3 kisah kahwin untuk difikir2kan
Kisah 1
Tetamu sudah mula ramai memenuhi jemputan tuan rumah. Ada sesetengah tetamu ingin berjumpa dengan pengantin. Malangnya pengantin perempuan sedang disolek oleh mak andam. Pintu bilik pengantin dikunci mak andam agar kerja mereka tidak diganggu. Tetamu yang berkesempatan masuk ke bilik pengantin tidak dapat beramah mesra dengan pengantin lantaran pengantin tidak boleh bergerak. Mata tidak boleh dibuka kerana solekan di mata belum selesai. Akhirnya ramai tetamu yang kecewa tidak dapat berbual dan berjumpa dengan pengantin.
Tetamu yang datang diraikan oleh ibu bapa pengantin sahaja.
Kisah 2
Tetamu makin ramai membanjiri rumah pengantin. Pengantin sedang bergambar di pelamin. Selesai bergambar di pelamin, mereka ke meja makan untuk makan beradab. Selepas itu menukar pakaian, bersolek lagi dan menjalani sesi bergambar di tempat lain. Tetamu yang datang tidak sempat beramah mesra dengan pengantin dan ada yang tidak dapat berjumpa dengan pengantin. Tetamu diraikan oleh ibu bapa pengantin sahaja
Kisah 3
Pengantin perempuan bersiap sebelum zohor dan bersanding, bergambar, makan dan berjumpa dengan tetamu. Pengantin beramah mesra dan melayan tetamu sehingga ke petang dan sedar2 sudah tiba waktu Asar. Pengantin perempuan masih dengan pakaian pengantin dan solekan juga belum dibersihkan. Sembahyang Zohor entah ke mana. Nak kata cuti rasanya tadi sempat buat majlis khatam Quran.
Ketiga2 kisah di atas hanyalah sedikit dari kisah2 kahwin yang kita hadiri. Kisah 1 dan 2, tetamu tidak berkesempatan berjumpa dengan pengantin lantaran pengantin sibuk dengan pelbagai acara. Kisah ke 3 amat menyedihkan jika solat ditinggalkan di permulaan gerbang perkahwinan.
Terfikir sekejap...apa sebenarnya tujuan kenduri kahwin diadakan.
Nota untuk diri:
Rasanya kenduri saya dulu ada juga sedikit kisah 1 dan 2 walaupun bukan semua.
No comments:
Post a Comment