Thursday, July 29, 2010

Komen

Ini antara perbualan yang berlaku baru-baru ini antara saya, Fahim dan Ziyad.

Satu malam Fahim tanya saya, "ummi, boleh tak kalau Fahim nak jadi cikgu."
Saya cakap,"bolehlah."
Fahim tanya lagi,"tapi ada ke cikgu lelaki?"
Mestilah ada Fahim...cuma tak seramai cikgu perempuan jer.

Dalam kereta Fahim bertanya,"ummi, kenapa anak-anak ummi semua lelaki? Masa dalam perut ummi semua dah lelaki yer?"
Belum sempat saya menjawab Fahim sambung lagi,"ooo....sebab ummi dah pilih nama lelaki sebab tuhla anak-anak ummi semua lelaki kan?"
Emm...kalau Allah dah kurniakan semua anak lelaki, mana boleh pilih-pilih Fahim. Lelaki ke perempuan ke...semuanya ummi sayang.

Satu hari, kami berhenti di satu masjid untuk solat asar. Ketika semua orang bersedia untuk turun kereta...Fahim tanya,"ummi, ummi tak sembahyang kan sebab ummi ada darah."
Selepas itu Ziyad pula menyampuk,"orang perempuan kalau ada darah tak boleh sembahyang. Tapi orang lelaki yang ada darah kena sembahyang. ummi ada darah kan?"
Kuat pula statement Ziyad. Nasib baik tak ada orang kat situ yang dengar announcement Ziyad.

Tapi...apa yang saya dapat...simple sungguh pemikiran budak2 ini. Itulah yang dikatakan masih innocent dan ibu bapalah yang akan memainkan peranan penting dalam mencorakkan pemikiran mereka nanti.

Monday, July 26, 2010

Kisah AMI

Munif cakap...mana boleh tulis kisah Fahim dan Ziyad jer. Kisah Munif pun kena masuk dalam blog ummi jugak.

Heheh...ok...kisah Munif pun ada.

Munif tidak lama lagi akan genap usia 1 tahun. Banyak progressnya. Tapi yang paling ketara...Munif sangat suka makan. Bagilah apa saja...dia akan tetap buka mulut. Sehingga kadang-kadang saya tidak tahu bila Munif kenyang sebab dia boleh makan bila-bila masa saja. Pantang nampak makanan...bising mulutnya meminta. Mata pun cerah saja nampak makanan.

Tapi...kalau dia terlalu mengantuk...susu ibu tetap menjadi pilihan Munif.

Weekend baru ini Munif naik tangga seorang diri. Saya rasa dia mencari saya. Kebetulan pula pagar di tangga lupa ditutup. Abang-abang Munif ada di dalam bilik di tingkat bawah. Anwar juga tidak sedar. Nasib baiklah saya terdetik hati pergi ke tangga....ketika itu Munif hampir sampai ke tingkat atas. Tiba-tiba rasa jantung bagai nak luruh.

Munif..dia sengih saja.

Kisah AZN

Dalam ketiga-tiga anak saya...Ziyad pastinya menduduki tempat pertama jika dinilai dari segi keaktifannya.

Bila tengok Ziyad dan kegemarannya...banyak yang contradict. Ziyad budak yang aktif dan lasak.Tapi dalam keaktifannya...dia sebenarnya peminat cerita Dora. Dia juga sukakan warna pink dan purple. Kalau beli air...favourite Ziyad ialah air susu warna pink....heheh comel betul.

Ziyad yang lasak...tapi kalau saya pakai baju yang lain sikit...pandai pula dia puji, "cantilah baju ummi."

Satu lagi...dia tak malu mengungkapkan kasih sayang dan bermanja. Kadang-kadang dia datang bagi ciuman...dan cakap,"Ziyad sayang ummi." Tapi bila tanya siapa yang dia sayang...dia cakap, Ziyad sayang Munif, sayang ummi, sayang abah...pastuh sayang Fahim."...ooo sayang ummi nombor dua yer.

Semalam Ziyad ajar saya..."ummi...kalau Ziyad cakap i like you...ummi kena cakap i like you too tau."

Jadi bilamana Ziyad cakap..."i like you."

Seperti yang diajar...jawapan saya pada Ziyad.."i like you too."

Ziyad senyum dan hati saya berbunga-bunga.

Kisah AFN

Antara ketiga-tiga anak saya, Fahim dari kecil lagi susah tidur.

Kalau waktu baby, perlu didodoi sebelum dia dapat tidur. Bila dia besar sedikit dan mula pandai bercakap...perlu pula melayan segala persoalannya sebelum dia tidur. Selepas itu sebelum tidur perlu ada bedtime story. Bukan satu cerita ...ada kalanya sehingga 3 cerita. Itupun orang yang bercerita dah 'lalok' semacam...Fahim masih cerah matanya.

Sekarang ini...Fahim bawa buku untuk dibaca bersama sebelum tidur. Ada kalanya jika Munif tidur awal...Fahim akan mengajak saya membaca bersama. Ada masanya pula...jika saya tertidur, Fahim membaca buku seorang diri.

Cuma masalahnya...Fahim membaca dalam gelap. Sepatutnya tidak boleh dibiarkan...tapi bila saya tertidur manalah saya sedar apa yang dibuat Fahim.

Kadang-kadang bila saya sedang tidurkan Munif...Fahim ikut saya. Saya tidurkan Munif..Fahim pula membaca. Bagus juga...sebab boleh jadi bedtime story untuk Munif...heheh

Clean up clean up

Dalam cerita Barney ada satu lagu yang saya gunakan bila nak ajak anak2 saya mengemas. Ini lirik dia...nak dengar lagu..silalah tengok cerita Barney ok.

Clean up clean up
Everybody everywhere
Clean up clean up
Everybody do your share

Itu intro. Di bawah cerita seterusnya.

Anak saya yang paling kecil itu sekarang suka sangat main dekat kabinet TV. Kat kabinet tv..biasalah ada cd dan dvd serta puzzle2 Fahim dan Ziyad.

Munif suuka sangat 'mengemas' di situ. Kalau kemas cd dan dvd saya masih boleh tahan lagi. Tapi bila Munif dah teraburkan puzzle....waaa...habislah nak kena susun puzzle pulak. Kalau satu puzzle ok jugak...tapi kalau banyak puzzle nak kena susun boleh pening dibuatnya.

Sekarang ini saya dan Anwar kena expertkan diri menyusun puzzle sebab menyusun puzzle kini menjadi sebahagian item yang perlu dibuat ketika mengemas rumah. Tak pasal2 setiap hari kena peruntukkan masa untuk bermain puzzle.
Nasib baiklah ada dua orang abang Munif yang sudah expert dengan jigsaw puzzle.
Boleh outsource saja.

Tapi sebenarnya boleh saja kami simpan puzzle di tempat yang tidak boleh dicapai oleh Munif. Cuma....bila teringat untuk simpan puzzle segalanya sudah terlambat. Munif terlebih dulu sudah 'mengemas'

Friday, July 23, 2010

Sahabat


Saya suka gambar ini...

Fahim pinjam basikal Nuha. Bila time balik...susah betul nak berpisah. Fahim sampai nangis-nangis dalam kereta. Nufayl pula nak ikut Fahim balik.

Demi masa

Minggu ini asyik balik malam ajer...penatnya.

Dalam minggu ini juga saya tidak langsung menyemak buku-buku Fahim. Semuanya dibuat sendiri tanpa monitoring dari saya. Homework, buku reading, Fahim selesaikan sendiri. Nasib baiklah anak sulung saya ini seorang yang bertanggungjawab. Tanpa saya monitor dia tetap tidak lupakan kerja-kerjanya.

