Persediaan untuk Fahim & Ziyad.
Seminggu selepas kami kembali ke Kajang Perdana parents aku datang ke rumah. Kedatangan mereka di samping kerana pemergian kami mengerjakan haji juga untuk attend wedding adik Anwar. Alhamdulillah mereka bersama kami sehinggalah kami berangkat.
Kedatangan mereka telah meringankan satu beban berkenaan Fahim. Somehow sepanjang my parents di rumah Fahim tak pernah tidur dengan kami. Setiap malam mesti tidur dengan Tok (my mom). At least kami tahu Fahim tak ada masalah tidur malam nanti...insyaAllah.
Untuk Ziyad agak bermasalah sedikit. Sebabnya rancangan asal kami nak ajar Ziyad berpisah dengan aku dan belajar tidur dengan atuk dan nenek dia di Serdang selepas Aidilfitri. To be exact selepas habis kenduri kahwin. Tapi rancangan asal kami ini tak dapat dibuat since kami dapat penerbangan awal dan sememangnya masa sangat suntuk untuk mengikut plan asal ini. Tapi untuk ajar sebelum kenduri tak boleh sebabnya semua sibuk dengan preparation kenduri. Tak sampai hati nak peningkan mereka dengan hal lain pula.
Untuk hal ini kami terpaksa bertawakal sahaja....Even kalau orang tanyapun berkenaan Ziyad aku akan cakap 'kami tawakal jer". Untuk Ziyad kami teruskan juga macam biasa cuma kadang-kadang Anwar yang akan bawa dia tidur instead of aku tapi dengan syarat mesti menyusu dengan aku dulu sebelum itu. Kalau tak memang tak akan berjaya.
Cuma satu malam saja Ziyad dapat tidur dengan atuk dan nenek di Serdang. Yang selebihnya masih seperti biasa.
Risau memang ada tapi kami mengharapkan yang terbaik dan dipermudahkan untuk kami sekeluarga.
Alhamdulillah 3 minggu penuh kesibukan, kekalutan dan keletihan itu dapat kami harungi.
No comments:
Post a Comment