1 Oktober 2008 / 1 Syawal 1429H kita semua menyambut Aidilfitri.
Kami pada masa itu balik beraya di Terengganu. Seminggu beraya di Terengganu kami kembali ke rumah kami di Kajang Perdana. Ketika itu dah dengar berita surat berkenaan kursus perdana haji dah dihantar dan surat makluman tarikh penerbangan haji juga sudah dihantar.
Kami kembali di rumah dan surat makluman kursus perdana haji yang akan dibuat pada 18 & 19 Oktober sudah menunggu.
Tapi surat itu kami kurang ambil perhatian memandangkan kami memang tidak dapat pergi kursus tersebut (seperti posting sebelum ini tarikh kursus perdana clash dengan tarikh perkahwinan adik Anwar).
Apa yang kami tunggu2 ialah surat berkenaan tarikh penerbangan kami (masa tu kurang berdebar sebab yakin dapat penerbangan lambat jadi banyak masa lagi)
Selang dua tiga hari kemudian surat yang ditunggu pun tiba.
Buka surat tengok tarikh......31 Oktober 2008 / KT 02. Beberapa kali tengok confirm kami dapat penerbangan awal malah antara yang terawal kerana KT 02 bermakna kami kumpulan kedua yang akan bertolak.
Masa itu dalam hati dah rasa macam-macam. Dah terfikir banyaknya tak prepare lagi dan singkatnya masa untuk kami buat persediaan secukupnya.
Ditambah dengan sambutan Aidilfitri (masa ini tengah banyak open house), kenduri kahwin 2 minggu berturut-turut. Mana sempat nak buat semua ini. Masa itu masa yang kami ada lebih kurang 3 minggu jer dan kesemua weekend yang ada memang dah ada jadual.
Minggu pertama - pergi beraya / jemputan open house. Since kami beraya di Terengganu dahulu jadi selepas balik kami kena beraya di rumah saudara2 Anwar di KL & Selangor dan pada masa yang sama cuba memenuhi jemputan open house pada minggu itu
Minggu kedua - kenduri kahwin di rumah parents Anwar
Minggu ketiga - kenduri kahwin di rumah pengantin lelaki
Minggu keempat - bertolak
Preparation yang kami perlu buat
1) melengkapkan ilmu seberapa yang boleh - baca buku, tgk vcd, bertanya dengan mereka yang berilmu
2) persediaan dalaman kami
3) Ziyad!
4) barang2 yang perlu dibeli
5) menguruskan pembayaran loan / hutang / bil sepanjang ketiadaan kami
6) urusan di tempat kerja
dan banyak lagi perkara2 yang perlu kami selesaikan sebelum berangkat.
Perasaan kalau ditanya pada masa itu semua ada, sedih , takut, happy, excited.
Rasanya 3 minggu sebelum berangkat kami teramat busy. Habis sahaja cuti raya masuk office kami terus buat surat untuk apply cuti haji dan inform pada boss berkenaan hal ini. Dalam masa yang sama menyelesaikan kerja-kerja office yang boleh disiapkan. 2 minggu pertama kami belum bercuti. Cuma selepas kenduri adik Anwar kami ambil cuti satu hari. Cuti satu hari inilah kami gunakan sepenuhnya untuk cari barang2 yang diperlukan untuk dibawa ke sana. Since kami hanya ada masa satu hari semua keperluan kami listkan dulu. Masa ini planning skill yang ada dan baru sedar ada dikeluarkan.
Rasanya 3 minggu sebelum berangkat kami teramat busy. Habis sahaja cuti raya masuk office kami terus buat surat untuk apply cuti haji dan inform pada boss berkenaan hal ini. Dalam masa yang sama menyelesaikan kerja-kerja office yang boleh disiapkan. 2 minggu pertama kami belum bercuti. Cuma selepas kenduri adik Anwar kami ambil cuti satu hari. Cuti satu hari inilah kami gunakan sepenuhnya untuk cari barang2 yang diperlukan untuk dibawa ke sana. Since kami hanya ada masa satu hari semua keperluan kami listkan dulu. Masa ini planning skill yang ada dan baru sedar ada dikeluarkan.
Alhamdulillah barang-barang yang kami fikir penting berjaya diselesaikan hari itu.
Minggu ketiga barulah kami mula bercuti yang sebenarnya. Tapi itupun tak lama sebelum tarikh berangkat. Weekend minggu tersebut kami ke Penang untuk kenduri rumah pengantin lelaki. Hari Isnin petang sampai KL. Kami hanya ada 3 hari sebelum berangkat dan 3 hari itulah kami cuba gunakan sebaik mungkin. Alhamdulillah walaupun agak kalut tapi semua urusan yang perlu dapat diselesaikan.
Walaupun terkejut kami tetap bersyukur dengan keadaan ini. Tentu ada hikmah di sebalik setiap sesuatu. Yang pasti ia membuatkan kami makin ada 'rasa' untuk ke sana....
No comments:
Post a Comment