Munif pula sudah tidak begitu berkepit dengan saya. Kalau nak tidur malam pun tidak perlu saya ada bersama. Dengan syarat, dia kenyang...bila hendak tidur malam boleh ajer diberi air kosong (tapi ini tidak boleh diamalkan..sekali sekala saja). Cuma bila dia bangun malam, saya tetap menyusukan dia seperti biasa. Ohh...Munif dah pandai menggigit.

Ziyad...dia kan happy go lucky. Penglipur lara kami. Seronok melayan dia berborak. Komen2nya mencuit hati. Budak2 ini memang menggembirakan saya.

Tapi...kenapa minggu ini saya tidak begitu melayan mereka? Kenapa sentiasa rasa tak cukup masa. Adakah saya yang tak pandai membahagikan masa? Alahai....

Thursday, July 22, 2010

Posting hilanglah

Aler....saya baru siapkan satu posting tapi tiba-tiba terhilang.

Takperlah...saya cerita kisah lain dulu ok.

Pagi tadi...Ziyad bagi kucing makan keropok. Munif pun ada sekali. Seronok dia layan kucing. Ops sebelum terlupa, kisah ini Anwar yang ceritakan. Saya tak nampak pun sebab tengah sibuk bersiap nak pergi kerja. Biasalah...perempuan ni kan lama sikit kalau nak bersiap...heheh

Ziyad panggil kucing itu Cik Di. Bila tanya kenapa dia panggil Cik Di dia cakap sebab Cik Di nama untuk kucing warna bulu hitam. Bila Anwar cerita...saya agak confuse. Apa kaitan nama Cik Di dengan warna hitam. Mana pulak dia dapat nama ni.

Tapi comel bila dengar cerita macam ini. Budak-budak ini memang menggembirakan.

Senyum.

Monday, July 19, 2010

Motivasi malam

Semalam...saya diberi kata-kata motivasi oleh Anwar.

Kata-kata motivasi yang dimaksudkan ialah: (uishh..formal tak ingat ayat)

I support you

I know you can do better

Mental warrior mental warrior (yang ini Fahim, Ziyad dan Munif pun suka. Munif sengih nampak gigi bila sebut kata-kata ini)

Challenge!!!!

Jadi bila mana, Munif be***, dan baunya sungguh menusuk hidung...dan Anwar membawa Munif ke bilik air...dan bila Anwar komen...."busuknya!!!", Fahim pun cakap,

"I SUPPORT YOU...CHALLENGE!!!"

Hahaha....best best.

Thursday, July 15, 2010

Menang?

Ok...Spain menang world cup. Berakhir kisah world cup. Sambung lagi dalam masa 4 tahun nanti.

Dari segi sejarah Islam...Spain sebenarnya berkait rapat dengan Islam. Kenal tak Tariq bin Ziyad?

Tariq bin Ziyad adalah seorang hamba pada asalnya. Tapi beliau memiliki banyak sifat-sifat terpuji dan disebabkan memiliki sifat-sifat itulah, beliau dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol.

Tariq bin Ziyad menganggap kedatangan mereka semua ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh. Dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang. Ucap beliau, 'Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.' Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad di kalangan tentera Islam.

Akhirnya Tariq bin Ziyad berjaya memimpin tenteranya mencapai kemenangan dan Islam berkembang di Sepanyol.

Tapi lihat sahaja Sepanyol hari ini...

Idraki demam

Munif Idraki demam. Semasa di office, penjaganya telefon minta kami balik cepat sebab Munif demam. Sebenarnya Fahim yang telefon dan bagitau mengunakan hanpon nenek kajang (penjaga mereka).

Hasrat untuk balik awal tak tercapai juga lantaran jam yang teruk petang itu. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit - 1 jam mengambil masa lebih kurang 2 jam. Target untuk sampai sebelum pukul 7 malam bertukar hampir ke jam 8 malam. Kasihan Munif.

