Tuesday, June 15, 2010

Bola Jabulani

Bila post berderet2 cerita dalam satu hari....beberapa hari hilang idea untuk menulis.

Sekarang ini musim bola. Datangnya 4 tahun sekali. Kini Afrika Selatan pula menjadi tuan rumah. Negara yang penuh warna warni. Negara yang dahulunya dikenali dengan dasar apartheid mereka.

Saya bukanlah peminat fanatik bola. Cukup sekadar mengambil tahu sedikit sebanyak supaya tidak blur bila dengar perbincangan kedai kopi. Teringat zaman selepas grad tahun 2002. Waktu itu World Cup di Jepun dan Korea Selatan. Kebetulan, baru habis belajar. Hari2 tengok World Cup. Dan saya masih ingat lagi final World Cup 2002 saya tengok di KL, sehari sebelum melapor diri bekerja.

Ketika itu best...masa di Jepun dan Korea Selatan tidak jauh sangat beza dengan Malaysia. Jadi perlawanan banyak di waktu siang. Tidak perlu berjaga malam semata-mata untuk tengok bola. Itu salah satu sebab saya rajin tengok World Cup 2002.

Habis cerita bola.

Satu pesanan: Dalam kemeriahan World Cup...ingat lagikah kita pada penderitaan saudara kita di Palestin? Atau kita sudah lupa...

1 comment:

KSPulau said...

Salam... Pasukan yg akan saya tengok bola...Malaysia, KELANTAN, LIVERPOLL dan England.... Boleh membangunkan diri jam 3.00 pagi slps tidur jam 12 mlm...hehehee... senyum je la sudah la ye...