Sunday, April 4, 2010

Cerita 2 hari

Hujung minggu ini banyak masa dihabiskan di rumah.

Munif, makin bertambah sihat...alhamdulillah. Bintik2 merahnya juga sudah berkurangan. Petang tadi Munif hampir dibotakkan. Mencabar betul waktu dalam proses menipiskan rambut Munif. Menangis, bergerak2 dan akhirnya berjaya juga walaupun rasanya boleh diperbaiki lagi rambutnya.

Fahim pula...demam panas. Risau kami dibuatnya. Bila bawa ke klinik, terpaksa dimasukkan ubat kerana badannya yang terlampau panas. Dia tiada selera makan. Nasib baik dia tidak ada masalah untuk makan ubat. Tapi walaupun demam, Fahim masih bersemangat membaca buku. Malam tadi, dalam tak larat dia, sebelum tidur sempat lagi dia membaca buku. Alhamdulillah, hari ini Fahim dah sihat kembali.

Ziyad, dua hari ini banyak betul dia mengacau Munif. Bila Munif menangis dikacau Ziyad, Fahim yang memujuk. Dan lagi obsesi Ziyad pada cerita Dora tidak surut-surut. Bosannya saya mengadap cerita Dora dalam dua hari ini. Semalam, Fahim suruh Ziyad buat homework. Banyak betul buku yang diberikan Fahim pada Ziyad untuk disiapkan. Tapi Ziyad seperti biasa, mula-mula bolehlah dia fokus tapi selepas itu terus ditinggalkan 'homework' nya. Ziyad, Ziyad....dua hari ini juga dia tidur lambat. Pukul 11-12 malam baru masuk tidur.

Esok, birthday Anwar yang ke-30. Kami sudah menyambutnya tadi. Simple sahaja...makan2di rumah...tapi Munif tak dapat turut serta kerana dia lena diulit mimpi.

Happy Birthday Abah - dari Fahim, Ziyad & Munif.

No comments: