15 Januari 2010 - Hari lahir Ziyad yang ke-3
15 Januari 2007 Ziyad dilahirkan dengan berat 2.85kg di An-Nur Bangi dengan Dr Fatimah. Kami mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk memilih namanya. Ingat lagi petang itu, saya, adik, mak dan adik ipar berbincang berkenaan nama untuk diberi. Pelbagai nama yang dicadangkan dan banyak pula yang ditolak. Alasan ditolak pelbagai - sama dengan nama anak kawan, saudara, anak sepupu, kawan-kawan, 2 pupu, orang itu, orang ini dan pelbagai lagi. Dan akhirnya terkeluarlah nama Ziyad. Jadi saya cadang nama itu kepada Anwar (kami telah berjanji anak kedua Anwar yang akan membuat keputusan nama). Tepat 2 minggu, Ziyad didaftarkan dengan nama Ahmad Ziyad Nuwairi. Itupun setelah puas fikir dan research.
Ziyad semasa bayi amat mudah dijaga. Dia tak banyak meragam, kurang menangis dan boleh tidur sendiri. Semakin dia membesar Ziyad juga tidak banyak kerenah dan independent. Boleh bermain sendiri dan tidak takut dengan orang lain sehingga sekarang. Dan pasti kalau Ziyad dibawah ke tempat ramai orang, perhatian perlu diberi kepadanya kerana dia suka explore tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Satu lagi Ziyad kalau dia sukakan sesuatu itulah yang akan dibawa ke mana-mana sahaja. Jadi kami sudah biasa kalau melihat Ziyad tidur bersama pistol, patung ultraman, power rangers dan pelbagai mainan lagi.
Mendapat abang yang suka bercakap seperti Fahim, Ziyad mula bercakap di usia yang awal. Memang tak dinafikan proses pembesaran Ziyad banyak dipengaruhi oleh Fahim. Tapi dalam banyak keadaan Ziyad selalu banyak beralah dengan Fahim sebab dia kan adik dan satu lagi dia sendiri memang jenis tak kisah. Kalau menangis sekejap sahaja dan bila merajuk mudah dipujuk.
Alhamdulillah Ziyad mendapat susu ibu eksklusif sehingga usianya 1 tahun 6 bulan. Selepas itu saya dah mula campurkan dengan susu formula sebagai persiapan kami menunaikan haji tahun 2008. Ziyad tak banyak kerenah sepanjang tempoh itu. Tiada masalah dengan susu formula. Dan Ziyad berpisah dengan susu ibu ketika usia 1 tahun 10 bulan apabila kami berangkat ke Tanah Suci. Pertama kali berpisah dengan saya begitu lama. Apabila kami kembali ke Malaysia, kami dimaklumkan Ziyad demam panas pada minggu pertama peninggalan kami. Itulah pertama kali Ziyad demam panas yang agak teruk. Sebelum itu dia jarang jatuh sakit. Mungkin rindu dan mungkin juga kerana berpisah dengan susu ibu.
Oh...Ziyad sukakan lagu Barney....I Love You. Apabila mendengar lagu ini kami akan menyanyi bersama dan Ziyad akan memeluk dan mencium saya seperti mana karakter dalam Barney.
Sayang Ziyad
No comments:
Post a Comment