Monday, April 12, 2010

Alangkah bagusnya

Saya teringin sangat bila pergi dan balik kerja tidak perlu menempuh jam (betul ke ejaan ini). Rasanya bila hari kerja masa yang dihabiskan di atas jalan raya terlalu lama. 1 jam minimum. Melampau betul rasanya. Kalau pergi kerja mengambil masa 1 jam dan balik kerja 1 jam, 2 jam masa yang diperuntukkan di atas jalan raya, 5 hari seminggu.

Dulu masa saya mengandungkan Fahim, waktu tersekat di atas jalan raya, topik berkenaan kereta sentiasa menjadi antara favourite perbualan kami. Saya tidak ada knowledge pasal kereta, jadi Anwar sentiasa bercerita itu ini berkenaan kereta, teknologi baru pasal kereta, nama2 kereta dan macam2 lagi pasal kereta. Sejujurnya saya pun tak berapa faham sangat apa yang Anwar ceritakan lebih2 lagi kalau dah masuk bab enjin kereta tapi bila mengandung ini kadang2 lain sikit. Tak faham pun saya boleh layan jer Anwar bercerita. Rasanya lantaran selalu sangat mendengar pasal kereta waktu dalam perut, Fahim dalam umur 1 tahun lebih, pandai menghafal nama2 kereta. Teka nama kereta menjadi permainan saya, Anwar dan Fahim apabila di jalan raya. Ada masanya (kerap!) saya tewas dengan Fahim. Sebab dia lagi pantas daripada saya.

Ok berbalik pada keinginan saya di atas, lanjutan dari keinginan untuk tidak menempuh kesesakan jalan raya, keinginan saya seterusnya ialah ingin tiba awal di rumah pada hari2 bekerja. Sedih apabila kami mengambil Fahim, Ziyad & Munif di rumah penjaga mereka, Fahim dan Ziyad akan bertanya, "kenapa datang lambat?", 'kenapa lambat?", kenapa ummi dengan abah ambil lambat?". Soalan2 mereka pastinya berkenaan kenapa kami lambat. Dan jawapan kami biasanya jalan jam. Ada kalanya kami boleh keluar office awal tapi akhirnya menjadi lambat juga akibat terperangkap dengan kesesakan jalan raya...adoiii.

Dan solution untuk semua perkara di atas ialah...buatlah office belakang rumah sendiri...heheh (kalau company itu saya yang punyalah).

2 comments:

Mynie said...

kebetulan saya ada schedule post pagi esok, cerita pasal pagi-pagi saya tak tempuh jam hehe :) tapi petang masih kena tempuh jam :(

najibah said...

betul...semalam saya terkandas hampir 2 jam ..nasib baik sempat mahgrib