Thursday, March 18, 2010

Satu hari bersama Fahim

Akhirnya terlaksana juga rancangan satu hari bersama Fahim. Kalau Ziyad kami bawanya ke Aquaria, Fahim pula kami bawa ke Petrosains. Ada beberapa pilihan sebelum kami pilih Petrosains. Mulanya kami cadang untuk membawa Fahim ke tempat yang boleh dia bermain air. tapi bila difikirkan, rasanya ke tempat sebegitu Fahim akan lagi seronok jika ada Ziyad bersama. Oleh itu keputusan akhir ialah Petrosains.

Memandangkan minggu ini cuti sekolah, kami bertolak awal ke sana. Tapi walaupun rasanya masih awal, Petrosains sudah sesak dengan pengunjung. Tambah lagi dengan rombongan sekolah. Fahim seronok di sana. Cuma kerana ramai sangat pengunjung, Fahim tidak dapat mencuba semua yang ada di sana. Tapi bila ke penghujung Fahim sudah kepenatan.

Kami makan tengah hari di KLCC sebelum bertolak balik. Sudah pasti ada barang yang dibeli sempena hari ini....pilihan Fahim kali ini ialah pistol angin. Saya dan Fahim tertidur ketika perjalanan pulang. Penat. Di rumah kami menyambung pula menonton DVD bersama-sama. Fahim menonton juga tapi sekali sekala dia leka dengan pistolnya.

Satu hari bersama Fahim berakhir apabila kami menjemput Ziyad dan Munif. Ziyad gembira melihat Fahim, dan seperti biasa apa2 barang Fahim selain dari buku akhirnya akan menjadi mainan Ziyad. Fahim pun dah tak kisah apabila Ziyad ralit dengan pistolnya.

Mungkin selepas ini kami boleh adakan rancangan satu hari bersama Fahim & Ziyad pula.

2 comments:

zaireen said...

ji,bwk sorang je yg lain tinggl..diorg ok ke?

najibah said...

ok jer..tinggal macam hari2 kita org gih keja dengan penjaga dia org