Friday, March 12, 2010

Itu ini

Malam ini 'pembantu' peribadi kami kembali beroperasi setelah lebih kurang 2 minggu merehatkan diri. Lega rasanya. Hilang sakit pinggang, lenguh tangan kerana mempraktikkan hikmat membasuh manual dan sakit mata tengok bakul2 baju yang penuh. Selepas ini jaga diri baik2 yer encik mesin basuh. Kami amat memerlukanmu. Rasanya selepas ini saya perlu membuat karangan 'Aku sebuah mesin basuh".

Seorang sahabat ada memberi komen yang saya rajin mengupdate blog ini. Bukan senang nak konsisten menulis. Kadang-kadang tiada idea juga hendak menulis. Saya biasa memperuntukkan 1 posting satu malam. Yer...saya biasanya update blog ini di waktu malam sahaja. Tidak lama, tapi kiranya itulah masa saya bersendirian sebentar sebelum kembali dengan rutin biasa.

Saya perasan posting2 terbaru ini banyak berkisar berkenaan Fahim. Mana tidaknya Fahim sudah mencapai usia 5 tahun. Banyak perkembangan dia sebelum ini tidak direkod jadi beberapa posting sebelum ini harapnya dapatlah merangkumi Fahim sebelum ini. sekurang-kurang Ziyad dan Munif tidak banyak terlepas perkembangan mereka. Harapnya saya betul2 konsisten dalam menulis di sini untuk memastikan saya tidak lagi terlepas apa2 perkembangan mereka.

Menjadi blogger juga membuatkan saya berkenalan dengan beberapa blog lain yang saya tidak mengenali penulisnya. Ada beberapa blog yang saya suka masuk bukan sahaja kerana penulisannya tapi kerana beberapa persamaan yang ada. Ada dua blog di mana nama anak penulisnya sama namanya dengan anak-anak saya - Ziyad dan Munif. Satu lagi blog ada persamaan di mana kami sama2 mempunyai 3 anak lelaki.

Saya harus berhenti dahulu. Munif sudah 'berbunyi'. Katanya,"ummi, nak susu".

2 comments:

ieka said...

jie.. betul betul betul..
apa yg betul? semua jia ckp la.. haha baguih..selalu baca blog jie bila berkesempatan cuma selalu juga silent reader.. even before jie announced blog ni..ntah cemana tersampai : )) keep up ur good work.. and betul, bila dah rajin menulis nnt ramai lagi kawan baru :)

najibah said...

so ieka pun kena kembali rajin menulis gak..kalau tatau nak tulis apa tulis ajer pasal humaira. btw saya pun jadi silent reader kat blog ieka gak heheh