Suhu badan Munif mencapai sehingga 39. Uish...panasnya. Malam tidur pun banyak kali terjaga. Siang pula Munif asyik berkepit.
Semasa saya sedang menulis entry ini...Munif sedang menangis sebenarnya. Selamba saja biarkan Munif menangis kan. Hehe...saya sedang mengharapkan Anwar yang memujuk Munif.

Tapi Munif ini...kalau ada abang Fahim dengan abang Ziyad...dia ralit betul. Tak adalah berkepit ajer. Lagi pula abang2 Munif sangat sayangkan Idraki.

Sunday, July 11, 2010

Outstation 3

Saya mengambil masa 2 minggu untuk membuat persiapan ke Sarawak.

Hehe...macam nak pergi mana jer sampai 2 minggu kena prepare. Preparation saya pastilah berkenaan susu untuk memastikan Munif kekal exclusive susu ibu.

Dalam 2 minggu sebelum ke Sarawak, saya menambah pumping session saya. Setiap susu yang digunakan untuk satu hari saya pastikan diganti dengan jumlah yang sama atau lebih. Weekend juga saya teruskan dengan pumping. Semuanya untuk memastikan stok susu tidak berkurangan apabila saya balik dari Sarawak.

Tak sanggup melihat stok susu berkurangan. Jadi demi untuk melapangkan hati, saya perlu bekerja keras. Kadang2 datang juga rasa malas...tapi saya kuatkan hati juga. Yang penting saya ke Sarawak dengan hati yang lapang.

Dalam 2 minggu ini juga saya bertukar ke Medela Swing. Sebabnya dengan Medela Swing pumping session saya lebih tenang. Dengan Ameda walaupun lagi cepat tapi since dia double pump...pergerakan saya agak limited. Dengan Medela Swing saya boleh pump sambil membuat kerja2 lain...baca buku, tengok tv, surf internet, update blog etc. Lagi pula saya gunakan bateri maka lebih mudah untuk saya bergerak.

Sekarang ini tengok stok susu tidak banyak seperti sebelum ke Sarawak. Kena usaha lebih gigih untuk menambah stok susu.

Chaiyo!!

Outstation 2

Sepanjang ketiadaan saya...Munif tidak menyusu di waktu malam.

Siang...seperti biasa Munif dibekalkan dengan susu saya. Malam pula...Munif diberi makan kenyang2...then tidur. Bila malam Munif terjaga...dia minum air kosong saja dan sambung tidur. Rasanya Munif tidak mahu menyusahkan abahnya.

Tapi kalau ada saya...rutin seperti itu tidak akan berhasil. Sebelum tidur perlu menyusu beberapa kali. Bila tidur pula maksimum 3 kali dia akan bangun untuk menyusu.

Itu kisah Munif.

Di Sarawak...saya pula tetap meneruskan pumping session saya. Waktu bangun tidur, waktu lunch break, petang apabila tiba di hotel dan waktu sebelum tidur. 4 sesi saya tetapkan. Semua susu di simpan di hotel.
Bila hari terakhir risau juga saya memikirkan untuk membawa susu2 saya balik. Apatah lagi zip cooler bag saya rosak. Jadi demi untuk memastikan susu2 yang saya kekal sejuk...sebelum check out dari hotel saya minta ice bucket untuk diisi ke dalam cooler bag.

Dalam flight pula saya minta pramugari untuk tolong simpankan susu saya di fridge. Bila dah terdesak..rasa malu diketepikan saja. Apa yang penting susu2 yang ada selamat.

Sekarang 10 botol susu dari Sarawak sudah selamat di dalam freezer.

Lega.

Outstation 1

Minggu lepas saya ke Sarawak. Pertama kali meninggalkan Munif. 4 hari 3 malam Munif berpisah dengan saya.

Kenapa saya mention Munif saja. Sebabnya Munif masih menyusu dengan saya. Jadi bila outstation banyak preparation yang kena dibuat. Saya akan menulis berkenaan preparation before outstation dalam entry yang lain.

