Wednesday, March 24, 2010

Saya suka baca komik

Kalau majalah Bujal boleh dikategorikan sebagai komik bermakna saya mula berkecimpung dalam arena membaca komik semenjak zaman sekolah rendah lagi. Bujal, majalah yang wajib dibeli ketika itu. Saya sudah lupa watak-watak lain cuma ingat Bujal sahaja. Bujal yang berkain pelekat dan bersongkok (betulkah ingatan saya ini?).

Selepas itu timbul pula komik-komik seperti Alam Perwira, Juara Wira dan segala jenis komik yang sewaktu dengannya. Komik jenis ini muncul waktu saya di sekolah menengah. Ada beberapa tajuk yang dikumpul. Bila dah lekat satu tajuk terpaksalah membeli siri yang seterusnya. Komik-komik seperti ini banyak betul hikmat kungfu mereka. Ada hikmat 10 petala langit, hikmat pedang, dan pelbagai nama yang saya sudah lupa. Masalahnya semua siri pun saya tak dapat habiskan sebab episodnya terlalu panjang dan sentiasa ada watak baru dan hikmat baru yang diperkenalkan. Lama-kelamaan saya bosan dan berhenti mengikuti komik seperti ini.

Dimasa yang sama saya juga mengikuti komik seperti Mutiara Naga (dragon ball). Komik ini pun seperti never ending. Sentiasa ada watak jahat yang lebih hebat muncul dan heronya (son goku) sentiasa bertambah hebat. Ceritanya panjang bermula dari Goku semasa kecil hinggalah sudah bercucu. Tapi Goku tidak juga tua-tua.

Selepas Dragon Ball saya asyik pula dengan siri Penyiasat Remaja. Watak hero siri ini ialah Kindaichi, seorang yang lembap dalam pelajaran tapi pandai menyelesaikan misteri/jenayah. Setiap siri sentiasa ada misteri baru jadi jika saya terlepas satu siri saya masih boleh mengikuti ceritanya. Rasa saya siri Penyiasat Remaja saya mula mengikutinya semasa belajar di universiti.

Komik-komik lain yang saya ikuti selepas Penyiasat Remaja ialah Conan dan Detektif Q. Conan sirinya terlalu banyak sehingga saya letih membacanya. Lagi pula siri Conan juga ada kartunnya di TV. Detektif Q, kisahnya juga lebih kurang seperti Conan dan Penyiasat Remaja. Tapi cerita ini ada endingnya dan setiap siri ada kaitan. Cerita Detektif Q saya berjaya habiskan dari awal hingga akhir.

Kini, saya sudah berhenti membaca komik. Itulah kisah hidup saya dengan komik. Sekian.

4 comments:

Ummu Auni Afif said...

nak pinjam detektif q boleh?

ieka said...

hahhaahha kelakar la jie entry ni :p
anyway dulu kat kelas kami berebut slam dunk.. apa2 pon kan yg paling tak best, selain dr komik ni panjangggg2 kesinambungannya.. juga bila komik baru keluar dua siri sekali penulis tak tulis dah . hampeh je rasa...

oh siri conan.. sekrg tak baca tapi tgk kat tv je la..tak sempat dah hhuhu

as said...

bujal, si dogol, karim (crook), ada satu wak, ada sorang india...betul tak?

kitapun baca bujal, bambino.

tapi tak baca komik sebab bersambung-sambung. dragon ball, doraemon baca lah jugak, pinjam adik sedara punya bila diorang dtg rumah

najibah said...

aini...tak ingat dah mana pergi siri detektif q
ieka...siri slam dunk saya tak baca..again reason dia sebab penat la ikut komik camnih
as..pun baca bujal ek? tapi saya series lupa watak2 lain...yg dogol tuh rasanya ada kot