Thursday, March 4, 2010

First word

Saya jealous dan cemburu (saya tahu keduanya membawa maksud yang sama)

Perkataan pertama Munif ialah 'aba' yang bermakna 'abah'. Saya tahu since saya nak dipanggil ummi, memang agak sukar untuk ummi menjadi perkataan pertama. Munif, Munif, banyak-banyak perkara abah juga yang sentiasa di ingatan ek. Tahulah abah selalu tidurkan Munif malam-malam.

Munif, semua orang cakap rupanya betul2 seperti Anwar. Muka potostat kata orang. Segala-galanya mengikut Anwar. Orang cakap anak lelaki kena ikut muka ibu baru sejuk sedikit dan anak perempuan pula kena ikut muka ayahnya. Saya tak pasti betul atau tidak kata orang ini. Kalau dah anak2 lelaki saya ikut muka Anwar, mana mungkin saya nak mengubahnya. Rasa saya antara ketiga-tiga mereka mungkin Ziyad yang banyak ke arah muka saya. Fahim dan Munif, dari kecil lagi dikatakan mirip Anwar.

Fahim, perkataan pertamanya juga adalah abah. saya sudah lupa pada usia berapa dia mula menyebut perkataan itu. Tapi rasanya lebih kurang di usia Munif sekarang juga - 6 bulan.
Ziyad saya tak ingat perkataan pertamanya. Iskk...rugi pula bila tak keep track perkara seperti ini.

Alahai, Munif menyebut 'aba' lagi. Bila nak sebut ummi pulak Munif?
Ummi tak sabar nak dengar....

5 comments:

mummy aisyah n ainaa said...

Cepatnya dah ckp! 6 months for a boy!

Ainaa lambat pulak bab ckp nih tapi dia agile...ada ciri-ciri athletics (definitely bukan drpd gen kita)

najibah said...

abang2 Munif nih rajin mengajar, cepatlah adik dia tangkap

m-i-o said...

jijie,
fadzillah kamsah kata kalau anak lelaki mirip ayah, maknanya dia mewarisi sifat2 baik ayahnya. hehehe. okeyle tu! :P

najibah said...

macam tuh ker...tak pernah dengar pulak..timer kasih..jadi saya tak perlu risau lagi dikatakan anak lelaki ikut muka ayahnya dikatakan agak panas

tinidewi said...

untuk mengajar membaca pun, yg pertama kali di ajar ialah, aa, baa, maa. and babies first word biasanya ba ba atau ma ma. UMMI jauh menyimpang. jadi jgn kecil hati ^_^