Untuk outstation kali ini saya anggap juga sebagai percubaan pertama meninggalkan Munif. Alhamdulillah tiada masalah. Siang Munif ke rumah penjaganya seperti biasa dan malam dengan Anwar.

Ini kali kedua saya ke Sarawak. Pengalaman yang menyeronokkan. Penat juga kerana perlu mengikut waktu2 yang ditetapkan. Tapi dari segi tidur...3 malam saya tidur tanpa perlu bangun menyusu kecuali malam ketika semi final Spain - Germany..sempat juga saya menyaksikan perlawanan walaupun ketika itu jam 2 pagi!

Rutin mengepam masih diteruskan seperti biasa. Pagi, tengah hari, petang dan malam. Selamat 10 botol saya berjaya bawa balik.

Balik dari Sarawak...sambutan berbeza dari Fahim, Ziyad dan Munif. Fahim menunjukkan buku readingnya yang baru. Ziyad menunjukkan pistol dari bloknya. Dan Munif...dengan senyuman dengan 2 gigi atas yang baru muncul.

Seronoknya dapat balik rumah.

Monday, July 5, 2010

Nak berapa A?

Secara peribadi saya suka jika UPSR, PMR dan exam2 yang sewaktu dengannya ditiadakan.

Saya bukan lagi seorang pelajar tapi saya mempunyai anak yang sedang belajar (hehe...belajar tadika kira masuk sekali la kan). Walaupun Fahim hanya di tadika...tapi sedikit sebanyak bahangnya tetap terasa (tapi suam2 jerla). Tak boleh imagine saya akan menjadi seorang ibu yang bagaimana bila masa Fahim berdepan dengan peperiksaan besar contohnya UPSR.
Apa yang saya harapkan dari Fahim ketika itu. Straight A?
Harap2nya saya tidak berdepan dengan situasi itu sebabnya masa itu UPSR dah tak ada.

Peperiksaan mungkin boleh diteruskan tapi perlu diubah cara dan persepsinya. Pendidikan yang ada terlalu berorientasikan peperiksaan mengakibatkan parents dan anak2 sama2 tertekan.

Kadang2 mulut cakap..tak kisah kalau tak dapat straight A. Tapi bila keadaan sekeliling semuanya memberi fokus kepada result exam...yang tak kisah pun kenalah ambil kisah. Tertekan, tertekan.

Harap yang terbaik untuk semua pelajar dan ibu bapa.

Sunday, July 4, 2010

Di mata saya

Di mata saya...Fahim dan Ziyad tak adalah wajah mereka sama. Tapi seringkali ada sahaja yang bertanya saya, "dia orang ni kembar eh?"

Di mata saya, Munif ialah baby boy. Tapi seringkali juga orang bertanya saya,"ini girl eh?" Takpun soalannya, ini boy ke girl?"

Kalau setakat 2 3 orang yang bertanya, saya rasa biasa saja. Tapi bila soalan ini sering ditanyakan saya tertanya juga...Fahim dengan Ziyad nampak macam kembar ke? Atau...Munif ini nampak macam baby girl eh?

Ada juga yang kata..muka Munif nampak macam baby girl sebab saya teringin nak anak perempuan. Rasanya tidak jugak. Sebab dari awal mengandungkan Munif memang dah rasa boy kat dalam perut. Lagi pula di mata saya tak adalah pulak muka Munif macam girl. Mungkin part mata ada sikit....tapi kat situ jerla.

Fahim dengan Ziyad pula mungkin juga badan mereka lebih kurang. Jadi bila hari mereka berpakaian yang sama...ada yang confuse melihat mereka. Tambah lagi bila mereka bermain bersama. Berlari-lari ke sana sini...tak sempat nak bezakan mereka berdua.

Yang pasti saya ada 3 anak lelaki...dan tiada kembar di kalangan mereka.