Friday, April 23, 2010

Dan jawapannya ialah....

Budak-budak tengah membesar sentiasa penuh dengan persoalan. Ada ajer benda yang mereka tanya dan hendak tahu. Kadang-kadang saya sendiri tak tahu apa nak jawab.

Ini contoh2 soalan yang pernah mereka tanyakan:
1) Kenapa Allah turunkan hujan
2) Kenapa orang cina pergi tokong, orang india pergi kuil
3) Kenapa orang cina dengan orang india sembah patung
4) Ozon tu apa
5) Kenapa bulan sekejap ada kat depan kita, lepas itu ada kat belakang kita
6) Kenapa kalau sebut nama Allah kena sebut SWT
7) Kenapa kalau sebut nama nabi Muhammad kena sebut SAW
8) Kenapa nabi-nabi semua baik
9) Wahyu tu apa
10) Rezeki tu apa
11) Kenapa moon ada waktu malam je

Seboleh mungkin saya akan cuba provide jawapan yang boleh mereka faham. Tapi kalau saya sendiri dah hilang punca saya akan jawab pada mereka, "cuba tanya abah.". Ataupun kalau Anwar ada bersama ketika itu saya akan cakap pada Anwar, "abah, tolong jawab."...heheh

3 comments:

Mynie said...

saya pun kena belajar juga jawab soalan2 nih.. soalan yg saya rasa susah juga nak jawab: allah tu apa? kalau cakap tuhan kita. tuhan tu apa? cerita juga allah jadikan kita, beri kita macam2 tapi kadang tak jalan juga sbb dia tak 'nampak'. lagi satu soalan. nabi tu apa? hmm..

najibah said...

semlm Ziyad saya tanya...Allah puasa tak?
isk..isk

Hany FF said...

hehe...bab jawab soalan power anak ni memang menguji mental kita jugak. hany yg dok bagi soalan power tu nufayl la. nuha belum lagi, dia cenderung jawabkan soalan ikut pemahahaman dia adalah (kes tunjuk dia faham drp abg dia).

kita nak kena bagi simple tapi berkesan. for me, elok berterus terang ttg soalan dia tu. jgn bagi jawapan yg mengelirukan apabila dia ingatkan jawapan tu bila besar nanti.

simplified version is okay, but not the ingenuine one. heh..sorry my english teruk betul skrg. tgh baca RD banyak2 utk polish balik apa yg berkarat.

oh, btw...bcoz me myself masih ingat jawapan2 yg diberikan masa saya kecil2 dulu. dan it really give big impact to me until now.