Thursday, July 29, 2010

Komen

Ini antara perbualan yang berlaku baru-baru ini antara saya, Fahim dan Ziyad.

Satu malam Fahim tanya saya, "ummi, boleh tak kalau Fahim nak jadi cikgu."
Saya cakap,"bolehlah."
Fahim tanya lagi,"tapi ada ke cikgu lelaki?"
Mestilah ada Fahim...cuma tak seramai cikgu perempuan jer.

Dalam kereta Fahim bertanya,"ummi, kenapa anak-anak ummi semua lelaki? Masa dalam perut ummi semua dah lelaki yer?"
Belum sempat saya menjawab Fahim sambung lagi,"ooo....sebab ummi dah pilih nama lelaki sebab tuhla anak-anak ummi semua lelaki kan?"
Emm...kalau Allah dah kurniakan semua anak lelaki, mana boleh pilih-pilih Fahim. Lelaki ke perempuan ke...semuanya ummi sayang.

Satu hari, kami berhenti di satu masjid untuk solat asar. Ketika semua orang bersedia untuk turun kereta...Fahim tanya,"ummi, ummi tak sembahyang kan sebab ummi ada darah."
Selepas itu Ziyad pula menyampuk,"orang perempuan kalau ada darah tak boleh sembahyang. Tapi orang lelaki yang ada darah kena sembahyang. ummi ada darah kan?"
Kuat pula statement Ziyad. Nasib baik tak ada orang kat situ yang dengar announcement Ziyad.

Tapi...apa yang saya dapat...simple sungguh pemikiran budak2 ini. Itulah yang dikatakan masih innocent dan ibu bapalah yang akan memainkan peranan penting dalam mencorakkan pemikiran mereka nanti.

No comments: