Hari ini saya menghadiri kursus. Kursus yang sangat menarik. Saya tidak mahu menulis berkenaan pengisian kursus. Cumanya saya ingin berkongsi pengalaman menjerit.
Anwar pernah beritahu saya menjerit sebenarnya boleh melepaskan stress dan tension dari kita. Dan bila menjerit tidak boleh ditahan-tahan kena lepaskan semua yang ada. Tapi di manalah pula saya nak menjerit sebegitu rupa. Di pejabat? Pastinya jadi macam tak betul pula. Di rumah? Oh..saya akan menunjukkan contoh tak baik untuk anak-anak saya dan mereka juga pasti kehairanan dengan saya yang tiba-tiba begitu. Nanti Fahim akan tanya, "kenapa ummi tu abah?"
Saya akhirnya mendapat peluang menjerit di kursus yang saya hadiri hari ini. Lepas segala-galanya. Kursus apa yang saya hadiri sehingga perlu menjerit? Pastinya satu kursus yang lain dari yang lain dan ianya bukannya outdoor kursus tapi indoor!
Anwar ada beritahu lagi...lagi bagus kalau menjerit Allah Akbar sepenuh hati...sekuat hati...dan selepas itu cuba hayati apa yang dirasa. Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang?
No comments:
Post a Comment