Malam ini Fahim bercerita kembali. Kisah harimau bintang dan rusa.
"Pada zaman dahulu tinggal seekor rusa. Ada hujan lebat. Makanan dia tinggal sedikit sahaja. Pintu rumah rusa kena ketuk, tok tok tok. Rusa pun buka pintu. Rupa-rupanya ada harimau bintang. Lepas itu harimau bintang tangkap semua mama rusa, ayah rusa, baby rusa. Tinggallah anak rusa sahaja. Habis cerita"
Saya tak faham cerita kali ini. Ada versi lain untuk cerita ini tapi complicated sangat untuk diceritakan semula. Kalau ikut versi Anwar, ada banyak watak haiwan dalam cerita ini dan saya tak ingat untuk diceritakan kembali. Nanti saya akan minta Fahim ceritakan kembali kisah ini sepenuhnya. Saya suka dengar Fahim bercerita. Cerita yang sedia ada kadang-kadang ditambah mengikut imaginasinya sendiri.
Yang ini kisah yang betul. Munif sudah mula makan. Untuk percubaan pertama saya buatkan bubur kosong untuknya. Hasilnya tak begitu bagus. Munif tak minat makan bubur kosong. Jadi saya mencuba pula puri lobak. Kali ini Munif makan dengan semangatnya. Selepas puri lobak saya buatkan puri epal pula. Target kali ini, makanan Munif semuanya homemade. Harap saya dapat konsisten.
Nota: Tajuk posting ini tiada kena mengena dengan apa yang saya tulis.
No comments:
Post a Comment