Wednesday, April 14, 2010

Best, best, best


Saya rasa sangat special memiliki tiga-tiga hero saya. Perasaan ini membuatkan saya tidak kisah walaupun tidak mempunyai anak perempuan.
Saya suka memiliki anak lelaki kerana:

1) Saya masih dapat maintain kedudukan sebagai Lady of The House...heheh
2) Kalau anak2 saya bermain, watak2 perempuan semuanya akan diberikan kepada saya contoh Power Rangers warna pink...itu ialah saya, Mama, Mummy dan apa2 ajer watak perempuan yang difikirkan mereka berdua
3) Kalau keluar, sekiranya anak2 saya nak membuang 'hajat', saya tak perlu bersusah payah...Anwar yang kena bawa dia org ke toilet lelaki..hehe
4) Jimat belanja sebab baju2 anak2 saya boleh diturunkan seorang demi seorang
5) Mestilah sebab saya saaaayang mereka bertiga
6) Sebab saya rasa best best best

Apa2 ajerla yang saya merepek ini kan. Apa-apa pun yang penting sekali anak2 saya adalah anugerah yang tidak ternilai dariNya. Pastinya saya perlu sentiasa bersyukur.

5 comments:

zaireen said...

muka anak3 awk cam same je...

JiJie said...

haah..ramai gak yg cakap begitu bila dah besar muka lebih kurang jer

Hany FF said...

hihi...syommel!

kemarin, nufayl bangun...dalam mamai2 tu dia citer...dia kata dia mimpi fahim dgn ziyad. kami main, nufayl rasa gembiiiraaa sangat.

senyum tak berenti anak teruna tu semalam, puas main dgn fahim & ziyad dalam mimpi. ;)

JiJie said...

ala siannya...nanti boleh main betul2 kay

ieka said...

ala comel2nya bakal2 menantu i
hahahaah