Sunday, March 21, 2010

Cerita hujung minggu

Permulaan hujung minggu dimulakan dengan malam malam di luar. Fahim dah kenyang....jadi tak banyak yang dia makan. Ziyad pula banyak sangat benda yanng menarik perhatiannya hingga dia terlupa makanannya. Munif belum tiba masanya untuk makan makanan kami. Jadi tinggallah saya dan Anwar yang menambah lemak...dan mengelakkan pembaziran.

Ziyad berjumpa dengan kawan baru. Rasanya usia 'kawan baru' Ziyad itu lebih kurang 1 tahun. Tak tahulah apa yang dia berkenan sangat sehinggakan Ziyad lebih banyak menghabiskan masa di meja family kawan barunya berbanding di meja kami. Nasib baiklah parents kawan baru Ziyad sporting dan tak kisah dengan Ziyad yang terlebih ramah itu. Risau juga kami dengan Ziyad yang tak pandai takut dengan orang ini. Bukan apa, bukan semua orang boleh terima cara sebegitu dan saya tidak mahu Ziyad terasa hati sekiranya ada yang tidak mahu melayan ramahnya itu.

Pagi esoknya, kami keluar awal dari rumah menuju ke Putrajaya untuk menyaksikan Hot Air Balloon Fiesta. Walaupun rasanya masih awal, sudah ramai yang membanjiri tapak itu. Kami hanya berjalan melawat gerai2 yang ada dan juga singgah mana2 tempat yang ada aktiviti yang menarik. Penat hinggakan Munif tertidur dalam dukungan Anwar.

Selepas itu kami menuju pula ke kenduri kahwin officemate Anwar. Fahim sudah nampak keletihan tapi Ziyad masih bertenaga. Berlari-lari dia di dalam dewan. Tapi akhirnya dalam kereta dia tidur juga.

Dan saya sempat makan nasi arab pada hujung minggu ini. Rindu!

2 comments:

m-i-o said...

makan nasi arab kat mana? tiba2 teringin nak cuba :P

najibah said...

Di Cyberjaya..cubalah tapi untuk percubaan pertama boleh kongsi dulu kot..sebabnya satu pinggan pun cukup untuk 2 orang