebenarnya tujuan kenduri kahwin diadakan.

Nota untuk diri:
Rasanya kenduri saya dulu ada juga sedikit kisah 1 dan 2 walaupun bukan semua.

Kisah SHAMS 2

Ini kisah dulu-dulu, kisah di awal remaja - Tingkatan 1 di SHAMS

Semasa di form 1, saya di kelas 1 Aisyah. Kelas ini semua student perempuan. Ada 6 kelas semuanya. Kecuali 1 Aisyah dan 1 Khadijah kelas yang lain semua mix - boys & girls.

Ini ialah kisah yang paling diingati sepanjang form 1. Sekolah saya ada buat pertandingan kelas tercantik dan terkotor. Setiap minggu pemenang kedua2 bahagian akan diumumkan setelah pemeriksaan dibuat oleh cikgu2 yang mengadili.

Kami masih di form 1...masih budak-budak lagi. Kelas pula semuanya perempuan. Tapi kami mencipta sejarah. 2 kali kami menjadi juara kelas terkotor. Malu yang teramat. Juara kelas tercantik boleh la terima. Tapi juara kelas terkotor...isk..malu betul. Satu sekolah tahu.
Dan kelas sebelah kami, 1 Ammar sibuk jadi tukang sorak apabila pengumuman dibuat.
Guru kelas kami, teacher Norma pun malu.
Oleh itu selepas 2 kali kami diumumkan juara, kami mula serius mencantikkan dan membersihkan kelas. Hasilnya kami tidak lagi menjadi juara.

Dan kami cukup berpuas hati apabila kelas jiran kami 1 Ammar juga akhirnya turut dinobatkan sebagai juara kelas terkotor. Kami tidak bersorak (kerana kami kelas perempuan so kena control sikit...hehe) tapi kami tetap gelakkan mereka.

Tersenyum sendiri apabila teringat kisah ini.

Monday, January 4, 2010

Fahim di Q Dees

4 Jan kami bercuti sempena hari pertama Fahim di Q Dees Prima Saujana untuk tahun ini. 2010 tahun ke dua Fahim di Q Dees dan kali ini akan memulakan kelas untuk umur 5 tahun.

Tiada masalah meninggalkan Fahim di Q Dees lagi pula dia dah biasa di sana. Tahun lepas ketika kami menghantar dia untuk umur 4 tahun, hari pertama dia ditinggalkan, kami juga tidak menunggu. Hantar dan terus beredar.

Jika tahun lepas kelas Fahim tak ramai, hanya 8 orang sahaja, tapi untuk tahun ini kami dimaklumkan ada 23 students untuk 5 tahun. Ramai juga itu. Harapnya Fahim ok berkenalan dengan kawan-kawan baru. Oh ya...kelas Fahim namanya En Einstein...tahun lepas Fahim di kelas En Shakespeare

Cepat betul masa berjalan. Lagi 2 tahun kena fikir untuk sekolah rendah Fahim pula...then tahun depan tadika Ziyad pula. Tapi kalau ikutkan plan kami tak akan hantar Ziyad ke tadika yang sama dengan Fahim. Di mana...akan kami fikirkan dulu sebabnya masih ada 1 tahun sebelum membuat keputusan...dan mungkin juga plan boleh berubah.